Chapter 25

1.1K 91 3
                                    

" eyhh amende senyum kambing semacam ni? " geurim menyiku lengan yoorin dengan perlahan.

4 jam selepas sesi ' mesra ' yoorin dan jimin, dia membuat keputusan untuk keluar dengan kawannya setelah sebaik sahaja jimin keluar, pergi menguruskan kerjanya.

Pada mulanya jimin tidak bersetuju dengan cadangannya, kerana takut akan keselamatan dan ancaman yang boleh berlaku bila² masa.

Setelah yoorin memujuk dengan memberi alasan untuk bawa geurim sebagai peneman, akhirnya jimin terbuka hati untuk membenarkannya keluar tapi tidak lebih daripada 2 jam.

" hah ingat jangan keluar lebih daripada 2 jam tau. Bahaya kat luar tu! Nanti ade orang ngorat yoorin pun bahaya jugak! "

" Apelah jimin ni, jangan nak merapu eh. Mane ade orang nak mengorat perempuan mengandung huii "

" eh mane tahu! Yoorin nampak seksi tau bila mengandung. Tergugat hati orang ni hah. Serious kalau ade orang nak mengorat yoorin, saya gali kubur dia siap². "

Perkataan yang masih terngiang-ngiang dalam fikiran yoorin dan membuatnya tersenyum lebar sehingga tidak perasan kawannya di sebelah.

" hoi kau ajak aku tapi kau yang abaikan aku" geurim menepuk-nepuk bahunya, sudah masak dengan kawannya.

" hish mane adelah. "

" habistu yang aku panggil dari tadi tak menyahut tu ape kes? "

" teringat pesan jimin sebelum keluar rumah tadi " yoorin menutup muka dengan tangannya, rasa malu.

" korang ni en, kalau sweet tu sampai bersemut rumah. Hishh jealous aku tengok hiks " geurim meniru gelak kim seokjin yang sering muncul di kaca TV nya.

" woi kuda, jangan gelak camtu leh tak. Macam bunyi pengelap tingkap je aku dengar " yoorin menahan gelak.

" Hah btw, acamne dengan jungkook? Best tak?" yoorin mengjengketkan keningnya.

" camtu jelah. "

" ehh? Camtu je? Alalala cerita lah" yoorin mengusiknya.

Muka geurim bertukar ke warna merah padam dan matanya mula kelihatan sepek, senyuman lebar macam joker.

" weyh aku nak pergi tandas au nanti kita jumpe kat cafe biasa hah okay bye! " geurim menghilangkan diri, mengalahkan kelajuan cahaya.

" eleh² malu lah tu" yoorin tersenyum

Yoorin berjalan dengan bangga menuju ke cafe yang tidak jauh jaraknya. Dia menyinggah di sebuah butik yang selalu dikunjungi olehnya sebelum berbadan dua.
Dia membelek baju² yang ada, bercadang untuk membelinya kerana baju yang ada di rumahnya semua kelihatan kurang selesa untuk dipakainya.

" ehh tak sangka boleh terjumpa dekat sini kan? " suara seorang wanita yang pasti amat dikenali telah menarik perhatiannya.

Dia menoleh, melihat ke arah suara tersebut. Sebaiknya, dia telah bertentang mata dengan seorang yang memang dikenalinya.

Seseorang yang pernah menjadi penghalang kepada rumah tangganya.

my life || jimin Where stories live. Discover now