Terbuntang luas mata Kim Leena melihat wanita yang sedang berdiri di bawah tersebut. Perlahan-lahan air matanya jatuh semula. Yoo Aera atau lebih dikenali sebagai Prof. Aera itu hanya tersenyum dan duduk di kerusi yang ada.
"Leena, kau menangis kenapa?" Tegur Sejeong yang berada di tepi. Masih lagi dalam kekakuan, sedikit pun dia tidak bergerak. Hanya kekerasan yang terjadi pada dirinya.
"Leena, kenapa kau ni?" Sergah Minho. Semua orang yang telah pun duduk memandang Kim Leena yang masih lagi dalam keadaan berdiri dan menangis. Begitu juga, Prof. Aera. Wanita itu mula memandang Kim Leena yang berada di hujung dinding. Sejeong yang tadi berada di sebelah kini beralih ke tempatnya semula.
"Ermm, are you okay miss..."
"Leena, her name is Leena." Terang pelajar yang ada di tingkat bawah berhampiran dengan meja wanita itu. Dia mengangguk lalu memandang Leena semula.
"Oh yeah, are you okay miss Leena? Do you have any problem?" Tanya si dia sambil menjongketkan kening ke atas. Makin lama makin banyak tangisan yang turun dari mata wanita itu.
"Weh Leena, asal kau menangis lagi ni. Duduklah." Tangan kanannya ditarik dari belakang agar duduk di atas kerusi. Tetapi apakah daya, si dia masih lagi berdegil untuk kekal berdiri.
"Leena, why are you crying? Kenapa kamu menangis?" Soalnya lalu mula berdiri dan berjalan menghampiri ke tingkat atas hujung. Mata Leena yang tadi berada di bawah kini mengekori ke mana sahaja Yoo Aera pergi.
"Kamu sakit ke? Kalau tak sihat, kamu boleh balik." Ujae wanita itu lalu memegang kedua-dua belah tangan Leena dari tepi. Semakin lama dia memandang wanita itu semakin lama perasaan sedihnya datang.
"Kakak..." katanya perlahan. Terus sahaja satu kelas itu memandang Kim Leena yang berhadapan dengan Prof baru mereka.
"Hah? Kakak? Siapa?" Tanya Yoo Aera dengan kedutan di dahi. Leena yang mendengar sedikit pun kerdipan di mata tidak dikenyitkan. Tiba-tiba...
Tok! Tok! Tok!
Pintu dewan kelas itu diketuk kuat. Semua orang mula mengalihkan pandangan mereka ke arah pintu itu pula. Prof. Aera yang tadi memandang Leena kini memandang tetamu yang ada di hadapan pintu itu.
"Sorry kacau." Katanya. Prof Aera yang mendengar dan terlihat akan wajah lelaki itu mula terbuntang matanya luas. Senyuman lebar dia keluarkan lalu tangan Kim Leena dilepasnya.
"Eh, Taehyung! Apa Taehyung buat dekat sini?!" Soal si dia dengan gembira. Kim Leena yang masih lagi dalam keduan itu hanya memandang Prof Aera tanpa berkelip. Kim Taehyung yang sudah tahu apa yang berlaku terus sahaja naik menghampiri meja milik isterinya itu.
"Saya Proffesor dalam Univerisiti ni. Ermm, boleh saya ambil Leena kejap?" Tanyanya lalu tangan kanan Leena ditariknya lalu digenggam kemas. Terkejut Yoo Aera apabila terlihat perbuatan lelaki itu terhadap pelajarnya.
"Taehyung, she's my student. Awak nak bawa dia pergi mana?" Kata wanita itu lalu wajah lelaki itu dipandang dengan kening yang terangkat.
"Just for a minute. Tak lama, nanti saya hantar dia balik. Jom Leena." Ajaknya lalu tapak tangan wanita itu ditarik. Kim Leena yang masih lagi tidak lekang matanya melihat akan wanita itu mula merah padam wajahnya.
Kini, lelaki itu membawa Kim Leena berjalan keluar dari bilik. Mereka berdua berjalan sehingga sampai di satu taman dimana, tempat Leena selalu berada apabila waktu bebas.
"Leena, listen what i want to say." Ujarnya dengan wajah yang serius. Wanita itu yang masih terkedu hanya termenung tanpa berkata. Dari tadi air matanya tidak henti-henti jatuh.
![](https://img.wattpad.com/cover/155592118-288-k490698.jpg)
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...