17 | True Feeling

2.9K 223 5
                                    

Dum!!

Pintu yang dihempas kasar mengejutkan Ai daripada lena. Melihat Ash yang menutup pintu itu mematikan hasratnya untuk kembali melelapkan mata.

"Ai, selama ni. Kau simpan perasaan ke dekat Sya." Ujar Ash dengan tertahan tahan. Penumbuknya digenggam erat dan bila bila masa sahaja boleh mencium pipi Ai.

"Apa maksud kau." Ujar Ai bersama gelak yang dipura pura.

"Boleh tak kau berhenti pura pura lagi?!" Jerkah Ash lalu menumbuk dinding.

"Memang. Memang pun selama ni aku simpan perasaan dekat adik kau." Entah dari mana Ai mendapat keberanian untuk meluahkannya.

"Jadi betullah selama ni kau musuh dalam selimut. Kau... kau berpakat dengan Melina kan sebelum ni."

"Jadi kau dah tahu lah." Ujar Ai tenang.

"Memang selama ni aku berpakat dengan Melina untuk jatuhkan korang semua tapi si Melina tu bodoh."

"Dia cemburu dengan kekayaan wizard jadi dia khianat aku. Berlagak nak jatuhkan Sya sendiri tapi kau sendiri tahu kan, dia yang kalah dulu.

"Perjalanan kita ke Hylt Mountain dah lama dirancang oleh aku. Kegelapan yang menyerang akedemi, yang serang jumi, friera dan tyler tu semua rancangan aku."

"Tapi lama kelamaan aku mula sedar, aku dah jatuh cinta dengan Sya. Aku dah mula MENCINTAI Sya, adik kau Ash."

"Aku cemburu tengok kemesraan kau dan Zein bersama Sya. Jadi aku rancang untuk bunuh salah seorang." Ai tersenyum.

"Tapi kau tau, rancangan aku musnah bila aku sendiri yang terkorban. Tch."

"Korang memang tak pernah nak faham perasaan aku kan." Ujar Ai lagi dengan satu senyuman menyindir.

"Kau dah silap Ai."

Terkedu Ai mendengarnya.

"Aku dah lama tahu Sya tu adik aku, sebab tu aku cuba rapat dengan dia supaya senang dia terima aku. Zein lelaki pertama yang dia jumpa di akademi. Sudah tentu dia rapat dengan Zein."

"Aku tak sangka Ai, selama ni kitaorang percaya kau. Sya percaya kau, tapi ni balasan kau."

Dengan penuh perasaan kesal dan benci pada masa yang sama, Ash meninggalkan Ai.

Langkah Ai dibawa perlahan lahan ke perpustakaan di medical center. Walaupun tidak besar, namun kesemua buku di situ membawa maklumat yang penting.

Ai hanya bergerak mengikut firasat hatinya. Sebuah buku ditarik keluar dari rak.

Urban Legendary

Dengan malas, Ai menyelak satu persatu halaman sehingga matanya tertatap pada tajuk besar halaman itu.

Advelyst

Hatinya meronta ingin tahu apa yang tercatat pada halaman itu. Dalam otaknya dia terfikir, apa lagi yang masih belum dia tahu tentang advelyst.

Helaian pertama diselak.

1) Pewaris terakhir Advelyst mempunyai kuasa penyembuhan yang bakal mengorbankan nyawanya.

2) Advelyst hanya tinggal 3 pewaris.

3) Setiap Advelyst mempunyai spirit yang melindungi mereka.

4) Advelyst yang sanggup menggunakan kuasa penyembuhan terakhir akan dilahirkan semula. Nyawanya akan terancam jika sesorang yang mencintai mengetahui kewujudan dirinya.

Mata Ai tidak lepas membaca no 4 itu berulang kali. Dalam diam dia bersyukur apabila perasaan cinta kepada Sya sudah tiada.

"Diorang terseksa sebab aku ke?"

Lutut Ai menjadi lemah, diri terasa sangat bersalah.

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now