Yoorin dan Jimin duduk di atas kerusi dan menunggu di depan sebuah bilik dimana Chul berada setelah tangannya terkena hirisan pisau.
Jimin memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan setiap 3 ke 4 saat, memerhatikan laluan yang sunyi sepi.
Yoorin hanya termenung jauh, memandang pintu bilik tersebut.
" Yoorin?" suaranya yang sedikit serak, memanggil nama perempuan itu dengan perlahan dan lembut.
Pantas perempuan itu memandang ke arahnya. Senyuman terukir sedikit.
" awak,, okay ke?" tanya lelaki itu.
"okay. Kenapa? Awak nampak macam saya ni tak okay ke?" Yoorin menanya.
" hmm sebernanya ya, awak asyik termenung dari tadi. Awak boleh bagitahu saya kalau ade apa² yang mengganggu fikiran awak." Jimin berkata-kata, menunjukkan senyumannya yang manis.
Suasana menjadi sepi buat sementara waktu.
" Jimin, saya risau lah." secara tiba-tiba Yoorin bersuara, membuatkan lelaki itu memandangnya.
" risau? kenapa? "
" saya risau kalau Sohee tu datang balik,, kalau dia ambil Chul lepastu bawak dia pergi lagi jauh macam mana?"
Jimin menggerakkan badannya, berdiri di depannya.
" Yoorin, kenapa nak risau? Saya kan ada." dengan yakin, Jimin menjawab.
" tapi Jimin, kita kan dah.. "
" Tapi, "Jimin mencelah, mengambil kedua-dua tangan Yoorin dengan lembut.
" Chul tetap anak saya. Jadi, saya sanggup korbankan diri demi Chul dengan awak. Walaupun kita buka suami isteri lagi dah, saya tetap akan jaga awak seperti mana awak pernah jadi isteri saya dulu."
Lidah Yoorin kaku, tidak mampu membalas ayatnya.
Seorang doktor keluar daripada bilik tersebut, membuatkan mereka berdua berpaling ke arahnya dan berdiri. Pegangan tangan dileraikan.
" Tuan dan Puan Park." doktor itu menunduk, menunjukkan tanda hormat kepada Jimin dan Yoorin.
Jimin adalah penaja untuk hospital tersebut, segala masalah mesin dan harta benda di dalam hospital itu, semua dia tolong tanggung.
Yang membuatkan para doktor dan jururawat yang bekerja di situ menyimpan hormat kepadanya.
Lalu Jimin senyum dan menunduk juga, diikuti Yoorin yang teragak-agak.
Hati Yoorin berdegup kencang apabila doktor itu memanggilnya menggunakan nama keluarga Jimin, iaitu Park.
"Bagaimana dengan keadaan tangan dia?" tanya Jimin.
"Hirisan tu, tak dalam juga. Bermaksud takkan ada tertinggal kesan parut pada kulitnya. Setakat ini, dia takda apa² masalah. Hanya hirisan tu jelah." doktor menerangkan semua benda kepada mereka berdua. Akhirnya, mereka dapat menarik dan menghembus nafas dengan lega.
" Terima kasih, doktor. " Yoorin bersuara, doktor itu mengangguk dengan senyuman yang terlekat di bibirnya.
" maafkan saya, tapi Tuan Park?"
"ye saya?"
"lebam dekat mata Tuan tu nampak macam teruk. Tuan taknak letak ais ke? Saya boleh tolong ambilkan." tanya doktor itu.
"eh takpe-takpe. Saya letak ais bila balik rumah nanti. Sekarang ni, Chul lagi penting." Jimin menolak bantuannya dengan lembut.
" oh, kalau macam tu, tak mengapalah. Ah, Chul dah boleh balik. Nanti Tuan dengan Puan boleh pergi ambil ubat sapu dekat farmasi." dengan itu, doktor beredar pergi.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...