" Hish mane jimin ni? kate nak balik awal.." yoorin menyelak langsir yang menutupi salah satu tingkap besar di dalam rumah itu.
" halah, busy lah tu.. Mana tau dia beli surprise untuk baby ke.." geurim jawab selamba sebelum sambung melihat kdrama kegemarannya.
Yoorin memandang bawah. Setiap kali dia memandang, pandangan kaki sentiasa di halang, kerana perutnya yang semakin membesar.
Dan setiap kali dia ingat yang semakin lama semakin besar perutnya, dia semakin teruja dan sangat gembira bukan seperti emak yang lain yang berasa gementar.
Kerana dia tahu, semakin hari juga akan ada sesuatu yang baik menimpanya.
Seperti kelahiran bayi yang sedang dinantikan.
Dia tidak kisah akan perutnya yang membesar, kerana dia pasti bahawa biar kelihatan sedikit hodoh pada mula, akan tetapi akan membawa tuah pada akhirnya.
Perutnya sudah banyak diterima belaian kasih sayang, apatah lagi bayi yang akan keluar dalam tempoh dua bulan dari sekarang.
" eh yoorin. Meh lah duduk. Tak penat ke bawa perut yang beratnya hampir 3 kg tu??"
Yoorin menghenyakkan punggung lalu memandang geurim yang menyilang kaki di atas sofa.
" Tak penat pun. Tambahan lagi bila kau angkat anak kau merata-rata tempat."
Geurim memandang ke arah yoorin dengan jelingan lalu tersenyum.
" kenapa lah dalam banyak² orang mesti aku yang kena jaga kau? Jimin tu gedik ah.. Dia boleh je kan upah bibik jaga kau waduhhh" geurim menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Tu sebab dia tak percayakan bibik untuk jaga aku. Dia suruh kau jaga aku sebab kau kan kawan aku. Kenape? kau tak suka ke jaga aku ni hah?" yoorin mengesat air mata palsu.
" ehh bukan tak suka.. Cuma aku dah masak dengan perangai kau yang tah pape ni. Semakin dekat tempoh, semakin pelik kau ni eh.. " geurim menyindir yoorin.
" pelik² kawan kau jugak. " yoorin menyiku lengannya.
Perempuan tersebut tidak mengendahkannya lalu sambung melihat ke arah kaca TV.
Tidak sampai 30 minit, yoorin berdiri. Geurim mengalihkan pandangan ke arah perempuan hamil yang pelik itu.
" geurim, aku rasa macam nak makan sup ayam lah., " yoorin menyentuh hujung jari telunjuk dengan lagi satu jarinya.
" hah dia mula dahh.. Aku baru je masak sup ayam untuk kau semalam, tapi kau tak makan pun. " geurim menepuk dahinya sendiri.
" ish tu semalam! Aku nak makan harini... " yoorin menunjukkan wajahnya yang comel.
" hish yelah! kejap ehh. " geurim dengan malasnya bangkit lalu menuju ke dapur." ala mesti jimin dah habiskan sisa semalam." dia mengeluh apabila membuka pintu peti sejuk dengan harapan masih ada sup ayam yang berbaki.
yoorin datang dari belakang, mengeluh juga.
" aku tengok barang jap. " dengan tidak putus-putus harapan keluar, geurim pergi pula ke almari yang disimpan dengan rempah sup.
" hm dah habis lah.." geurim memandang yoorin dengan kekecewaan.
Pada masa yang sama, jimin masuk ke dalam rumah. Setelah semua perkara yang dia lalui hari ni, Dia serabut. Serabut dengan ugutan sohee.
Dia berjalan ke dapur dengan langkah yang berat serta pelbagai jenis benda yang terlekat di otak..
Antaranya, keputusannya untuk meninggalkan yoorin demi keselamatannya.
Jimin tidak henti memikirkan tentang perkara tersebut. Dan berasa sangat bodohnya kerana kalau tidak disebabkan dia pada mulanya, dah tentu semua ini tidak akan berlaku.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...