jimin menghembuskan nafas lega, setelah pergi ke suatu tempat untuk menyelesaikan beberapa perkaranya yang penting.
Jimin parking keretanya di depan rumah.
Dia melihat ke arah jam yang menunjukkan pukul 7.24 malam di skrin phonenya.
Dia keluar dari isi perut kereta, menuju ke arah pintu masuk dengan perasaan yang gembira tidak terkata.
Dia menekan butang password yang terletak di sebelah pintu rumahnya dengan gembira.
Dia segera masuk, matanya melihat persekitaran ruang tamu yang bersih serta ceria dengan pelbagai perhiasan rumah yang mahal.
Tetapi baginya, terdapat satu 'perkara' yang sangat berharga tidak kelihatan di tempat tersebut.
Jimin pergi ke dapur untuk mencari ' perkara' yang disayangi dan amat berharga buatnya.
Matanya mengliar mencari seseorang tetapi jelas keadaan alatan² memasak yang teratur cantik menandakan tiadanya di situ.
Jimin melangkah anak tangga dengan laju untuk mencarinya di ruang atas.
Bilik utama iaitu bilik tidurnya dilangkah masuk terlebih dahulu kerana dia pasti bahawa adanya seseorang yang bernilai di situ.
Matanya menunjukkan riak wajah yang jelas kelihatan gembira dan lega kerana akhirnya menemui kelibatnya yang sedang duduk di bucu katil , badannya menghadap dinding.
Jimin masuk dengan perlahan, naik ke atas katil dengan berhati-hati agar tiada bunyi yang akan dihasilkan olehnya.
Secara perlahan, jimin mencapai pinggangnya lalu dipeluk dengan erat.
Yoorin terkejut tetapi membiarkannya sahaja.
" hai sayang" Jimin membisik di tepi telinganya dengan nada yang perlahan.
Yoorin tidak membalas percakapannya lalu dinding di depannya masih direnung dengan tajam, menunjukkan riak air muka yang tidak puas hati.
" awak dah makan ke?" soal jimin dengan tangannya yang masih di pinggang yoorin.
" dah."
" Jom teman saya makan. Saya takut lah duduk sorang² dekat bawah, nanti ade jembalang tanah datang kacau saye, tak pasal² sakit jantung kat situ."
Jimin senyum setelah perkataan yang dikatakan olehnya keluar dari mulut.
Tetapi senyumannya pudar setelah tindakan yoorin seterusnya mengejutkan dia .
Yoorin menepis tangan jimin yang ada di pinggangnya lalu berdiri menuju ke arah tingkap yang besar di dalam bilik itu.
Jimin berasa hairan lalu segera pergi ke yoorin.
Jimin datang lalu memegang kedua-dua belah tangan yoorin dengan erat. Lelaki itu confuse dan risau dengan keadaan yoorin yang secara tiba-tiba berubah.
" Sayang ,kenape pulak kalini?" jimin menanya dengan lembut.
" Lepaskanlah." yoorin menarik tangannya dengan pantas untuk mengelak daripada dipegang oleh lelaki tersebut.
" Sayang-"
" Jangan nak bersayang sayang sangat boleh tak?! Rimas lah dengar!" Yoorin memandang tempat lain, mengelakkan mukanya bertembung dengan jimin.
" Okay yoorin, kenape ni? Jangan lah buat hati saya macam ni." Jimin mula panik.
" Ouh hati awak? Hati saya macam mane pulak?! Hati saya ni tak perlu jaga ke hah ?!?!" Yoorin menahan amarah.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...