Hari yang dinantikan telah pun tiba.
Encik dan Puan Park menunggu kedatangan tetamu di depan pintu.
Apabila tetamu tiba, mereka berdua lah yang saling mempelawa dengan riang sekali.
Jimin pula, dia sedang berborak dengan rakan-rakan kerjanya dan rakan dari kecil.
Dia melihat keadaan sekeliling yang cukup indah dengan suara tetamu, gelak tawa.
Pandangannya terhenti apabila terlihat yoorin yang sedang riang bermain dengan kanak-kanak kecil dalam golongan 4 tahun kebawah, di atas sofa.
" erm sekejap ye" jimin terus berjalan menuju ke yoorin dan meninggalkan rakan-rakannya di dapur.
" eheh sukanya main"
Tanpa disedari yoorin, tiba-tiba suara jimin bergema di tepi telinga membuatkan dia terkejut.
Apabila dia memandang, kelihatan susuk jimin yang gagah memakai suit bersertakan tie leher bercorakan belang.
Rambutnya yang berwarna hitam disikat dengan rapi.
Jimin mengambil tempat di sebelah yoorin lalu melihat seorang budak lelaki yang kecil sedang bermain bersama mainannya.
" ni anak sape ni? " soal jimin.
" ni anak lelaki jeon wonwoo. " yoorin menjawab, tidak memandang jimin.
" ehh yang suka dekat awak dulu tu ke? "
yoorin memandang jimin dengan hairan.
" macam mane awak tahu? "
" mama ade bagitahu saya. Dia kate dulu wonwoo tu selalu datang rumah awak bagi bunga dengan coklat kegemaran awak tu. "
Yoorin mengalihkan pandangan daripada jimin yang mengerutkan dahi.
'Hish mama ni, sume benda nak bagitahu waduhhh' yoorin mengomel dalam hatinya.
" tapi saya tahu awak tak accept semua tu sebab dalam hati awak ade saya sorang je" jimin menjungkitkan keningnya, mengusik.
" Memang ade, masalahnya dalam hati orang tu takde saya. " yoorin cakap lepas, sengaja mahu jimin tahu isi hatinya.
" yoorin, kenape cakap macam tu? "
" ape? Benda yang saya cakap betul, kan? " yoorin memandang tangannya, menahan air mata yang bersiap sedia untuk keluar.
" yoorin, perkara dah lepas kan. Janganlah ungkit. " ade sedikit nada marah dalam suara jimin.
" takpe, saya tahu dalam diri awak tu ade saya tapi perasaan tu macam tak ikhlas. Macam saya ni orang tengah. Maaf kalau saya mengganggu awak. " yoorin bangun lalu menuju ke biliknya di tingkat atas.
Muka jimin menjadi tenang lalu terus mengekori yoorin.
Puan Park ternampak jimin yang sedang berjalan di belakang yoorin menuju ke tingkat atas.
Dia menyiku lengan suaminya.
" Abang, tengok tu. Mereka berdua naik atas lah. "
" Haish awak ni, biarkan diaorang. Asyik nak sebok je. " Encik Park seakan-akan dah masak dengan perangai isterinya itu.
" eleh, cakap je. Manelah tau nanti ade ape-ape jadi.. " Puan Park berbisik kepada dirinya sambil memandang ke arah tetamu yang datang.
—
Jimin menjengukkan kepala di pintu 'bilik' yoorin. Dia dapat rasakan ada benda yang tak kena selepas yoorin berlalu pergi.
Dia ternampak yoorin yang sedang memerhatikan suasana malam bersertakan bulan purnama yang cerah tampak cantik sekali.
YOU ARE READING
my life || jimin
Fanfiction[ complete] 🌸 -; Bahagia? Aku harap suatu hari nanti akan wujud perkataan itu di dalam hidup kami berdua. Kang Yoorin × Park Jimin [Highest Rank] 🌙 #3 in malayfanfic #23 in ego #154 in wife #436 in btsjimin 𝚜𝚝𝚊𝚛𝚝 :- 15 DECEMBER 2017. �...