Bab 36

177 20 0
                                    

Dari pagi sehinggalah ke petang, Kim Leena hanya duduk di dalam bilik. Iyelah, mana boleh wanita itu berjalan apabila diberi arahan oleh jururawat itu sendiri apabila sakit. Mau dirinya masuk ke hospital, timbul lagi satu masalah yang tidak diingini.

Oh, Nooooo!!

"Arghhh bosan." Ujarnya lalu telefon pintar itu dicampaknya ke tepi. Terus bantal putih itu diambil dan diserkupkan di atas muka.

"Arghhh! Nak balik lah macam ni!" Berkali-kali dia menghentakkan kaki di atas katil. Ada betul juga kata lelaki itu, memang Leena ini seorang yang tidak reti untuk duduk diam.

"Apa aku nak buat ni... baru pukul 6 petang. Belum pukul 6 pagi lagi. Hadumak... aku kena duduk seorang lah malam ni. Mati aku..."

Keluhnya dengan wajah yang berpeluh. Terus selimut yang ditariknya tadi kini diselak ke tepi. Arahan jururawat itu dilanggarnya lalu dia berjalan melihat ke arah cermin tingkap. Baju lelaki itu dibawanya sekali. Rindu katakan.

"Mmmm... apa aku nak buat ni..." katanya sendiri. Terus dia memandang orang yang ada di bawah bangunan itu. Berkali-kali otaknya berfikir apa untuk dia lakukan. Tiba-tiba...

"Hah! Hehehe... kalau langgar sekali ni tak apa kan? Dia tak marah kan? Alah, dia bukannya ada pun. Okey Leena, kita jalan-jalan!" Soraknya lalu terus berjalan ke arah beg merahnya itu. Baju dikeluarkan dan terus dia masuk ke dalam tandas untuk menukarnya.

Selepas sahaja bersiap, Kim Leena mula berjalan keluar dari biliknya. Dari atas sehinggalah sampai ke tingkat bawah, matanya masih lagi tidak lekang memandang. Tanpa memikir panjang, bangunan hotel itu ditinggalnya. Sewaktu berjalan, dia ternampak akan sebuah patung yang cukup besar. Cukup memukaukan.

"Aduh! Sorry! Sorry! I can't see you!" Jerit Kim Leena apabila terlanggar akan seseorang. Terus dia menundukkan kepala berulang kali meminta maaf.

"Ehh it's okay. Just a small matter." Katanya lalu terus memandang wanita itu. Terbuka luas matanya apabila terlihat akan Leena dihadapan.

"Ehh, awak!" Kata lelaki itu dengan senyuman lebar. Kim Leena yang mendengar mula memandang dia yang ada di hadapan. Terangkat kening si dia dibuatnya.

"Ji-jimin?" Ujarnya. Lelaki itu mengangguk lalu wajah Leena dipandangnya lama. Kim Leena yang melihat mula dia kebelakang sedikit.

"Yes! Betullah awak! Uish, tak sangka boleh jumpa awak dekat sini lagi." Bicaranya dengan senyuman mekar. Kim Leena yang mendengar hanya mengangguk lalu sengihan kecil dia berikan.

"Ouh...ha'a. Saya pun... eh, apa awak buat dekat area sini?"

"Saya tengah cari makan. Tak makan lagi ni. Awak?" Soalnya kembali kepada wanita itu. Kim Leena yang dari tadi tidak tahu kemana hala tujunya terus mengangkat bahu ke atas.

"Entah." Katanya sepatah. Park Jimin yang mendengar mula dia tertawa kecil. Gelengan dia berikan. Leena yang melihatnya hanya memandang pelik sahaja.

"Tak kan tak tahu nak buat apa? Okeylah, jom ikut saya makan? Saya belanja awak." Ujarnya lalu dia berjalan ke hadapan. Kim Leena yang memang dalam keadaan lapar itu teurs memandangnya. Terbuntang mata wanita itu apabila mendengar perkataan 'belanja'.

"Betul ke ni? Awak nak belanja saya makan?"

"Iye. Alah, bukannya selalu pun. Jom ikut saya." Katanya lalu Kim Leena dipandangnya di sebelah. Wanita itu yang mendengar hanya akur lalu lelaki itu diikutnya dari tepi.

****

Selepas sahaja selesai makan, kini Kim Leena mula termenung. Matanya tidak lekang memandang pinggan yang kosong itu. Park Jimin yang berada di hadapan mula mengerutkan dahinya lalu wajah Leena dipandang lama.

My Encik SmartProf. KTHWhere stories live. Discover now