Chapter 40

754 71 29
                                    

Yoorin berjalan, dipimpin oleh Jungkook.

Dia berjalan ke arah satu-satunya peti sejuk yang ada di dalam rumahnya.

Pintu dibuka, rasa dingin yang segar asyik menyentuh kulit mereka.

Jungkook melepaskan tangan Yoorin lalu mencangkung, mendapatkan buah yang diminta-minta oleh Yoorin.

Setelah jumpa, dengan segera dia memegang tangan Yoorin dan memimpinnya ke meja makan.

Yoorin mengambil tempat duduk dan melepaskan genggaman Jungkook. Jungkook menuju ke dapur semula bertujuan untuk membasuh buah peach yang terletak di telapak tangannya.

Buah itu dibilas dengan elok dan bersih. Lelaki itu kembali ke tempat Yoorin selepas itu.

Dia menyerahkan buah itu dengan senyuman.

Jungkook mengambil kesempatan untuk duduk di sebelah Yoorin, melihat je perempuan itu menggigit satu persatu.

" haih, ketagihan tu dah melampaui batas"

" kau dah kenape? Baby yang nak makan, kalau tak aku takde nya nak sentuh buah ni." Yoorin menjawab simple.

" eleh alasan." jungkook menjeling, tapi dalam masa yang sama dia tersenyum.

Geurim datang entah dari mana, duduk dengan mereka berdua. Barangkali bosan sebab Taehyung yang tak habis-habis melihat cerita aliennya itu.

" korang buat ape?"

" takde ape eh, tengah sembang je sikit." Jungkook menjawab, Yoorin hanya mengabaikan Geurim kerana terlalu sibuk menikmati rasa buah itu.

Keadaan menjadi sunyi buat seketika, melainkan bunyi kunyahan yang hanya dapat didengari.

" Yoorin.. "

" hm? "

" kau dah fikir belum nama untuk anak kau?"

Yoorin berhenti buat seketika. Dia memandang ke arah Geurim yang sedang menantikan jawapan dan berpaling ke arah Jungkook yang juga sedang melayan perbualan mereka berdua.

" dah."

" kau nak bubuh nama ape? " jungkook menanya, mengaru-garu kepalanya.

" eh adelah.." Yoorin menjawab dengan megah.

" halah,, bagitau lah kitaorang."

" buat ape? Nanti korang tau lah jugak" Yoorin menjungkit-jungkit keningnya.

" hish Yoorin ni lah."

Yoorin tergelak kecil.

Petang itu, diselebungi dengan perasaan malas dan kebosanan.

Jungkook meletakkan mukanya di atas meja makan, sambil bermain dengan alas meja yang tersusun kemas di atas meja tersebut.

Geurim bermain dengan rambut Jungkook yang kelihatan seperti tempurung itu. Rambutnya lembut dan licin sangat digemarinya.

Taehyung, heh mungkin tidur di atas sofa.

Yoorin sekadar merenung, memikirkan masa depan.

Dinding yang dibaluti dengan wallpaper ditenung lama.

Secara tiba-tiba, dia memegang perut. Menahan rasa sakit.

"uhm, g-geurim?" panggilnya lembut, menahan sakit.

Geurim dengan bingkas bangun lalu menuju ke Yoorin.

"Yoorin? kau okay tak??" terdapat rasa kerisauan di dalam ton suaranya.

my life || jimin Where stories live. Discover now