63 | One Vs One

2K 126 7
                                    

Kris memerhati sekelilingi. Namun, dia hanya berada pada satu bilik kosong yang yang berwarna putih. Tak, dia yakin ini dimensi lain. 

" Kenapa kau bawak aku ke sini. " Soal Kris sebaik saja menyedari kehadiran seseorang di belakangnya. 

" Sebelum kau bunuh lagi ramai kawan aku, sebelum kau hancurkan Alanstia, baik aku bawak kau ke sini. " Sya berkata sambil memandang tepat ke dalam mata Kris.

" Kau tau kan, aku boleh pecahkan dimensi ni bila bila masa je dan kembali ke Alanstia. " Kris berkata dengan sarkastik. 

" Aku tak nafikan benda tu tapi aku pun tak nafikan badan kau sekarang dalam pengawasan lost keys. Dengan mudah aku boleh bunuh kau. " 

Senyuman Kris mati. Dia memandang ke arah Sya dengan tajam. 

" Dah tu, tunggu apa lagi? Bunuh je lah aku. " Kris berkata kuat lalu menuju ke arah Sya dan menyerangnya mengunakan element api. 

Sya hilang dari pandangan.

" Aku pun  nak buat macam tu, tapi kau akan rasa ini tak adil. " Sya meneliti pedang cahayanya tanpa perasaan yang muncul di balakang Kris.

Kris memusingkan badannya menghadap Sya.

" Kris, lawan pedang dengan aku. " Sya menghalakan mata pedangnya ke arah Kris.

" kalau tu yang kau nak, " Kris menyeru pedang kegelapannya. " Aku terima. "

Kris meluru ke arah Sya lalu melibaskan pedangnya. 

Sya menarik nafas panjang lalu menangkis pedang Kris itu, pedang mereka berlaga menghasilkan letupan yang luar biasa. 

" Ini sebab kau bunuh Vold. " 

Sya mengelengkan kepalanya lalu memusingkan pedangnya lalu meneyerang Kris pula. 

Kris melompat ke belakang lalu turut menyerang Sya. Sekali lagi pedang mereka berlaga. 

" Dia memang layak dibunuh. " 

Kaki Kris ditendang menyebabkannya terjatuh. Sebaik sahaja Sya ingin menikamnya, Kris terus mengelaknya. 

" Kau tak faham, dia tau dekat mana parents aku. " 

Sya berfikir sejenak, peluang itu digunakan Kris untuk membuat serangan. Namun libasan pedangnya mengenai lantai. 

" Cerlyn dan Izuna, kan? Raja dan permaisuri Crystal Kingdom. " 

Kris tersentak. 

Sya tersenyum sinis lalu menendang perut Kris menyebabkan dia terdorong kebelakang. 

" Tak, Zeus dan Amelya, rakyat biasa Starlight Kingdom. " Ujar Kris sambil memegang perutnya yang perit. 

Sya tergelak kekok, " Kau dah kenapa, parents sendiri pun tak ingat. " 

Kris memegang kepalanya yang berpinar, nama yang disebut Sya itu sering disebutnya dahulu. 

" Kau memang buat lawak, kau tak ingat keluarga kau sendiri? " Ujar Sya lalu menendang kepala Kris yang tidak berjaga jaga. 

Kris terbaring di situ dengan separuh sedar, kepalanya terasa berpinar pinar. Bayangan kedua ibu bapanya yang kabur menjengah kotak fikirannya. 

" Apa yang kau dah buat dekat Kris, Vold? " Ujar Sya perlahan lalu mengambil tempat di sebelah Kris. Perlahan lahan Kris memejamkan matanya. 

" Sya!! " Jerit Ellin dengan gembira sebaik melihat Sya yang sudah sedarkan diri. Kris yang berada di katil sebelah dipandang Sya lama. 

Dia kembali memandang ke arah Ellin sebelum teringat akan keadaan mereka yang lain. 

" Sya, masa kau dengan Kris tak sedarkan diri. badan Kris bercahaya terang. Semua tentera Kris jadi debu. "

" Thanos snap finger! " nash tiba tiba menjerit kuat. Menganggu Ellin yang sedan bercakap.

" Mr. Stark, i don't feel good. " Luke turut menyertai Nash membuat lawak bodoh mereka.

Sya menarik nafas berat. Ellin yang menyedari tentang hal itu mula berasa tidak sedap hati.

" Barrier. " Sebuah dinding halimunan muncul di sekeliling Sya, menolak mereka yang berdekatan jauh. 

" Sya? " Ellin mengetuk dinding halimunan itu kuat. 

" By the name of Advelyst, grant me my wish. Soothing comfort, death cure. Heal! " Badan Sya mula bercahaya mengingatkan mereka tentang kejadian lima tahun lepas. 

" Sya!! " 

Cahaya yang terang tadi mula membentuk bebola di hadapan Sya lalu menembusi bumbung. Semakin lama semakin terang cahaya itu sehingga menerangi seluruh Alanstia. 

Dinding halimunan tadi mula hilang, Sya kembali tidak sedarkan diri. 

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now