[author just akan skip time since malas sangat nak cerita panjang ² ni,, 😅]
🌿
selepas banyak perkara yang telah berlaku dalam kehidupan harian di antara Jimin dengan Yoorin, tanpa disedari mereka berdua, sudah cukup sebulan Jimin meninggalkan Yoorin seorang diri.
Dalam masa sebulan itu, Jimin sudah berubah. Dia kini lebih kurus dan penyabar jika dibandingkan dengan dirinya yang dulu.
Semakin hari semakin kurang tabiatnya yang selalu buka Phone semata-mata untuk menatap muka isterinya.
Dia kini lebih banyak menatap muka Sohee kerana kerenah perempuan itu membuatkannya tak sempat langsung memandang isterinya walaupun melalui gambar.
Dia tahu kini dia memang tidak berpeluang untuk curi² keluar, menjenguk Yoorin di rumah dan memberitahunya tentang apa yang sebernanya berlaku. Tapi disebabkan majlis perkahwinan itu dalam beberapa hari lagi, dia membuat keputusan untuk mengabaikan misinya itu.
Yoorin pula,
Tidak mampu membuat kerja rumah lagi dan hanya boleh menggoyangkan kaki, melihat mama, papa atau rakan-rakannya mengambil alih tugasnya.
Setiap kali situasi macam tu berulang, dia tak merasakan apa-apa perasaan melainkan serba salah kerana orang lain yang buat tugasnya.
Tetapi, dia juga tidak boleh berbuat apa-apa dengan badannya yang semakin penat kerana mengandungkan anaknya yang sudah masuk bulan terakhir.
Apabila teringatkan tentang perkara tersebut, jawapannya adalah ya. Ya, dia tersangat lah gembira untuk menantikan kedatangan ahli baru yang semestinya akan menyinari hidup dia.
Sementara Jimin pula?
Dia dah tak mampu serabutkan akalnya memikirkan si lelaki itu. Dia mengaku yang dia betul² merinduinya. Amat.
Tapi,
Takkan lah hal kerja sampai sebulan.. kan?
Dia sedih kerana lelaki tersebut tidak pernah sekali pun menelefon atau menanya khabarnya sepanjang tempoh mereka berjauhan ni.
Pelbagai fikiran negatif datang menyerbu fikirannya ketika tempoh lelaki itu pergi.
Adakah dia kena culik? Terpaksa meninggalkan negara ni untuk uruskan kerja? ataupun dia tersangkut di mana-mana negara dan tak dapat pulang...
Dia ketepikan semuanya dan hanya berdoa agar Jimin akan tetap selamat melangkahkan kakinya semula ke dalam rumah mereka berdua.
" Aish Yoorin, kan aku dah cakap kalau nak ape² panggil je kitaorang . Tak payah lah berjalan datang sini."
" habis tu ape guna kaki ni?" Yoorin mengangkat kakinya sebelah yang membuatkan ketiga-tiga sahabatnya itu datang menerpanya.
Jungkook memegang lengan kiri, Geurim lengan tangan manakala Taehyung berdiri di belakang Yoorin, bersedia menahan Yoorin daripada jatuh.
" Hish Yoorin ni!! Jangan lah angkat kaki kau tinggi sangat. Tak ke sakit kalau tetiba jatuh nanti?" Geurim memberi jelingan tajam.
" Betul cakap Geurim tu. Tak pasal² nanti duduk atas katil hospital awal." Jungkook menambah.
" eh, sayang rupanya korang dekat aku.." Yoorin jawab perlahan. Tapi masih boleh didengari oleh mereka bertiga.
" Entah kenapa, tapi aku rasa macam otak Yoorin ni macam masuk air. Memang Kitaorang sayang kau!! Kalau tak, kitaorang biarkan je kau duduk seorang diri dalam rumah ni.. " Taehyung menjawab, masih di belakang Yoorin.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...