Bab 17

207 22 0
                                    

Kim Taehyung bergerak menuju ke rumah. Sambil berjalan pulang, hatinya resah memikir akan hal yang bakal menimpa. Bukan salah sesiapa, mungkin salah si dia juga menyorok rahsia yang bukan sekadar permainan itu.

"Apa aku nak cakap ni..." Ujar lelaki itu. Stereng hitam itu diketuknya dengan jari jemari. Dahi berkerut menandakan sudah serabut memikirkan hal tersebut.

"Tak kan aku nak bagitahu dia pasal benda tu. Habis lah semua benda jadi huru hara. Haish, Tae..." katanya lagi. Kini, kereta hitam milik lelaki itu masuk ke dalam halaman rumah yang beraras dua tingkat miliknya itu.

Pintu kereta dibuka lalu dia malangkah kaki untuk keluar. Kunci rumah yang dikhaskan untuk setiap seorang dikeluarkan lalu pintu utama rumah itu pula dibukanya.

"Saya dah balik..." cakap si dia sambil memandang ke dalam rumah tersebut. Ruang tamu yang perabotnya kemas dan bersih itu membuatkan hati Kim Taehyung menjadi sedikit lega.

"Leena?" Panggilnya tetapi tiada sahutan.

"Ouh lupa, dia dekat atas..." ujarnya semula. Kini, kakinya diaturkan ke arah anak tangga. Terus dia berjalan ke tingkat dua. Sebaik sahaja sampai, dia memandang ke arah pintu biliknya itu. Sedikit senyuman terukir di bibirnya.

Eikk!

"Leena..." tuturnya perlahan sambil menjengukkan kepala masuk ke dalam. Terlihat akan wanita itu sedang tidur di atas katil bersaiz King miliknya. Kaki lelaki itu dilangkah masuk ke dalam dan kemudiannya pintu itu ditutup semula. Beg hitam yang dipegangnya tadi diletakkan ke atas meja kerja lalu dirinya bergerak menghampiri katil.

"Awak..." geraknya sambil menyentuh bahu wanita itu. Kim Taehyung yang tadi berdiri kini duduk di birai katil. Wajah Leena ditatapnya dengan lama.

"Awak, bangun... saya dah balik ni." Ujarnya lagi. Kini, mata Kim Leena mula tercelik perlahan. Kepala wanita itu yang tertoleh ke tepi kini ditegakkan memandang si dia yang berada di sebelah. Kedua-dua belah matanya digosok dengan jari jemari.

"Hmmm..." jawabnya lalu memandang lelaki itu. Masih dalam keadaan mamai dia melihat si suami. Kim Taehyung tersenyum lalu dahi wanita itu diusapnya. Sudah menjadi kebiasaan si lelakinya itu berbuat sedemikian.

"Awak rasa macam mana? Ada rasa sakit lagi?" Soal Kim Taehyung. Leena yang mendengar hanya menggeleng lalu kedua-dua belah tangannya digeliatkan ke atas bersertakan nguapan di mulut.

Kim Taehyung mula tersenyum lalu belakang tapak tangannya itu diletakkan di bibir wanita itu. Pipi Leena ditariknya perlahan.

"Tutup mulut bila menguap." Tegur lelaki itu. Kim Leena yang mendengar hanya tersenyum kecil lalu badannya yang tadi terbaring kini mula untuk duduk melunjur di atas katil.

"Boleh? Nak saya tolong?" Tanya lelaki itu lalu bantal Kim Leena ditariknya untuk ditegakkan dengan kemas. Wanita itu hanya berdiam tanpa berkata.

"Awak makan ke belum?" Soal wanita itu pula. Suaminya yang mendengar hanya menggeleng. Mulut si dia yang tadi mekar dengan senyuman kini dimuncungkan. Tapak tangannya diletakkan ke atas perut sambil membuat memek muka yang sedih.

"Belum... saya lapar... saya tak makan lagi balik ni... jom temankan saya? please..." mintanya sambil membuat bibir ke hadapan. Leena yang melihat perangai mengada suaminya itu hanya tertawa. Pipi lelaki itu ditolaknya ke tepi.

"Awak ni macam budak-budak lah. Okey biar saya masak eh? Awak nak makan apa?" Soal si Leena pula. Kim Taehyung terus menggeleng sebaik sahaja kata-kata wanita itu berakhir.

"No, awak tak boleh masak. Awak just temankan saya makan. Awak jangan berani ehh sentuh barang dapur. Kalau saya nampak awak buat juga, siap awak saya kerjakan." Balas lelaki itu semula. Leena yang mendengar terus dia mencebik.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now