40 | New Home

2.4K 175 2
                                    

Luke meletakkan Nash perlahan lahan ke atas katil milik Nash. Setelah memastikan demamnya yang sudah kebah barulah Luke berani tinggalkannya sendiri. Ada kang dia hancurkan rumah ni pulak. Nash ni kalau demam bukan boleh percaya sangat.

" Luke, aku tertanyalah. Kau dengan Nash tu adik beradik ke? Kemain rapat je korang. ", soal Fawn apabila kelibat Luke mula kelihatan.

" Mana ada. Sebenarnya, aku cuma anak angkat je. Nash anak tunggal jadi mak dia buat keputusan nak jadikan aku anak angkat. " Terang Luke.

" Patutlah perangai korang bertentangan. Nash childish tapi kau matang sikit daripada dia. " Perkataan matang itu ditekankan oleh Dawn. Tak pasal pasal Luke kembang semangkuk nanti.

" Kau sayang dia? ", Soal Sya.

" Soalan apa tu?  Mestilah aku sayang dia. Kitaorang dah tak de siapa siapa lagi. "

" Sya, kau ada adik angkat tak rasmi. Ellysha dengan Arean kan? " Soal Dawn bagi mendapat kepastian. Sya menganggukkan kepala.

" I see tapi apa function kau sebagai kakak diorang? "

" Aku biasanya jadi penyelesai masalah kepada diorang. Aku selalu bagi nasihat supaya diorang terus kuat. " Ujar Sya dengan bangga.

" Jadi, kenapa kau tak boleh dekat diri kau? " Sya terdiam. Dia memejamkan matanya buat seketika. Sebaik saja dia membuka kembali, dia bukan lagi di ruang tamu Luke tetapi di dalam sebuah bilik gelap.

" Athen? " Ujar Sya sebaik dia melihat seekor naga yang berkilauan seperti kristal.

" Tak sangka kau masih ingat aku. "

" Kenapa pulak? Sebab kau dah tiada dalam aku ke? " Soal Sya dengan langkah yang dibawa ke arah Athen.

Athen hanya mendiamkan diri.

" Sya, kenapa kau boleh kalah dengan Kai ?"

Langkah Sya terhenti. Dia terkedu apabila soalan itu dilontarkan kepadanya.

" Sebab hati aku tak cukup kuat. " Sya berkata perlahan.

" Kenapa? "

1 saat

2 saat

3 saat

Sya masih mendiamkan diri.

" Kenapa? " Athen menyoal lagi.

" Sebab aku sebagai pewaris terakhir Uncontrobler Power tidak mampu nak berhadapan dengan kawan lama aku, kau tau?! " Suara Sya dinaikkan seoktah. Air mata yang ditahannya akhirnya jatuh jua. Athen tidak menunjukkan sebarang riak.

" Kai kawal diorang untuk dapatkan penduduk Alanstia. Kau rasa aku mampu ke nak serang? " Sya sudah menangis teresak esak.

" Aku memang tak berguna. Aku cuma libatkan diorang dalam bahaya. " Luah Sya sayu.

" Tapi bukan ke kalau tidak sebab kau dulu, Riana dan Lena akan terus di bumi. Diseksa oleh keluarga sendiri? "

Sya terdiam.

" Bukan ke kalau tidak sebab kau, Alanstia tentu diserang dahulu tanpa seorang pun pahlawan? "

" Bukan ke kalau tidam sebab kau, Alanstia akan berasa hiba dengan kehilangan ahli keluarga mereka."

" Dan bukan ke sebab kau, mereka sudah terkorban semasa beast yang menyerang dan dapatkan air mata unicorn. "

" Pergilah Sya, diorang dah tunggu kau. " Badan Athen mengeluarkan cahaya yang terang menyebabkan Sya terpaksa menutup matanya.

" Sya?! " Fawn menggerakkan sedikit badan Sya.

" Ah ye? "

" Kau ni, orang tanya kau boleh termenung pulak. " Ujar Dawn lalu tergelak.

" Kau nampak penat, rehatlah. Ni dah jadi rumah kau sekarang. " Ujar Luke dengan ramah.

" Aku rasa, dah tiba masanya tiba bertindak. "

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now