"Jimin?" Yoorin memukul kepalanya dengan buku lima, tetapi susuk di depannya masih ada.
Dia mahu membuat cubaan kedua tetapi tangannya diraih oleh Jimin dengan pantas.
" janganlah buat macam tu. Saya memang ada dekat depan awak ni."
Suaranya yang garau, muka yang menjadi igauan Yoorin ketika tempoh lelaki itu menghilangkan diri,
Sungguh hatinya pedih menunggu lelaki itu balik ke dalam pangkuannya, tetapi apabila melihat dirinya muncul kembali di depan mata.
Hatinya semakin pedih menahan amarah dan kerinduan.
Dia mengetepikan perasaan marah dan mengutamakan perasaan rindu menyelubungi hati.
"Jimin!!" Dengan sepantas kilat, tubuh Jimin dipeluk erat oleh Yoorin.
Jimin memeluknya juga, melepaskan segala kerinduan yang sudah lama dipendam.
Beberapa minit, Yoorin melepaskan pelukan besertakan tangisan yang mengalir di pipi.
Dia memukul dada Jimin berkali-kali, cuba melepaskan amarah dengan cara yang lembut.
"kenapa awak buat macam ni?"
" Awak tahu tak betapa susahnya hidup saya tanpa awak?"
" Kenapa awak buat keputusan untuk tinggalkan saya selama 2 bulan ni hah?"
Pelbagai jenis soalan dilemparkan, tetapi lelaki itu hanya diam sambil menahan rasa sakit di dada yang telah dipukul berkali-kali.
" kenapa diam? Jawablah! " pukulan terakhir dilemparkan ke dadanya sebelum Yoorin betul-betul menangis dengan tragis.
" Yoorin, sayang-"
" Ape masalah awak nak hilangkan diri macam tu?! Awak tak fikir ke perasaan saya ni? Saya sayangkan awak tapi-"
Belum sempat ayatnya dihabiskan, pinggang dirangkul lalu bibirnya di kucup dengan ganas.
Yoorin cuba melepaskan diri tetapi malang sekali Jimin dengan tenaganya yang lebih kuat tak setanding dengan dirinya yang tidak beberapa kuat.
Dia membiarkan sahaja Jimin membuat perlakuan itu sambil menangis.
Jimin melepaskan kucupan yang lama itu lalu meletakkan dahinya bertentangan dengan Yoorin.
Air mata yang jatuh di pipi Yoorin, Jimin mengesatnya menggunakan jari jemarinya .
"Maafkan saya sayang. Saya buat semua ni demi awak, demi kita. Saya tak berniat nak tinggalkan awak tapi ada banyak urusan yang saya perlu selesaikan."
"Kenapa tak bawa saya sekali? Awak tahu kan saya tak rasa selesa tanpa awak."
" Sayang, perkara yang saya lakukan ini akan membuatkan awak tidak tahan. Jadi saya tak sanggup nak bawa awak dan terpaksa tinggalkan awak dalam keadaan yang memerlukan."
" Lagipun,, " Jimin menyambung.
" sekarang saya dah ada depan mata. Jadi saya nak mohon, jom kita mulakan hidup baru. Saya, awak dengan anak kita."
Yoorin tersenyum, terharu mendengar kata-katanya lalu pantas mengangguk laju.
Jimin tersenyum dan berasa lega apabila Yoorin mula setuju dengan cadangannya.
' Aku tak boleh bagitahu dia tentang Sohee. Bukan sekarang.'
Jimin mencium dahinya dan kemudian memeluknya lagi.
Yoorin membalas pelukannya dengan senyuman dan tangisan yang tersangatlah ikhlas.
Mereka berpelukan di bawah bulan yang sedang menyinari malam itu, diserikan dengan beberapa bintang yang sedang berkelipan.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...