Hari yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar yang berada di dalam kelas tersebut telah hampir tiba. Dari awal diberitahu sehinggalah sekarang, tidak henti-henti mereka bersorak kegembiraan. Akhirnya, Smartprof menjadi professor kesayangan mereka di universiti itu.
"Baiklah kelas, kamu semua dah buat keputusan kan yang minggu depan kita akan ada trip ke UK?" Katanya kepada seluruh pelajar yang menduduki di dalam kelas kefotografian.
"Ye! Kami setuju, Prof!" Jerit mereka dari atas. Lelaki itu hanya tersenyum lalu tangannya mula dimasukkan ke dalam poket. Setiap orang yang ada dipandangnya dengan senyuman.
"Haha ok, tapi kita bukan pergi kita je. Prof Aera pun ikut sekali, bukan apa kalau ada dia senang sikit. Dia kan pernah duduk UK, so kalau apa-apa senang cari dia." Ujar lelaki itu sambil menyandarkan badannya ke arah meja coklat itu. Mereka mengangguk dengan senyuman yang mekar.
"Prof! Kita pergi sana seminggu kan?" Soal pelajar lelakinya itu. Kim Taehyung mengangguk lalu dia mengambil sesuatu dari dalam beg hitamnya.
"Emmm, ha'a kita pergi sana seminggu. Pastikan passport, baju apa semua lengkap. Jadual perjalanan kita saya akan bagi dekat kamu semua waktu dekat airport. Iyelah, kang nanti hilang kan susah." Kata si dia sambil tersengih jahat. Mereka hanya tertawa kecil lalu memandang lelaki itu di bawah.
"Okeylah, balik ni pack baju siap-siap. Nanti dah naik flight tak boleh patah balik macam naik kereta. Pandai-pandai jaga diri dekat sana sebab saya dengan prof Aera je yang ada. Susah nak jaga kamu yang ada 50 orang ni." Tutur Kim Taehyung sambil menggelengkan kepalanya.
"Hahah kami dah besar lah prof, bukan tu je. Ada yang dah kahwin dah pun!" Kata Minho yang berada di belakang Leena. Wanita itu yang mendengar terus memandang ke belakang lalu tajaman mata dan cebikan kecil diberikan. Kim Taehyung yang mendengar hanya tertawa kecil.
"Eleh, nanti kamu kahwin jangan lupa pula ajak saya datang. Biar saya nak tengok sikit apa jadi dekat kamu dengan isteri kamu." Ujarnya sambil menyilangkan tangan. Minho yang mendengar mula tersengih lalu kepalanya digarukan.
"Heheh pasal tu... lambat lagi kot..." balas si dia. Kim Leena yang mendengar hanya menggeleng lalu matanya masih lagi tajam memandang Minho dibelakang.
"Eh kau, yang kau pandang aku macam tu dah kenapa? Nak mengorat aku eh? Kau jangan main-main, suami kau ada dekat depan tu."
"Hello hello hello, sorry sikit. Tak ingin aku nak mengorat kau. Dah lah kaki kacau orang, better aku layan badut daripada layan engkau. Ceh." Cebiknya sambil menjelirkan lidah. Minho yang mendengar mula mengangguk.
"Oooo jadinya selama ni kau tak suka layan prof lah eh? Kau memang suka layam badut dari layan dia? Ouh okay, Pro-"
"Senyap lah! Kau ni kan!" Tidak disangka, mulut milik lelaki itu diserkup oleh tapak tangan Kim Leena. Tidak semena-mena satu kelas memandang dia yang berada di hujung termasuklah Kim Taehyung. Terangkat kening lelaki itu dibuatnya.
"$€÷£#((#£!" Jerit lelaki itu sambil cuba untuk membuatkan Kim leena membuka serkupan itu. Dia hanya memandang dengan gelengan.
"Ahhh! Lepaslah!" Akhirnya terlepas juga. Jatuh juga tangan si dia dari menutup mulut lelaki itu. Tiba-tiba...
"Prof!!" Jerit Minho dengan kuat. Kim Leena yang berada di hadapan mula cemas lalu Taehyung yang ada di bawah dipandangnya berkali-kali.
"Wehh tak payah lah." Adunya lalu memandang lelaki yang sedang berdiri itu. Kim Taehyung yang mendengar namanya dipanggil terus memandang lelaki itu.
"Kesah apa aku dengan kau, bleekk! Prof! Tadi kan! Leena kan! Dia ada cakap yang..."
"Wehh tak payahlah! Kau ni kan nanti dia marah aku!" Pujuk Kim Leena lalu tangan lelaki itu ditariknya kuat agar duduk semula. Dia menggeleng lalu matanya masih lagi memandang Kim Taehyung di bawah.
![](https://img.wattpad.com/cover/155592118-288-k490698.jpg)
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...