Chapter 46

576 64 10
                                    

Jimin gelak tak terkata, bermain dengan kaki kecil anaknya yang sedang menghisap jari.

" ape anak papa comel sangat ni?" Jimin mengambil bedak Baby Johnson di dalam bakul yang telah disediakan oleh Yoorin sebagai barang ² mandian serta wangian untuk bayi.

Dia menuangkan botol bedak itu di atas badan Chul yang sudah dimandikan, bedak diratakan di atas badannya.

" Baru lah anak papa ni wangi, comel!" Dia mengangkat badan anaknya yang kecil itu, lalu kepalanya dicium.

Seterusnya, dia mengambil baju bayi yang berada di atas katil, telah diambilnya dari dalam almari lalu memakaikan Chul yang masih diam kerana taksub memandang papanya.

" ei baiknya anak papa ni. Duduk diam je bila papa bagi pakai baju huhu"

Loceng pintu rumah kedengaran, suara Yoorin yang menjerit pun dapat didengar, menyuruhnya membuka pintu.

Tetapi dia tengah struggle nak memakaikan seluar untuk Chul, kerana bayi itu mula berguling-guling.

" haip ape ni tamau pakai seluar pulak?"

Setelah beberapa minit dia cuba menyarungkan seluar itu, akhirnya berjaya.

Dia mengangkat bayi itu, kepala dikucupnya sekali lagi.

Bau wangian bayi itu membuatkan Jimin makin menjadi-jadi cium Chul.

Dia membawa Chul turun ke bawah, mencari mamanya pula untuk mengambil alih.

Sebaik sahaja turun bawah, dia memandang ke arah Yoorin yang terkaku keras, melindungi pandangannya daripada melihat orang yang berada di luar rumah itu.

"Yoorin?"

Perempuan itu memusing ke arahnya, menampakkan susuk tubuh badan orang itu.

Namun, hatinya berhenti berdegup, timbulnya perasaan marah.

Sohee.

Sohee tersenyum sinis melihat suaminya itu memegang anak yang bukan miliknya.

Dia melangkah kaki masuk, mempelawa diri sendiri.

" Seronok main dekat sini? kata ada business trip? oh jap, business trip awak dekat sini eh?" Sohee berhenti di depannya.

Mata tajam Jimin memandang ke arah tetamu yang tidak diundang itu.

Dia memandang sekilas ke arah Yoorin yang menunjukkan expresi ghairah.

" kenapa awak datang sini? " Jimin membisik.

" huh, awak tanya kenapa? Dah tentu lah nak cari lelaki yang sudah terang menjadi milik saya."

Kenyataan itu membuatkan Yoorin melangkah ke arah Jimin, kini berdiri di tepinya dan memandangnya dengan expresi sama.

" Jimin? ape yang dimaksudkan dia?"

Habis.

Ketika itu Jimin tahu, tiada lagi jalan lain untuk menyelesaikan masalahnya itu.

He's a dead meat.

" Yoorin, saya boleh terangkan."

Sohee tergelak, membuatkan pandangan mereka berdua beralih ke arahnya.

" oh maksudnya, Yoorin tak tahu lagi apa yang awak buat selama ni? huh sedihnya."

"Jimin, apa yang dia maksudkan ni? Saya tak faham." Yoorin memandang ke arah Jimin, tetapi dia sudah menundukkan kepala.

" Biar aku yang tolong explain kan kepada kau, Yoorin. Kau tahu kenapa dia pergi tinggalkan kau selama dua bulan? Tu semua sebab dia ikut balik rumah mak aku. Kami selesaikan semuanya dekat sana."

my life || jimin Where stories live. Discover now