Jimin berlari-lari anak, mendapatkan phonenya yang sedang berdering di atas meja kopi.
Dia mengangkat lalu melihat ke arah skrin.
Yoorin❤️
calling...Keningnya terangkat, berasa hairan akan Yoorin yang menelefonnya pada malam hari.
Dia menjawab, phone diletak di sebelah telinga.
"Hello, Yoorin? kenapa awak call? rindu eh? " sempat lagi dia melemparkan perkataan itu, dengan senyuman yang lebar.
Tetapi sebaik sahaja esakan Yoorin kedengaran daripada talian itu, senyuman terus jatuh.
"Yoorin? kenapa ni?" hatinya mula berdegup kencang, berasa susah hati.
"C-Chul,, dah kena c-culik.."
Hatinya berhenti berdegup, dia bagai hendak menjerit tetapi hanya kaku.
"awak cakap ape?" dia mengulang.
" ada orang pecah masuk rumah,, Makcik Haerim pengsan, tapi Chul.. ta-kde dalam r-rumah.." lalu perempuan itu melepaskan kesedihan dan kerisauannya.
"Yoorin, tolong jangan panik. Saya datang sekarang. Tolong jangan menangis, saya tak boleh dengar awak menangis." riak wajahnya ketat dengan kerisauan.
" sa-saya tunggu awak dekat luar." dengan itu talian tamat.
Jimin menggenggam phonenya lalu bergegas menuju ke arah bilik tidur untuk mendapatkan jaket.
Sebaik sahaja dia patah balik dan menuju ke pintu, dia terserempak dengan Sohee yang keluar daripada ruangan dapur.
" Jimin? awak nak pergi mana malam² macam ni?" tanya Sohee.
"saya nak pergi rumah Yoorin." langkah dipercepatkan.
"eh eh? dia tu dah jadi bekas tapi masih nak pergi rumah dia?" terdapat hasrat menyampah dalam nadanya.
Jimin mengeluh lalu berpaling, menghadap isterinya.
"Chul dah kena culik siang tadi. Tu yang saya nak pergi."
Mata Sohee membulat.
"Chul kena culik? Kesian budak tu!!" Tangannya diletakkan di mulut, berasa terkejut.
Jimin hanya mengangguk. Dia berasa gelisah apabila mendapat tahu yang anaknya diculik dan tak mampu duduk diam.
"Habis tu macam mane?" Sohee menanya, bersifat ingin tahu.
" Itu yang saya nak pergi ni."
" Nak ikut" matanya memandang tepat ke arah lelaki itu, berdoa agar dia dibenarkan.
"Tak payah. Jaga rumah. Lagipun kalau awak ikut, nanti makin kecoh pulak dengan kawan-kawan dia lagi." Jimin bergerak ke arah pintu, meninggalkan Sohee yang menjeling tajam.
Pintu ditutup selepas Jimin keluar dari rumah, kakinya laju menuju ke arah kereta yang di parking di luar rumah kerana kereta milik Sohee di dalam.
—
Jimin keluar daripada kereta dengan segaknya, menghentikan pandangannya ke arah Yoorin yang tidak senang berdiri di depan pintu.
Melihat Yoorin, senyuman terukir.
Dia sanggup berdiri dekat luar semata-mata nak tunggu aku.
Lalu dia berjalan dengan pantas ke arah perempuan itu, sehingga mendapat perhatiannya .
Sebaik sahaja mata Yoorin singgah ke arah Jimin, dengan pantas dia berlari ke arah Jimin.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...