Pasangan suami isteri itu tergelak melihat tingkah laku anaknya yang tersenyum, terselah matanya yang sepek.
Seiras dengan papanya.
5 hari Jimin meluangkan masa dirumah Yoorin setelah berjaya meyakinkan Sohee bahawa dia keluar kerana urusan kerjanya.
Dia berbuat demikian hanyalah mahu meluahkan rasa rindu terhadap Yoorin dan melihat anaknya.
Kini, dia sedang melihat anaknya rancak bergelar tawa, dalam pegangan Yoorin di depan matanya.
Entah tak tahu macam mana, kucupan dari bibirnya singgah ke pipi Yoorin, membuatkan si dia melihatnya sepantas kilat dengan kening yang terangkat.
"Awak buat ape ni?"
Yoorin berkerut, Chul juga memandang ke arah papanya.
" saje."
" Eh awak jangan macam² . Chul ade kat depan ni."
Jimin menunduk bermain dengan jarinya. Sementara Yoorin pula sambung bermain dengan anaknya yang tidak kelihatan penat itu.
Suasana menjadi sunyi, tetapi secara tiba² suara gelak tawa yang dibuat oleh Chul kedengaran.
Jimin mengangkat kepala besertakan senyuman lebarnya itu lalu mendekatkan jaraknya dengan Yoorin.
" eh anak papa dah pandai gelak?" Tangannya menepuk keriangan,
Chul melihat pergerakan tangannya, lalu tersenyum lebar juga.
" eh rasanye baru beberapa minggu Chul lahir,, dah pandai gelak?"
" hm entah lah. Dia macam jenis yang cepat belajar"
" bahaya tu."
Penyataan itu membuatkan kening si Yoorin terjungkit lagi.
" eh dah kenapa pulak?"
" yelah nanti bila Chul besar, dah boleh berjalan, kalau bila² saya ade kiss pipi awak ke ataupun awak kiss saya ke,, nanti dia mintak nak jugak. Jealous lah.. "
Mendengar kata-katanya, Yoorin menyorokkan mukanya dengan menjadikan Chul sebagai penghalang mukanya.
Tapi malangnya, Jimin tersenyum puas kerana dia ternampak pipi tomato Yoorin.
" eh kenapa pipi merah merah tu? Nak cendol? "
" ey mengarut.. " tangannya mencapai lengan Jimin untuk dipukul.
Tetapi Park Jimin lah katekan, dia sempat mengelak.
" eh ikat kang tangan tu baru tau. Suka sangat pukul orang."
Yoorin menjeling, mengalihkan perhatiannya kembali ke Chul yang sedang sibuk menghisap ibu jarinya.
" Yoorin,,"
" Nak ape pulak?"
" Jomlah tidur."
Yoorin memandang ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul tepat 9.30 malam.
" awal lagi lah, Chul pun tak penat lagi ni hah.."
Jimin memuncungkan mulut, berasa tidak puas hati kerana Yoorin tidak dapat memenuhkan hasratnya seperti dulu.
" Tapi baby awak lagi satu ni dah ngantuk."
"Maaflah Jimin, tapi awak pun tahu kalau Chul tak penat lagi, macam tulah dia. Selagi dia tak penat, selagi tu dia taknak menghadap katil."
" hm tak pelah kalau macam tu, nampak gayanya saya tidur dulu lah..." dengan itu Jimin bangun lalu memulakan langkah beratnya menuju ke bilik.
Yoorin mengeluh melihat tingkah laku suaminya yang terlampau manja itu, tetapi cuba sedaya upaya untuk memenatkan Chul dengan bermain dengannya.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...