Seminggu sudah berlalu, majlis itu berjalan seperti yang dirancangkan.
Kedua-dua orang tua Park Jimin telah pergi ke luar negara atas sebab yang tertentu.
Ibu bapa yoorin pula hanya mampu membuat video call mengucapkan selamat tinggal kerana seperti Encik dan Puan Park, mereka juga ke luar negara.
Suasana pagi di rumah mereka berdua diserikan dengan sinaran yang terang tambahan pula burung berkicauan dengan riang.
Yoorin sedang membuat sarapan pagi, rutin paginya selepas bangun tidur.
Dia dengan berhati-hatinya membahagikan telur hancur besertakan roti bakar di atas pinggan.
Air kopi dihasilkan menggunakan mesin pembuat kopi dituang perlahan di dalam jag.
Yoorin mengambil jag tersebut lalu diletakkan di atas meja makan utama.
Jus oren diambil dari isi perut peti sejuk lalu diletakkan di atas meja makan juga.
Semua makanan sudah siap terhidang.
Dia duduk di atas kerusi, menunggu jimin untuk turun bersarapan.
Selepas kejadian yang berlaku di dalam bilik, yoorin kini agak malu untuk bertembung dan bercakap dengan jimin.
Hari tu, jimin memang gatal habis.
Mukanya kemerah-merahan mengingati tentang kejadian tersebut.
Kerana terlalu asyik bermain dengan fikiran, dia tidak sedar lelaki yang difikirkan olehnya itu sudah berada di depan matanya, kehairanan.
" selamat pagi" yoorin dikejutkan dari mimpi siangnya itu.
" ahh umm- selamat p-pagi. " kegagapan yoorin membuatkan jimin tersenyum.
Jimin mengambil tempat duduknya dan meletakan suitcase di tepi kerusi.
" sejak bila isteri saya gagap ni? " jimin menuangkan kopi di dalam cawannya.
Yoorin hanya diam lalu menundukkan kepala, malu untuk menghadap mukanya.
Kemudian yoorin menuangkan air kopi di dalam cawan nya.
belum sempat di letakkan di bibir, jimin mengambil cawan itu.
" no kopi, minum jus oren je okay? Banyak vitamin. " jimin meletakkan cawan yang diisi kopi lalu mengambil gelas di tepi singki dan menuang jus oren.
dia meletakkan gelas itu di depan yoorin.
" erm- terima kasih. "
" anything for you. "
mereka berdua memulakan sarapan tanpa sebarang kata.
yoorin berasa kurang selesa kerana dia dapat merasakan ada sepasang mata sedang merenung ke arahnya.
" btw yoorin, mulai harini saya akan balik awal dari kerja. Jadi nanti kalau awak nak masak, tunggu je saya. Kita boleh masak sama² , bolehkan? "
Yoorin memandang ke arah jimin.
" ahh boleh tu boleh, tapi a-awak kan boss, mestilah banyak kerja.. "
Jimin tersenyum, menampakkan mata yang sepek bagaikan bulan sabit.
" tu takde masalah, saya ade yerim. Assistant yang bertanggungjawab. Saya dah call dia, dia kata semuanya dalam tangan dia"
" ha kalau macam tu, saya tak kesah. "
jimin bangun, dia mengambil suitcase di tepi kerusi.
Yoorin bingkas bangun lalu mengikutnya ke pintu depan.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...