Kim Leena mencelikkan matanya sedikit. Sudah hampir lima jam dia terperangkap di dalam bilik gelap itu. Badannya bertambah sakit. Susah untuk digerakkan.
"Masuk! Aku kata masuk!!"
Suara kuat Pakcik nya terdengar sehingga ke dalam bilik. Kim Leena yang tadi menunduk kini memandang ke arah pintu. Berkerut dahi si dia. Apa pula yang sedang berlaku.
"Bodoh! Tak faham bahasa! Aku kata masuk cepat!"
Katanya kasar. Kini badan seseorang jatuh tersungkur di hadapan pintu membuatkan Leena membuntang mata. Lelaki durjana itu menolak suaminya jatuh sehingga menghempap lantai. Meraung lelaki itu apabila terasa pedih pada lukanya.
"T-taehyung." Sebutnya perlahan dengan jantung yang berdegup. Kim Taehyung yang tadi jatuh tersungkur kini cuba untuk berdiri. Sebelah tangannya memegang pinggang yang luka itu manakala lagi sebelah menahan diri untuk bangun berdiri.
"Sekarang kau tengok! Lelaki bodoh ni pun aku dapat! HaHaHa! Tak sampai sehari aku dapat tikam dia! Tak mustahil aku dapat bunuh dia!" Jerkah lelaki itu zalim.
Kim Taehyung yang memandang hanya menahan diri. Tercungap-cungap nafas si dia dengan kepedihan pada pinggangnya. Kim Leena yang mendengar dan melihat hatinya bagaikan dipetir. Lebih sakit dia melihat lelaki itu tercedera.
"Apa pakcik dah buat dekat dia! Apa pakcik dah buat hah!!" Tengking Leena dengan sekuat mungkin. Kim Taehyung yang mendengar mula terkejut. Dia hanya memandang sambil mengerutkan dahi.
"Kau buta ke apa! Aku tikam dia! Aku dah cucuk pinggang dia dengan pisau ni! Kau nampak! Pisau ni!"
Sebilah pisau itu ditunjuk dekat dengan wajah wanita itu. Terdetik rasa gementar di dalam hatinya. Taehyung yang melihat mula hatinya lemah. Takut dia apa-apakan wanita itu.
"Kau memang tak ada hati perut Haemin! Kau memang lelaki tak berguna! Memang patut isteri kau tinggalkan kau! Memang patut anak-anak kau lari dari kau! Memang kau patut dapat semua tu! Kau langsung tak berguna!"
Bush!
"Arhh!!"
Satu tumbukan kuat dikenakan pada perut wanita itu. Hampir tercabut nyawa Leena dibuatnya. Kim Taehyung yang melihat mula dia bertindak kasar. Lelaki itu berlari ke arah lelaki tua itu lalu satu tendangan kuat diberikan ke arah lututnya. Jatuh terduduk orang itu dihadapan Kim Leena.
"Jangan berani kau sakitkan Leena! Kau sedar tak dia anak buah kau hah!" Kini giliran Taehyung pula menjerkahnya. Terdiam lelaki itu untuk sementara.
"Berapa ramai lagi kau nak bunuh, Haemin! Isteri aku, Yeri. Papa aku, kawan baik kau sendiri! Kau ingat aku tak tahu ke yang papa aku mati disebabkan kau! Kau bunuh dia, Haemin! Kau bunuh dia!"
Kim Leena yang mendengar mula dia terkedu. Wajah lelaki itu dipandang dengan kening yang terangakt bersertakan kedutan di dahi. Rahsia yang masih lagi berbaki sekian berapa lama.
"Kau diam! Kau tak ada hak nak tahu siapa yang jadi mangsa aku! Lepasni tiba giliran kau pula nak mati dengan dia! Aku akan bunuh dia depan-depan kau! Kau mati, Taehyung!"
Katanya lalu mengacukan pisau itu kepada Taehyung. Tetapi dengan lincah lelaki itu menepisnya sehingga terlilit badan lelaki itu oleh si dia.
"Pakcik Haemin! Tolong berhenti buat benda ni!!"
Sampuk Leena dengan sekuat hati. Terlihat akan pergaduhan diantara suaminya dan lelaki durjana itu dihadapan. Kim Taehyung yang masih kekal dengan penumbuknya pada lelaki itu hanya meneruskan. Biar rasa bagaimana sakitnya.
Bush!
"Ini sebab kau bunuh Yeri!"
Bush!
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...