Chapter 35

766 69 35
                                    

" Bro masakan makcik tu tak pernah berubah walaupun dah bertahun wujud kat situ enn." kyungsoo menepuk-nepuk perutnya yang sudah kenyang.

" haah weyh" jimin juga menepuk perutnya sambil berjalan dengan santai.

Mereka berdua berjalan ke lobby bangunan tersebut.

Sebelum seorang staff dengan riak wajah cemas berlari menghampiri mereka berdua.

" eh kenape ni, ade ape² masalah ke?" kyungsoo sempat bertindak sebelum jimin sempat mengeluarkan sepatah perkataan.

" Ade masalah tuan, sangat besar." dia memandang jimin kemudian kyungsoo.

Lelaki berdua itu memandang ke arah satu sama lain dan kemudian beralih kembali ke lelaki yang cuba menarik nafas tadi.

" ape yang masalah besar tu?"

" saya tak tahu macam mane nak explain. Tuan berdua kena pergi tengok sendiri."

Dengan itu mereka berdua segera melangkah ke tingkat atas.

Mereka melangkah kaki masuk ke dalam tingkat itu, berdepan dengan situasi yang kelihatan sedikit huru hara.

Semua staff yang sepatutnya membuat kerja mereka dengan tekun sudah tidak kelihatan di meja masing².

Itu menjelaskan meja mereka yang kosong, kesepian.

" Bro asal tingkat ni macam kena zombie apocalypse je??" kyungsoo bersuara di belakang jimin.

" aku pun tak tahu lah" jimin memandang sekeliling sebelum menunpukkan perhatian di biliknya.

Mereka berjalan dengan lebih dekat ke arah biliknya.

'kenape mesti bila perkara nak start elok, benda macam ni berlaku eh?' jimin berbisik di dalam hati.

Kyungsoo seakan-akan macam dapat mengesan sesuatu, mula berjalan ke depan. Kini jimin pula yang berada di belakangnya.

Jimin membiarkan sahaja, kerana dia tahu yang tahap keberaniannya tak setara dengan lelaki berkaca mata tersebut.

Kyungsoo menghentikan langkah, memandang jimin.

" weyh jimin, kau kena tengok ni." reaksi lelaki itu memang menunjukkan bahawa dia betul² serious.

lalu jimin berjalan dan berdiri di tepi kyungsoo, menyaksikan satu situasi yang cukup aneh.

Kelihatan dengan jelas sekali bahawa terdirinya yerim di dalam bilik jimin, memandang ke arah sesuatu yang tidak dikenal pasti.

Yerim yang ternampak susuk jimin membuat isyarat tangan, menyuruh jimin untuk masuk dan menyaksikan semuanya.

Jimin dengan perlahan memasuki biliknya, diikuti juga kyungsoo yang mahir dalam bab mempertahankan diri.

Tetapi, apa yang disaksikan olehnya amatlah membuatkan hatinya tertanam dalam rasa takut serta terkejut.

Kelihatan dua tubuh yang terbaring, tidak menyedarkan diri.

Tetapi apa yang membuatkan hatinya berhenti berdegup adalah melihat darah yang berlumuran di baju mereka berdua.

Di dalam bilik itu juga bukan hanya ada mereka bertiga yang sedang trauma dan dua badan guard yang terbaring tidak bermaya di situ, tetapi terdapat satu tubuh yang berdiri kekal di berdekatan dengan meja kerja.

Dia memegang sebilah pisau yang sudah berlumuran darah, matanya merah mungkin akibat menangis.

"j-jimin.." dengan perlahan dia menghampiri jimin, pisau masih dipegang erat.

my life || jimin Where stories live. Discover now