Chapter 52

697 69 22
                                    

Sudah 4 hari sejak budak kecil itu diambil orang, tetapi Yoorin tetap tabah mencari anaknya diikuti rakan-rakannya dan Jimin.

Jimin pula, mengupah beberapa orang untuk mencari jejak anaknya, dia tidak mahu kehilangan anak pertama kesayangannya itu.

Kini, Jimin sedang duduk bersilang kaki di atas sofa, dalam rumahnya.

Sohee pula secara kebetulan tiada di dalam rumah, hanya tinggal dia seorang.

Phonenya diletakkan di atas meja, berhadapan dengan lelaki itu.

Mata tak beralih langsung memandang phone tersebut.

Dia hanya menunggu orang untuk menelefonnya, memberitahu perkembangan Park Chul.

Beberapa saat kemudian, phonenya bercahaya dan berdering. Menunjukkan ada panggilan. Cepat² dia mengambil lalu diletakkan di telinga.

" Hello, ada apa² perkembangan?"

"Ada tuan."

Mendengar perkataan itu, dia menarik nafas dengan tenang. Berasa gembira kerana akhirnya ada berita perkembangan.

" Kami dapat jejak ada seorang lelaki yang berpakaian mencurigakan membeli beberapa produk bayi di kedai menjual barang bayi setiap hari, jadi kami membuat keputusan untuk mengikutnya."

" Dia sekarang ni ada di dalam sebuah rumah papan tapi besar dekat tepi tasik. Saya akan bagi alamatnya dekat tuan."

" okay kalau macam tu, terima kasih banyak-banyak. " dengan itu Jimin segera mematikan panggilan.

Kaki memaksa dirinya untuk bergerak mengambil kunci kereta dan segera berjalan keluar dari rumah.

Dia menghidupkan enjin kereta lalu menuju ke destinasi pertamanya, iaitu rumah Yoorin.

-

" Jimin? " kelihatan sekali mata Yoorin yang hampir bengkak akibat menangis, menampakkan dark circle yang mula kelihatan dengan sedikit.

Amatlah melukakan hati lelaki yang sedang memandang sekarang ini.

"Yoorin kenapa ni? mata bengkak.." Jimin memegang kepala Yoorin dengan risau. Menilik mata Yoorin dengan mendalam.

" Sa-saya rindu Chul.." jawabnya dengan nada ton yang sedih.

Sikapnya yang menunduk dan memuncungkan mulut membuatkan Jimin memeluknya dengan erat. Yoorin membalas pelukkannya, dia tahu bahawa Jimin faham situasi yang dialaminya itu.

" Yoorin, nanti kita jumpa dia eh. Janganlah sedih. Saya pasti Chul sihat je." Jimin mengusap rambut Yoorin perlahan. Menyukai bau syampu baru yang terlekat di rambutnya.

Jimin meleraikan pelukan, lantas Yoorin mempelawa dirinya masuk.

Jimin membalas dengan senyuman yang manis, mengalahkan gula yang dicampurkan dengan madu.

" saya datang ni nak bagitahu sesuatu,," Jimin mengambil tempat duduk di atas sofa setelah Yoorin duduk bertentangan dengannya.

" Setakat ni, orang saya ada jumpa seorang lelaki ni,, perlakuan dia pelik. Dia selalu beli barang bayi. Jadi diaorng mengambil keputusan untuk ikut dia. " Jimin menerangkan satu persatu kepada Yoorin.

"Jadi sekarang ni, saya nak cakap yang saya nak pergi tengok tempat tu.."

" Saya nak ikut." Yoorin menjawab dengan penuh yakin.

" Tapi Yoorin, bahaya. Lagipun dia tu lelaki. Takpe, biar saya dengan orang saya pergi. Awak tunggu dekat rumah ni."

" Saya tetap berkeras nak ikut. Saya nak tengok anak saya. " gigi dikunci dengan ketat, berdegil. Pandangan ditujukan ke arah Jimin.

my life || jimin Where stories live. Discover now