Geurim menahan gelak, dengan mencekup mulutnya.
Matanya berair melihat situasi di depannya sekarang.
Jungkook yang sedang memegang muka Taehyung menjadikannya seperti ikan buntal, cuba untuk menciumnya di bibir setelah diberi cabaran oleh Geurim.
Mereka membuat keputusan untuk bermain Truth OR Dare petang ni untuk mengisi masa yang terluang.
Akhirnya ciuman singgah ke mulut Taehyung membuatkan lelaki itu menjerit geli serta ketawa Geurim dan Jungkook yang berdekah-dekah.
" Aku dah tamau main game ni dah!" Taehyung menarik diri, menunjukkan mukanya yang pucat dan penat kerana Jungkook.
" alah tapi skang ni giliran aku!" Jungkook mendengus manja.
Taehyung mengeluh lalu mengangguk kepalanya.
" okay tapi ni last eh."
Jungkook tersengih seperti kerang busuk. Memandang ke arah Geurim yang jugak tersengih jahat.
" okay Taehyung, truth or dare? "
" Aku nak truth. "
" Betul ke kau tak basuh seluar dalam kau yang berminggu ditinggalkan pastu kau letak dalam almari? " ketawa dari Geurim kedengaran.
" Series ah kau tanya aku soalan camni?"
" Haah, jawablah. Kitaorng tengah tunggu ni.. "
" Aku nak tukar dare. "
Jungkook sekali lagi tersenyum gembira.
" aku cabar kau hidu stoking aku yang aku simpan dekat bawah katil balik rumah nanti"
Dengan itu tamparan serta pukulan yang datang dari Taehyung singgah ke Jungkook.
"Amende woi kau buat aku camni?" Jungkook dan Geurim tergelak besar.
Jungkook tidak berasa sakit langsung apabila dipukul Taehyung kerana badannya yang tegap dan kebal itu.
Geurim sekadar gelak melihat tingkah laku mereka berdua yang masih sama sejak sekolah menengah dahulu.
Loceng pintu rumah kedengaran membuatkan Geurim memandang ke arah pintu.
" Aku nak pergi bukak jap." Bingkas dia berdiri, meninggalkan mereka berdua yang sedang bergusti.
Pintu dibuka,
Kelihatan Yoorin yang berdiri di depannya, Chul di dalam dukungan serta sebuah beg bagasi besar di belakangnya.
"eh Yoorin?"
Mendengar nama itu membuatkan Taehyung dan Jungkook berhenti.
" kenape dengan beg bagai semua ni? Apa yang berlaku?"
" Geurim,, Jimin tu.." belum sempat dia menyabung ayatnya, air mata mengalir di pipi.
Taehyung dan Jungkook bergegas ke arah Yoorin dalam keadaan risau.
"Amende pulak dah mamat ketot tu buat kalini ?"
Yoorin menangis dengan teresak-esak, Chul di dalam pegangannya hanya melihat mukanya yang merah akibat menangis sepanjang masa itu.
Geurim menepuk-nepuk bahunya, cuba untuk menenangkan diri Yoorin yang tidak terkawal itu.
" Dah, jom kita masuk dulu pastu kau ceritakan segalanya dekat kitaorng." Yoorin mengangguk lalu berjalan masuk dengan Geurim.
Taehyung dan Jungkook memandang ke arah satu sama lain lalu Jungkook mengambil beg bagasinya masuk ke dalam sebelum Taehyung tutup pintu rumah.
Yoorin duduk di atas sofa empuk yang dimiliki oleh kawannya itu. Besertakan Geurim yang duduk di sebelahnya.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...