3 Bulan,
3 bulan berlalu dengan cepatnya.
Sudah 3 bulan perhubungan diantara Yoorin dan Jimin dileraikan.
Sudah 3 bulan mereka mengikut jalan masing².
3 bulan, Yoorin membesarkan Chul dengan bantuan rakan-rakannya serta keluarga.
Chul kini sudah kelihatan sedikit tembam, pipi yang sentiasa terbentuk apabila senyum.
Bayi yang hampir 4 bulan itu, sentiasa berulang alik ke rumah Jimin setiap hujung minggu.
Macam biasa seperti bapa melayan anak emasnya, Jimin sentiasa memberi sepenuh perhatian kepada satu-satu anak Yoorin dengannya.
Perlakuan dia telah menimbulkan satu masalah.
iaitu, sifat cemburu yang kini tertanam di dalam hati Sohee.
Walaupun Chul sentiasa berada di rumah Jimin setiap hujung minggu, tetapi tangan milik Sohee tidak pernah menyentuh anak kecil itu.
Setiap kali dia cuba menghulurkan tangan untuk membantu Jimin, perkataan yang sama asyik berulang, seperti;
"Jangan sentuh anak saya."
" Jangan sesekali letak tangan awak atas dia."
"Dia tanggungjawab saya, bukan awak."
Dan banyak lagi.
Ternyata, kasih sayang Jimin kepada satu-satu Park Chul yang dia kenal lebih daripada perempuan atau lebih spesifik isterinya.
Apabila terjadi masalah seperti itu, maka tercetuslah rancangan jahat yang dirancang oleh Sohee.
——
" erm, makcik Haerim, boleh tak tolong jaga Chul? Yoorin nak pergi kedai beli barang jap." dia memeriksa beg tangannya buat kali terakhir, memastikan semua barang penting ada di dalam beg itu.
Makcik Haerim yang diupah oleh Yoorin mengangguk laju, memerhatikan Chul yang sedang bermain dengan mainannya di depan TV.
Selepas sebulan Yoorin bercerai dengan lelaki itu, dia membuat keputusan untuk membeli rumah baru dengan menggunakannya duit lebihan yang diberi oleh ibu bapanya.
Sebabnya adalah dia tidak mahu menyusahkan Geurim yang perlu menjaga makan minum mereka berdua.
Yoorin juga membeli rumah di dalam kejiranan yang sama dengan rumah lamanya bersama Jimin.
Supaya mudah dia pergi hantar Chul ataupun Jimin mengambil bayi kecil itu.
Jimin pulak....
Setiap kali dia datang mengambil Chul ataupun apabila dia berdiri di depan pintu rumah, menunggu ketibaan Yoorin,
Membuat pandangan yang menggoda serta memberi ayat manis kepada Yoorin memang menjadi suatu kewajipan untuknya.
Yoorin tidak menghiraukannya setiap kali dia membuat langkah. Selalunya dia akan tukar topik takpun cakap yang dia dah lambat untuk pergi ke kerja.
Bagi Jimin,
" Saya akan pastikan yang saya dapat semula hati awak." merupakan janji yang akan dipegang olehnya.
Dia sangat serius tentang pernyataan itu, kerana dia masih sayangkan Yoorin walaupun sudah bercerai.
Yoorin mengambil butnya di dalam almari kasut yang terletak di sebelah tangga.
" Makcik nak apa² tak? Yoorin nak belanja ni"
Mendengar soalan Yoorin, perempuan yang sudah memcecah 43 tahun ni hanya tersenyum.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...