Sudah berminggu-minggu sejak Yoorin melangkah keluar dari rumah itu, membawa Chul bersamanya.
Jimin setia menunggu Yoorin pulang ke pangkuannya setelah memberi tempoh yang agak lama untuk dirinya bertenang.
Jimin juga telah membawa Sohee pulang berjumpa dengan orang tuannya.
Pada mulanya, Puan Park berasa sangat kecewa akan Jimin. Dia selalu tidak menghiraukan Jimin ketika Jimin mengambil masa beberapa hari untuk tinggal di rumah ibu bapanya.
Encik Park pula dapat menerima takdir yang dihadapi Jimin, dia juga tahu bahawa lelaki itu memang berada dalam keadaan yang susah seketika ini.
Hari demi hari, akhirnya Puan Park dapat terima hakikat yang anaknya telah berkahwin dengan Sohee, walaupun dia masih tidak setuju dengan keputusan Jimin, tetapi dia tetap akan menyokong anaknya demi masa depan yang bahagia.
Setelah beberapa hari, akhirnya berita itu sampai ke rumah keluarga Yoorin. Puan Park datang untuk memohon maaf akan tindakan anaknya yang tidak dapat dijangka. Tetapi dia lagi terkejut apabila kedua-dua ibu bapa Yoorin tidak membuat apa-apa sebaliknya senyum dan mengatakan bahawa Jimin dan Yoorin telah buat yang terbaik.
Mereka berdua berharap walaupun hubungan anak mereka semakin tegang, persahabatan Keluarga Park dan Keluarga Kang tetap akan terjalin dengan bagus.
Ibu bapa Yoorin datang menjenguk Yoorin yang kini berada di rumah Geurim. Mereka menanyakan khabarnya dan dia menjawabnya dengan penuh keriangan. Tetapi, mereka berdua tahu bahawa senyuman yang terukir di muka Yoorin hanyalah dibuat semata-mata.
" Yoorin, kamu pasti kamu okay?" Bapanya menanya melihat dirinya yang asyik termenung.
" Yoorin okay je pa, cuma rasa macam tak sihat sikit."
Kedua-dua ibu bapa itu saling berpandangan.
" jadi, kamu taknak balik rumah Jimin ke? cuba selesaikan masalah yang regang ni.. "
Yoorin mengeluh.
" entah lah mama. Yoorin dah penat sangat."
Jawapan yang keluar dari mulutnya membuatkan mereka berdua berasa hairan.
" Yoorin dah buat keputusan."
-
" Yoorin kau sure ni? " Geurim menanya, sebaik sahaja mereka melangkah ke depan pintu rumah yang pernah dihuni olehnya dulu.
" Kalini aku betul² yakin dengan keputusan aku. Sama ada dia suka atau tak, pepandai lah dia handle sendiri. " Yoorin memandang ke arah pintu.
" baiklah kalau macam tu. Aku hormat dengan keputusan kau, Yoorin."
Tangannya mencapai loceng rumah, bunyi yang bergema telah dihasilkan.
Tak sampai seminit, Jimin membuka pintu rumah. Terkejut melihat Yoorin dengan Geurim yang memandang ke arahnya juga.
" Y-Yoorin.. " perkataan itu keluar dari mulut jimin, gembira dan teruja.
Tetapi Yoorin hanya memberi pandangan dengan tidak berperasaan.
" ah jemput lah masuk" Jimin berjalan ke tepi, mengalu-alukan kehadiran Yoorin dan Geurim ke dalam rumahnya.
Mereka berdua berjalan ke arah sofa, sementara Jimin pula menutup pintu.
Dia kemudiannya berjalan ke arah mereka berdua yang telah duduk dengan perasaan yang tidak sedap hati.
" Aku nak pergi ke dapur, buat air." dengan itu Geurim pergi meninggalkan mereka berdua.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...