Chapter 54 [Final]

985 67 39
                                    

Yoorin berdiri, memegang Chul yang menghisab jarinya dengan puas dan gembira. Jimin memegang bahu perempuan itu.

Dia hanya menumpukan sepenuh perhatian di depan matanya.

REST IN PEACE
Kim Sohee.
1995-2019

Mereka yang berpakaian hitam, berdiri mengelilingi sebuah kubur dengan tanah yang masih kelihatan coklat setelah ditanam dan ditimbus semula.

Jimin mengeluarkan keluhan.

Dia memandang ke arah Puan Kim, iaitu emak kepada Sohee yang sedang berdiri dengan tegak memandang ke arah kubur itu.

Walau apapun yang terjadi kepada Sohee, Puan Kim masih bersikap normal. Dia dapat menerima keputusan yang semestinya melukakan hatinya yang sayup.

Yalah kan. Setelah suaminya meninggal sejak beberapa tahun lalu, kini anaknya pula yang meninggalkan dirinya keseorangan di dunia tak berhati perut ini.

" Pesakit yang bernama Kim Sohee telah mengalami pendarahan di bahagian kepala yang teruk sekali. Mungkin kerana kepalanya terhentak dengan kuat, menyebabkan pendarahan dengan banyak sehingga membuatkan dirinya pengsan buat sementara waktu."

Mendengar penjelasan doktor beberapa hari yang lepas, pada mulanya Puan Kim menangis dengan banyak sekali.

Tetapi dia dah dapat menyesuaikan dirinya. Dia dah dapat terima kenyataan bahawa anaknya tidak dapat bersama dengannya dengan lebih lama kerana takdir yang telah ditentukan.

Jimin berjalan ke arah emak mertuanya, meninggalkan Yoorin dan Chul.

" mak.. okay tak ni?" Puan Kim mengesat air matanya lalu berpaling ke arah Jimin yang berdiri di tepi.

" Sohee tu orang yang baik sebernanya. Dia cuma ada masalah mental je. Kalau tak, dialah orang yang paling baik mak pernah tengok." Wanita tua itu mengimbas memori yang masih diingati ketika Sohee masih kecil.

" Mak. Jimin minta maaf sebab tak dapat jaga dia dengan elok. "

" Jimin, kamu tak perlu minta maaf apa² pun dekat mak. Lagipun, mungkin sebab dia pergi dulu adalah kerana dia dah tak boleh kacau orang lagi? Lagipun, semua orang berhak dapat kebahagiaan. Dan mak rasa, kebahagiaan dia adalah dengan cara macam ni. " senyuman manis dilemparkan kepada lelaki itu.

" Dan Jimin, kebahagiaan kamu mungkin adalah dengan Yoorin. " tangan lelaki itu digenggam dengan lembut oleh wanita itu.

" Kalini, mak nak kamu jaga Yoorin dengan Chul baik² okay? Jangan sesekali hancurkan hati Yoorin." tangannya beralih menyentuh bahu Jimin.

" Baiklah mak. Jimin janji. Dan, Jimin juga janji akan jenguk mak bila² Jimin ada masa lapang, bawa sekali Yoorin dengan Chul. "

Dengan itu, hubungan Jimin dengan Puan Kim akan sentiasa erat seperti benang yang tidak putus talinya.

Setelah orang² lain yang berkunjung untuk melihat majlis pengebumian Sohee beredar satu demi satu, Puan Kim mengutuskan untuk pulang ke tempat asalnya, diiringi Jimin dan Yoorin ke arah kereta.

"Mak pasti nak tinggal sorang² buat masa ni? Mak boleh tinggal dekat rumah Jimin." dengan niat baik dan ikhlas dia menanya.

my life || jimin Where stories live. Discover now