Bab 21

190 23 0
                                    

Tepat pukul 6 petang, mereka bertiga menuju pulang ke rumah. Kim Eunha yang masih lagi tidur di dalam kereta itu diangkat keluar untuk masuk ke dalam rumah. Badannya didukung oleh seorang lelaki yang bernama Kim Taehyung.

Pintu bilik si kecil itu dibuka oleh Kim Leena lalu dimasuknya oleh Kim Taehyung dan anak lelakinya, Kim Eunha. Badan si kecil itu terus dibaringkan ke atas katil yang bercadar Transformers iaitu kartun kegemaran Eunha.

"Penat sangat ke Eun ni..." tanya lelaki itu lalu dahi Eunha diusap ke belakang sambil dibelainya perlahan dari birai katil. Leena yang berada di sebelah Kim Eunha hanya tersenyum kecil.

"Awak, saya nak masuk bilik and mandi kejap. Jom, biarkan dia tidur." Ujar Kim Taehyung lalu badannya dibingkas untuk berdiri.

"Tak apalah, awak pergi dulu. Saya nak temankan Eun dekat sini. Nanti saya pergi eh?" Balasnya lalu Kim Eunha yang ada di sebelah dipandangnya. Lelaki itu mengangguk lalu senyuman dia berikan.

"Okey. Nanti apa-apa panggil saya dekat sebelah. Bye." Lambainya lalu dia berjalan melangkah keluar. Wanita itu hanya tersenyum sambil melihat langkah lelaki itu pergi. Sewaktu dia ingin memandang ke arah Eunha semula, matanya secara tidak sengaja tertumpu akan almari baju yang berada di sebelah tandas. Menggeleng kepala wanita itu dengan helaan nafas.

"Haish... baju dekat dalam beg tak kemas lepastu mulalah bersepah barang dekat atas lantai. Nanti adalah benda yang hilang." Katanya lalu dia berdiri dari birai katil dan berjalan menuju ke arah almari baju itu. Dirinya dilabuhkan untuk duduk di atas lantai lalu beg roda hitam itu dibuka dengan serta merta. Berkerut dahi wanita itu dibuatnya.

"Ya tuhan, aku ingat dekat luar je bersepah. Tapi dekat dalam dah macam kandang kuda dah. Haish, Taehyung... kenapa awak tak reti kemas baju anak elok-elok..." ujarnya dengan tangan yang bergerak untuk mengemas baju-baju itu. Terus sahaja almari itu dibuka lalu disimpannya baju Eunha ke dalam.

Selepas itu, Kim Leena membuka laci yang berada di bawah almari itu untuk meletak barang-barang peribadi milik Kim Eunha. Tetapi matanya mula tertumpu akan satu fail berwarna hitam di dalam. Terus fail itu dikeluarkan dengan serta merta.

"Fail apa ni? Tak pernah nampak pun..." tuturnya perlahan. Tanpa memikir, fail itu diendahkan lalu diletaknya ketepi terlebih dahulu. Kini, dokumen-dokumen penting milik Kim Eunha dari dalam beg dikeluarkan untuk masuk ke dalam laci tersebut. Sewaktu wanita itu ingin mengambil barangan peribadi milik Eunha, kali ini mata si dia tertumpu pula akan sesuatu benda dari dalam beg tersebut.

"Eh, asal fail ni sama?" Katanya lalu memegang fail yang datangnya dari beg si kecil itu. Kini, beg hitam ditolak ketepi lalu kedua-dua fail yang dijumpainya itu mula diletakkan di hadapan. Dalam beberapa saat sahaja, terus wanita itu membuka salah satu daripada fail tersebut. Fail pertama yang dibukanya adalah fail yang datangnya dari beg Kim Eunha.

Sijil Lahir

Nama : Kim Eunha
Tarikh lahir : 8/12/2013
Tempat lahir : Hospital Saegu, Seoul Korea
Alamat rumah : Nation Park, 2446 Gaeku Road,
Seoul Korea.

Nama Bapa : Kim Taehyung
Tarikh lahir : 30/12/1995

Nama Ibu : Kim Yeri
Tarikh lahir : 14/10/1995

"A-apa ni? Ke-kenapa nama kakak ada dekat sini? T-tak mungkin... no, tak. Tak mungkin, dia."

Terkejut wanita itu apabila membaca akan sijil lahir milik Kim Eunha. Membuntang matanya bersertakan tangan yang mula menggigil. Kini, fail yang adanya bersebelahan dengan fail tersebut dibuka dengan pantas. Bebola mata yang tadi kering kini mula berair. Mulut wanita itu yang tadi terbuka kini dilindung dengan tapak tangan sendiri.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now