Kepada Yoorin,
Maaf saya pergi awal, saya ada 'hal' yang perlu diuruskan. Bermaksud, saya tidak akan balik dalam beberapa hari. Tolong bagitahu geurim dan kalau boleh, awak pergi duduk di rumahnya buat sementara waktu.. Tapi kalau awak rase macam ada perasaan rindu saya tu, bolehlah bawak baju saya beberapa helai sekali :')
Tolong jaga makan, jangan terlalu aktif semasa saya takde di sisi awak ni. Saya risau bila baby keluar nanti, dia terus berlari sana sini.. Kalau nak makan ape², saya dah letak duit dalam laci.. Suruh geurim atau dua beruk tu pergi beli okay?
Take care,
I LOVE YOU.
ikhlas,
Park Jimin🐥Yoorin tersenyum lalu letak semula kertas yang berbau semerbak minyak wanginya di atas meja.
Dia menguap lalu memandang suasana cerah dek sinaran matahari yang menerangi bilik itu.
Selepas beberapa minit membuat regangan di atas katil, Yoorin bangun. Kakinya mencapai sepasang kasut tidur berwarna ceria yang tersusun elok.
Setelah membuat beberapa percubaan untuk bangun, akhirnya dia bangun.
" ahh susah jugak nak bangun ni. Selalunya jimin tolong.." Yoorin memegang katil dengan perlahan lalu dia berdiri tegak.
Dia menuju ke kalendar yang digantung bersebelahan cermin besar di dalam bilik itu.
Dia melihat pantulan wajahnya yang tidak terurus, rambut serabai, matanya sepek seperti bulan purnama.
Dia memandang ke arah kalendar dan senyuman terukir dengan serta merta.
" happy 8th months baby!!" dia memegang perutnya.
Ya, harini merupakan bulan kelapan dia mengandungkan cahaya yang menerangkan hidupnya.
" aye jimin takde,, kalau tak setiap bulan dia celebrate ni.." yoorin menyelak rambutnya yang menghalang matanya.
" eleh takpe.. Bulan depan confirm lagi meriah.. Dah tak duduk dalam perut yey!!" yoorin membuat tarian swagnya.
Dia berpaling, mencari jam yang tergantung di dinding.
7.30 pagi.
Dia menuju ke bilik mandi untuk membersihkan dan menyegarkan diri. Segala perancangan yang hendak dibuat harini sudah pun disusun dengan teratur dalam kepalanya.
Selepas mengambil masa lebih daripada 15 minit di dalam bilik mandi, dia keluar memakai bathrobe dan tuala di atas kepalanya.
Dia berjalan keluar, memegang dinding sebagai langkah berhati-hati.
Dengan itu, dia duduk di atas katil. Mencapai phonenya yang terletak elok di atas meja lampu.
Dia menekan-nekan skrin phone sebelum meletakkan alat itu di tepi telinganya.
" hello geurim?"
—
"Aigoo!! Dah sampai!!" Puan Kim memeluk anaknya dengan erat, diikuti dengan jimin.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...