39 | Hype Fever

2.4K 165 15
                                    

"Sya, Nash dah gila!! ", jeritan Luke dari bawah membuatkannya hairan. Nash memang sentiasa gila tapi apa pulak yang Nash buat sampai Luke terjerit jerit begitu.

Segala strategi ditinggalkan begitu saja, dia menuruni anak tangga dengan cermat lalu menuju ke pintu belakang.

" Hujan? ", Sya bertanya hairan. Apa yang diorang buat dalam hujan? Tombol pintu dipulas.

Ternganga Sya dibuatnya. Bukan sebab dia melihat rakannya yang lain hanya tercegat tetapi melihat Nash yang menyiram pokok bunga dalam hujan. Diulang, SIRAM POKOK BUNGA DALAM HUJAN.

" Nash, kau buat apa? ", Sya menguatkan suaranya supaya dapat didengar Nash dalam hujan yang lebat itu. Tambahan pula jarak mereka agak jauh.

" Oh tak de apa, cuma buang masa je. ", ujar Nash selamba.

Sya menepuk dahinya perlahan. Nampaknya Nash dah betul betul sembuh bila dia boleh buat kerja gila dia tu.

" Dah lah, masuk sekarang. Nanti kau demam pulak! "

Nash tidak membantah, dia hanya menurut kata kata Sya. Setibanya dia di depan Sya.

Hachum!!

" Dah mula dah. ", serentak mereka berkata.

" Tak nak, aku tak nak makan ubat lah!! ", Nash membaling beberapa biji bantal supaya Luke menjauhinya.

Luke mengelak setiap serangan Nash itu tetapi serangan terakhir tidak sempat dielaknya. Tepat sebiji bantal mengenai muka Luke. Dia memandang Nash dengan tajam.

" Kau. Nak. Makan. Sekarang. Atau. Aku. Panggil. Sya? ", satu persatu disebut Nash dengan nada yang tertahan tahan.

" Ada orang panggil aku? ", Sya bersandaf dengan selamba pada pintu yang terbuka luas itu.

" Tak de siapa pun. ", ujar Nash sambil tangannya pantas mencapai ubat di tangan Luke.

Setelah siap makan ubat, dia kembali baring di atas katil bersama comforternya.

Matanya menjadi kuyu dan perlahan lahan Nash terlelap.

" Mana Nash? " Soal Dawn sambil menutup kembali pintu. Dia memandang satu persatu wajah rakannya di ruang tamu itu. Kasut ditanggalkan lalu disusun di atas almari.

" Demam. " Ujar Fawn sepatah. Matanya masih lekat pada skrin tv yang menayangkan barbie and the mermaid tale.

Sya menanggukkan kepala lalu mencapai keropok di atas meja sementara Luke tidak lari dari memandang smartphonenya. Scroll ig lah tu.

" Tinggalkan dia sorang sorang? " Soal Dawn dengan kening diangkat sebelah. Sekali lagi, Sya hanya menganggukkan kepalanya.

" Korang gila ke apa?! " Marah Dawn. Langkah yang laju bertukar larian menuju ke bilik Nash.

Luke dan Sya mengangkat kepala. Mata membulat seakan baru tersedar dari sesuatu. Laju mereka mengekori Dawn.

Bum!!

Bunyi letupan kedengaran dari bilik Nash, Dawn dengan berhati berhati memusingkan tombol pintu. Pintu ditolak perlahan.

" Tunduk!! " , arah Dawn.

Serentak mereka menundukkan kepala. Serangan Nash mengenai dinding di belakang mereka.

" Huish, dia nak bunuh kita ke apa? ", Luke berkata perlahan lalu menelan air liur pahit.

Nash meneruskan aktiviti melompat di atas katil dan terus menyerang perabot di situ tanpa menghiraukan mereka bertiga.

" Nash? " Panggil Sya perlahan.

Nash berhenti melompat, matanya memandang ke arah tingkap. Suasana menjadi sunyi seketika.

Perlahan lahan Nash memusingkan badannya menghadap mereka. Giliran Dawn mula yang menelan air liur pahit.

Nash membuat lubang di bawahnya lalu turun melaluinya.

" Kejar, dia nak lari!! " Luke memberi arahan. Mereka berlari menuju ke lubang sama lalu melompat turun.

" Nash, kau dah kenapa? ", Fawn berkata kasar. Tidak semena mena dia diserang Nash ketika sedang kusyuk melayan barbie. Darah dikesat kasar.

Nash mengeluarkan bebola bayang lalu menyerang Fawn.

Setiap serangan dielak mudah namun mengenai perabot lain.

" Nash, dah lah tu!! ", Luke berkata dengan nafas yang tidak teratur.

Nash tidak melayan namun jari tengahnya di angkat tinggi. Tercengang Luke dibuatnya. Ewah budak ni, tengah demam pun masih kurang ajar.

Dawn mencampakkan beberapa keping daun yang pastinya herba ke arah Nash. Sya pula menggunakan element anginnya supaya herba itu mengelilingi Nash.

Setelah beberapa minit, Nash jatuh pengsan. Segera Luke merapatinya.

" Kita kena pergi tempat lain. Dah tak macam rumah dah tempat ni. ", Fawn mengusulkan cadangan sambil matanya meliar memandang keadaan yang tunggang langgang itu.

" Jom, pergi rumah aku. "

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now