Bum!!
Pintu yang dibuka kasar dari luar itu mengalihkan pandangan Sya dan Catrina yang berada di dalam rumah itu. Tersentak mereka dengan bunyi yang mengejut itu.
"Dragna, kau dari mana. Nampak penat je?" Ujar Catrina melihat Dragna yang tercunggap cunggap dengan mukanya yang ketat. Amat bertentangan dengan sikapnya yang happy-go-lucky itu.
"Sya."
Sya memandang ke arah syiling sebaik saja namanya diseru. Riak wajah Dragna bertukar hairan. Haih, aku yang panggil ke syiling yang panggil ni?
"Kenapa kau pandang syiling?" Soal Dragna.
"Lah, bukan kau selalu sembang lebat dengan dramatik sound kau ke? Aku pandanglah syiling. Mana tahu boleh nampak bab* terbang." Ujar Sya selamba lalu kembali menonton tv.
Catrina menggelengkan kepalanya melihat telatah Sya. Ada saja yang ingin didebatkan bersama Dragna.
"Baik kau jangan minum sekarang." Ujar Dragna kepada Catrina. Tidak endah dengan kata kata Dragna, Catrina tetap meneguk air.
"Aku nampak member Sya and there is someone unknown. Tapi aku ada terdengar Lena cakap tentang replaced." Ujar Dragna dengan suara yang kendur di hujung kata kata. Jelas riak bersalah terpapar di wajahnya.
Uhuks uhuks!!
Hidung dan mata Catrina memerah akibat tersedak. Perit yang dia rasakan saat ini.
"Tu lah aku dah kata jangan minum, degil jugak." Ujar Dragna dan mendapat jelingan maut dari Catrina disertakan dengan mata merahnya. Tak boleh nak lawan mata macam ni. Menyeramkan.
Catrina memandang ke arah Sya pula yang sedari berdiam diri. Niat ingin bertanyakan keadaan nya. Tetapi melihat gerak bibir mengatakan P.A.D.A.N M.U.K.A mematikan niatnya. Diganti pula dengan wajah yang masam mencuka.
"Hai guys!!" Sapa Raisya secara mengejut dengan mendarat betul betul di hadapan mereka.
Seperti biasa, kehadiran Lena dan yang lain dapat dirasakan oleh Raisya. Hutan yang didiami Raisya seakan akan berhubung dengan dirinya.
"Hai kak Rai!!" Sapa Ellin yang berada paling belakang antara mereka. Langsung tidak terkejut dengan cara sapaan Raisya. Sebab itu dia lebih memilih untuk berjalan paling belakang.
"Siapa tu?" Ujar Raisya dengan hairan apabila melihat seseorang yang asing baginya.
"Oh yang ni Erina Frost. Kitaorang panggil dia Frost dan dia kawan baru kitaorang." Terang Airin dengan ceria.
"Kawan baru?" Kata kata Airin yang ceria itu sedikit sebanyak membuat Raisya terkesan. Kawan baru? Dia yang menggantikan tempat Sya?
Raisya memandang ke arah Lena dan Riana meminta penjelasan tetapi mereka hanya menundukkan kepala saja. Seakan akan tidak mahu Raisya memandangnya.
"Korang nak apa?" Ujar Raisya dingin. Tidak suka apabila tempat Sya diganti dengan orang lain. Seakan akan jasa Sya selama ini tiada guna. Dengan mudah, mereka mencari pengganti.
"Kitaorang nak lawat je. Kak Raisya nampak sihat. Kitaorang balik dulu." Ujar Zein pula lalu menarik tangan Airin lalu berlalu pergi.
Raisya memandang kepergian mereka dengan ekor mata. Dalam diam, dia mengeluh berat. Apalah yang Sya rasa kalau dia tahu.
Hehe, cuti en?
Kita tunda hiatus dulu ^-^
YOU ARE READING
Uncontrobler Power 2 √
FantasySya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembali diancam apabila satu persatu penduduk dijumpai mati pada tengah malam. Lena bersama yang lain kemb...