Bab 23

169 20 0
                                    

Keadaan menjadi terhenti untuk seketika. Kim Leena yang mendengar mula terkedu. Selimut yang tadi berada di atas badannya kini ditolak ke bawah semula. Langkahnya diaturkan laju ke arah lelaki tersebut.

"Apa awak cakap?" Soal Leena lalu memandang mata lelaki itu dengan kerutan di dahi. Kim Taehyung tersenyum lalu dia mengangguk.

"Saya akan tunaikan janji awak. Kakak awak, saya akan bawa awak jumpa dia."

"Tapi macam mana? Di-dia dah tak ada." Ujar Kim Leena kembali sambil memandang Kim Eunha di sebelah pintu. Si kecil itu hanya melihat tanpa bersuara.

"Kubur kakak awak." Jawabnya lalu lengan wanita itu ditarik. Tersentak Kim Leena apabila mendengar jawapan milik lelaki itu.

"Ku-kubur." Katanya. Si suami mengangguk lalu kunci kereta yang tersangkut di pintu rumah itu diambil dan digenggamnya.

Setelah sampai di tanah perkuburan, kereta hitam milik lelaki itu mula diberhentikan di tempat memarkir. Terus sahaja pintu kereta dibuka oleh mereka bertiga. Terbuntang mata Kim Leena. Bukan itu sahaja, boleh dikatakan bergetar bebola matanya.

"Ikut saya." Kata Kim Taehyung perlahan. Wanita itu terus mengikutinya dari belakang bersama Kim Eunha di sebelah. Selepas beberapa minit berjalan, akhirnya lelaki itu berhenti di satu kawasan yang mana, tanah perkuburan itu bersih dan berwarna putih.

"Sekarang, permintaan awak saya dah tunaikan."

Ujar Kim Taehyung dan kemudiannya memandang Leena disebelah. Kim Leena yang membaca nama ukiran 'Kim Yeri' di batu tersebut mula air mata si dia jatuh mengalir. Tangan Eunha dilepaskan lalu tanah dimana tempat kakaknya dikebumikan disentuh.

"Kakak, ke-kenapa baru sekarang adik dapat jumpa kakak. Kenapa baru sekarang, kakak..." katanya lalu kepala wanita itu mula menyentuh tanah. Tidak henti-henti dia menangis di hadapan kubur tersebut.

Kim Taehyung yang berada dibelakang hanya melihat tanpa berkata apa-apa. Biar wanita itu dapat melepaskan semua perasaan disitu.

"Ke-kenapa pakcik kejam sangat. Kenapa pakcik sanggup buat kita macam ni. Kenapa kakak yang jadi mangsa. Kenapa..."
Mula tapak tangannya digenggam dengan wajah yang mula kemerahan. Tidak boleh mengawal emosinya sendiri.

"Disebabkan dia kakak pergi... dan... disebabkan seseorang adik tak dapat tengok kakak untuk kali yang terakhir. Dan, orang tu ialah... Kim Taehyung, suami kakak." Sambungnya dengan mata yang dipejamkan untuk seketika. Lelaki itu yang berada dibelakang mula terkedu.

"Awak, apa ni."

"Memang betul! Awak punca kedua selepas semua benda ni terjadi! Awak ambil kakak saya sebelum saya sedarkan diri! Awak ambil dia dari hidup saya dan awak sorok dia dari diri saya!"

"Ya tuhan, Leena! Tapi saya dah jelaskan apa yang berlaku waktu tu kan!" Celah lelaki itu lalu rambutnya mula dikusutkan sedikit. Kim Leena yang tadi terduduk di atas tanah kini mula berdiri. Wajah lelaki itu ditatapnya dengan lama.

"Tak cukup untuk tandingi hati saya yang dah lama simpan rasa sedih untuk setahun. Tak cukup untuk gantikan perasaan rindu saya. Dan, Tak cukup untuk buatkan saya bahagia. Saya tak pernah cukup rasa kasih sayang tu. Saya tak pernah dapat apa yang saya nak. Saya hadap ni semua seorang diri tanpa awak! Awak tu hanya menumpang dalam diri saya, Taehyung."

Ujarnya kembali dengan air mata yang mengalir turun. Kim Taehyung yang mendengar mula tersenyum kelat lalu dia mengangguk. Air mata yang tadi ingin jatuh kini didongaknya ke atas untuk menahan air itu daripada mengalir turun.

"Ha ha. Sekarang baru saya tahu, saya ni orang yang paling tak berguna dalam hidup awak. Saya tak pernah buat awak bahagia. Saya tak pernah bagi awak kasih sayang yang cukup. Saya ni cuma menumpang kerinduan dalam hati awak. Ok, fine."

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now