Chapter 38

808 81 24
                                    

Jimin menggerakkan kakinya yang kecil, di bawah selimut yang agak tebal.

Dia berpusing kiri dan kanan, mencari sesuatu untuk dipeluk.

Sebaik sahaja menjumpai susuk tubuh yang hangat, dia tersenyum dengan gembira.

Tetapi apabila dia membuka mata,

Hanya susuk tubuh orang lain yang dilihat olehnya.

Dan bukannya Yoorin.

Senyuman yang terlekat dibibirnya jatuh dan berubah menunjukkan expresi mukanya yang gelap dan moody.

Dia menjarakkan tubuh badan dengan susuk yang tidak mahu didekati olehnya . Dia jugak menjauhkan bantal daripada kepala sohee.

' hmm rindu yoorinn..' bisik jimin di dalam hati sambil membuat bulatan halimunan menggunakan jari telunjuknya itu.

Tidak sampai beberapa minit, dia dapat rasakan pelukan daripada belakang.

Dia menjeling. Satu-satunya Park Jimin yang comel wujud di dunia ini menjeling kerana perasaan menjengkelkan menghantui hatinya.

" good morning, sayang." suaranya yang serak dan jari jemarinya yang kini menari di atas lengan jimin membuatkan dirinya geli.

Tetapi demi yoorin, dia sanggup mengorbankan diri. Termasuklah berpura-pura untuk menjadi bahagia dan romantik dengan sohee.

Jimin memakai senyuman palsu lalu memusingkan badannya menghadap Sohee yang ternanti sahutan daripadanya.

" good morning too, baby." dia berfikir beratus kali hendak menyebut perkataan itu.

Sohee tersenyum dengan lebar.

Akhirnya, impian yang lama dirancang berjalan dengan baik satu persatu.

Termasuklah memusnahkan Yoorin.

Dia juga telah membuat perancangan jahat, perancangan yang tidak pernah disebut di depan jimin.

Iaitu, dengan membuatkan yoorin rasa penat dengan segala aksi romantiknya terhadap jimin sehinggakan yoorin melafazkan perkataan cerai.

Dia bersabar, kerana dia tahu dia perlu mula membuatkan jimin berjauhan dengan yoorin.

Dengan itu lebih mudah, dan akan terbuahlah hasilnya nanti.

" harini kita nak buat ape?" tanya perempuan tersebut menggunakan suaranya yang diserakkan.

" hmm awak nak buat apa?"

" ape kate..... kita pergi jalan² tepi pantai? Dah lama kita tak jalan sama-sama pastu pegang² tangan macam dulu." Dengan itu sohee bangun lalu menuju ke arah almarinya.

Sehelai demi sehelai dia mengeluarkan blouse panjang mencecah lutut yang agak menyerlah tetapi dengan ton warna yang sempurna.

" hm yang mana satu sesuai ehh untuk pakai harini? " dia memegang dua helai blouse di kedua-dua belah tangannya.

" semuanya cantik." jimin menjawab.

" hmm kalau macam tu, saya pilih yang ni." dia melemparkan blouse yang tidak dijadikan pilihannya itu lalu melihat blouse yang masih dipegangnya.

Blouse yang kelihatan sedikit revealing, menampakkan sedikit bahagian belakangnya tetapi warnanya yang lembut bertemakan corak bunga sakura mampu memikat mata untuk memandang.

" oh ye, saya pun ade pasangan baju ni. Jadi awak bolehlah pakai nanti. Barulah nampak macam kita ni pasangan yang tak boleh dipisahkan.!" dia melompat keriangan.

my life || jimin Where stories live. Discover now