Bab 1

25.2K 427 2
                                    

"Akiem! Jangan tinggalkan aku." Aku menjerit sekuat hati.

Jeritannya tidak didengari. Akiem semakin jauh pergi meninggalkannya. Hanya derapan tapak kaki kedengaran yang semakin kecil dan tidak kedengaran lagi.

"Jangan pergi,Akiem. JANGAN!!!"
Akh terbangun dari permainan mimpinya. Sejak Akiem meninggal sebulan lalu, aku sering dihantui dengan mimpi tentang Akiem.

Akiem merupakan tunang aku. Aku hampir bergelar isteri tetapi Allah lebih sayangkan Akiem. Akiem telah pun menemui ajalnya sebelum dua bulan tarikh perkahwinan kami.

"Hasya, kamu ok?" Tanya Aisy risau.

Aisy Zahra merupakan house-mate aku dan sangat memahami. Seorang yang lemah-lembut dan disenangi ramai.

"Aku ok je. Kenapa bawa gayung bagai ni? Kau fikir aku demam ke."

"Mana lah tau yang awak akan demam lagi macam tu hari." Aisy mencebik.

"Dah dah. Baik kau simpan gayung tu. Nanti basah pula bilik aku ni."

"Ok lah Miss Ainin Hasya." Aisy berlalu pergi.

Tingkap di bilik aku buka. Udara segar diambil sebentar. Langit yang sudah terang dipandang dalam.

Eh,langit dah terang? Jam berapa ni? Akj memerhatikan jam dinding di biliknya.

"Ya Allah!!! Aku dah lambat nak pergi temu duga." Aku berlari masuk ke bilik mandi dengan tuala di bahu.

Aisy yang mendengar teriakan aku hanya mampu menggeleng. Dah masak sangat dengan perangai aku yang suka terlewat.

Hanya lima minit diperuntuk kan. Aku terus mencapai bajunya di almari yang sedondon dengan tudungnya. Nasib baik aku dah menggosoknya semalam.

"Aisy, aku pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu dan pagar sebelum keluar kerja."

Seperti kebiasaan,aku akan mengingatkan Aisy setiap hari untuk kunci pintu dan pagar.

"Sebelum kau pergi,tu bekal kau kat atas meja. Aku dah sediakan." Aisy menunjuk meja makan.

"Wah,Terima kasih. Kau bestie paling baik pernah aku jumpa." Aku memeluk Aisy. Aisy hanya menjugilkan mata. Menyampah lah tu.

Dah makan sangat dengan pujian aku tu. Setiap kali lambat tu juga lah aku akan puji Aisy.

" Ok lah. Bye,wish you luck." Aisy melambai.

"Assalamualaikum. Doakan ya." Aku membalas lambaiannya.

"Waalaikumsalam. InshaAllah." Aisy memerhatikan aku dari pintu.

Kereta vios milikku meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.

**********

"Boss, ini senarai nama dan resume untuk temu duga kedudukan Assistant hari ni." Puan Diana memberikan dokumen tebal. Puan Diana mengantikan tugas PA sementara mencari calon baru.

Sifat dingin dan pemarah Emir membuatkan banyak PA nya telah berhenti. Bukan itu sahaja, PA yang lain juga sering dipermainkan olehnya.

"Awak boleh letak kat atas meja dan tolong panggilkan Encik Ryan." Emir hanya bermain dengan telefon pintarnya tanpa menghadap muka Puan Diana.

"Baik boss." Puan Diana berlalu pergi dan terus memanggil Ryan melalui interkom.

Tok! tok! tok!

"Masuk." Emir memberi arahan.

"Maafkan saya tuan. Kenapa nak jumpa saya?" Ryan Asyraff memulakan bicara.

Mata Emir menjeling tajam.OMG.
Apa yang akan jadi ni?

"Hahahahahahaha. Lawaklah muka kau begitu." Ryan menepuk-nepuk belakang Emir.Emir hanya menjugilkan matanya.

"Kau tu lah. Tuan tuan bagai. Kawan kot kita ni." Ditunjal-tunjal kepala Ryan.

Ryan Asyraff merupakan kawan baik kepada Emir. Seorang yang sangat periang. Dia gemar mengurat wanita yang cantik tetapi tidak pernah date dengan sesiapa pun disebabkan peristiwa silamnya.

"A-a-aduh,sakit lah siot." Ryan mengadu sakit.

"Tau pun sakit. Enak-enak kau je panggil aku tuan."

"Ya lah. Hah...Kenapa kau panggil aku ni?"

Emir berdehem sebelum memulakan. Seperti masalah serius nak dibincangkan.

"Kau kena teman aku untuk temu duga PA hari ni. Leceh lah." Emir membuat muka seperti orang kepenatan.

"Aikk...biasanya kau nak sangat urus benda ni sorang diri. Apasal pula ni?" Ryan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku tak tau lah nak pilih PA macam mana lagi. Penatlah aku nak fikir semua ni. Benda ni melecehkan sangat dan ambil masa yang panjang."

"Ah,aku sibuk nak urus budak-budak bawahan aku tu. Jadi kali ni,kau kena urus sendiri je lah. Sorry ya bro." Ryan mengangkat tangannya sebagai tanda maaf.

"Takpe lah. Aku faham yang kau sibuk. Dah lah,pi lah keluar. Nanti lunch kita jumpa." Emir menongkat dagunya dengan tangannya.

Ryan menepuk-nepuk lembut belakang Emir supaya lebih bersemangat dan terus berlalu pergi.

"Aku nak buat apa ni?" Emir menekup mukanya. Fikirannya serabut.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now