Chapter 27

1.1K 91 21
                                    

Yoorin memegang seteko air teh panas keluar rumah, menuju ke meja bulat yang berada di tengah² halaman belakang.

Dia meletakkan teko teh tersebut dengan berhati-hati lalu kembali ke dalam rumah untuk mengambil bahan-bahan lain yang diperlukan olehnya.

Apabila dia masuk, senyumannya lebar melihat jimin memakai apron bercorakkan hati bewarna pink miliknya.

Jimin yang sedang khusyuk membaca resepi membuat cip coklat, mengambil barang-barang yang diperlukan dengan teliti sekali.

Sepatutnya kerja yoorin yang membuat cip coklat tetapi, jimin yang bersemangat waja dan prihatin terhadap isterinya membuatkan yoorin bangga tahap raban dengan sikapnya.

Yoorin berjalan mengambil dua buah cawan di dalam kabinet.

Dia tidak mahu mengganggu jimin yang terlampau khyusuk membuat manisan setelah berjuta-juta kali memujuk yoorin untuk menolongnya.

Setelah tugasannya selesai, dia duduk dan menunggu dengan sabar.

Tak sampai 20 minit, jimin datang membawa sepinggan cip coklat panas dengan senyumannya yang manis tahap gula beserta mata sepek bak bulan sabit.

Jangan lupa apron berwarna pink itu juga.

Dia meletakkan pinggan tersebut lalu duduk di atas kerusi bertentangan dengan yoorin.

" Eh cepatnya " yoorin memegang lalu melihat bentuk dan warna manisan itu yang kelihatan sempurna.

" Eleh biasa lah, park jimin kot " dia menunjukkan muka berlagaknya.

" Ha yelah" yoorin memulakan dengan gigitan kecil biskut tersebut.

Jimin memandang dengan penuh harapan

" Hah camne rase dia?" jimin menanya.

" Not bad lah " yoorin mengambil gigitan yang kedua.

Jimin pun dengan segera berdiri di atas kerusi, acah macam patung presiden.

" Seorang lelaki muda dan handsome serta menawan bernama Park Jimin telah membuatkan permaisuri hatinya kagum dan memuji masakannya iaitu cip coklat. Pemuda tersebut akui bahawa segala bahan seperti peluhnya jugak dicampur ke dalam adunan tersebut " Jimin dengan tak tahu malunya pun bercakap dengan kuat.

" peluh ? ee kotornya, taknak makan lah " yoorin meletakkan semula, saja nak mengusik jimin.

Dengan itu jimin segera duduk kembali macam biasa.

" Taklah mane ade, saya gurau je. Awak makanlah. Penat saya hasilkan untuk awak." Jimin memujuk yoorin.

Yoorin tergelak.

" Saya pun gurau jelah, lagipun cantiknya apron. Sape punya tu ?"

" Eh apron ni memang lawa, macam tuan dia huuu "

" hish awak ni en, makin hari makin suka sangat buat rumah ni dipenghuni dengan semut " yoorin menghirup cawan teh yang segar lagi panas.

" tengok lah suami sape ni, hak milik kang yoorin jew " jimin ala² menjadi datin-datin bawang gelak menutup mulut dengan tangannya

Dia mula acah duduk macam kaum datin. Dia memegang tangkal cawan tersebut dengan sopannya.

" eleh acah gedik pulak" yoorin menjeling.

my life || jimin Where stories live. Discover now