" Lena, Riana? "
Mereka berdua tersentak lalu memandang tuan empunya suara.
" Elly. " Riana berkata perlahan. Lena hanya mendiamkan diri lalu memandang ke arah lain.
" Apa kauorang bincangkan? " Soal Elly dengan curiga.
Riana terdiam sebelum menjeling ke arah Lena. " Takde apa." Dia berjalan melintasi Elly menuju ke ruangan bawah.
Setelah melihat Riana meninggalkannya, Lena turut membuat perkara yang sama.
" Kejap. " Elly meletakkan hujung anak panahnya pada nadi leher Lena sambil memandangnya tajam.
' Aduh, apa lagi bala yang menimpa ni. Sesiapa selamatkan aku!! ' Raung Lena dalam hati. Namun, senyumannya masih lagi ditayangkan seakan akan tidak kisah dengan posisi mereka sekarang.
" Apa yang kauorang borakkan tadi? "
" Nothing. "
Lena menyeringai kesakitan apabila lehernya terasa dikelar sesuatu.
" Kau tipu. "
" A-Apa aku dapat k-kalau aku tipu. " Ujar Lena dengan nafas tersekat sekat. Namun masih menguatkan diri untuk tersenyum.
" Aku tak tahu tapi rahsia Sya, aku kena simpan kemas. "
" Sya mungkin tak akan suka kalau kau sakitkan orang lain walaupun untuk jaga rahsia dia. "
Serta merta Elly menjauhkan anak panahnya daripada Lena.
" Aku takde niat pun. Aku cuma nak jaga rahsia Sya. " Ujar Elly tanpa rasa serba salah.
Lena melakar senyuman sinis.
" Niat tak pernah menghalalkan cara. "
Elly terdiam seketika sebelum berlalu pergi.
Lena duduk menyandar pada dinding dengan nafas yang tercungap cungap. Setelah Elly hilang dari pandangannya, dia terus tidak sedarkan diri.
" Dia okay tak? " Soal Ellin dengan risau.
" Jangan risau, kak Lena okay je. Cuma dia perlukan rehat. Tenaganya dah diserap dengan banyak. " Ujar Hazel dengan ceria.
Ellin dan Ai melepaskan nafas lega. Namun masin maaing turut memikirkan perkara yang sama.
Siapa yang lakukan semua ni dan kenapa?
Tok tok tok!!
Bunyi tingkap bilik itu diketuk kuat. Kelihatan Dawn dan Fawn yang mengetuknya.
Lantas Ai membukanya, Hazel yang sedar sesuatu penting yang ingin mereka bincangkan terus berlalu dari situ.
" Fawn, Dawn. Apa kauorang buat dekat sini? " Soal Ai dengan pelik.
" Sya dah balik. " Ujar Dawn perlahan.
Tersenyum lebar Ellin apabila mendengarnya namun
" Sya bukan Sya. Dia tengah serang mereka di sana. Kitaorang kena jaga sini untuk pastikan Sya tak munculkan diri atau "
" Atau? "
" Atau kewujudan Sya akan diketahui semua seluruh Alanstia. "
Bum!!
" Sya, apa masalah kau ni ?! " Arean mengesat darah di tepi bibirnya kasar.
Nash dan Luke tercungap cungap berlawan. Olive dan Dragna sudah pun tidak sedarkan diri manakala Catrina berada di separuh sedar. Bila bila masa sahaja dia boleh tidak sedarkan diri.
" Kau dah balik tu, tu happy dah tapi bila kau attack orang en. Baik tak payah balik. " Ujar Adam tanpa berfikir panjang.
Miya yang mendengarnya terasa panas, lantas kepala Adam diketuknya.
" Miya, Auch!! "
" Apasal aku dapat kembar macam ni. " Ujar Miya lalu mengelak serangan Sya.
" Kalau macam tu kita bagi dia dekat Sya lah, gadaikan dia dekat Sya. " Nash menyampuk perbualan mereka lalu membuat serangan ke arah Sya.
" Wuish, nampaknya bukan aku seorang je yang terfikir macam tu. " Luke mencelah.
Serentak mereka bertiga memandang Adam dengan seribu maksud.
Adam sudah berasa tidak sedap hati, dia memandang Arean cuba meminta pertolongan namun tidak diendahkan. Nampak sangat Arean tidak mahu menerima nasib yang sama.
Sedang mereka bergurau, Adam perasan akan serangan ke atas Miya. Lantas dia menolaknya jauh.
" Auch kau fikir sweet ah. " Ujar Luke lalu membuat roll eyes.
Miya menatap Adam lama sehingga dia menyedarinya.
" Mesti kau terfikir, 'kenapalah aku nak gadaikan abang aku ni. Sanggup dia selamatkan aku' ." Ujar Adam dengan mendabik dada.
" Taknak spoilkan tapi aku terfikir kalau aku gadaikan kau, bahagian mana je yang tinggal. " Ujar Miya tanpa sedikit rasa bersalah.
Murung Adam dibuatnya, perlahan lahan langkahnya dibawa ke bucu dinding lalu memcangkung memandangnya.
" Erk, dia ni buat lawak ke? " Arean bertanya dengan kekok.
" Eh aku ada kerja, korang handle Sya kejap eyh. See you soon. " Adam tersengih lalu melarikan diri.
YOU ARE READING
Uncontrobler Power 2 √
FantasySya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembali diancam apabila satu persatu penduduk dijumpai mati pada tengah malam. Lena bersama yang lain kemb...