48 | Practice Three Methods

2.4K 149 1
                                    

" Ellin, Ai, mana korang pergi? " Soal Lena apabila menyedari mereka berdua yang mengetuk pintu itu.

" Ada je dengan diorang. " Ujar Ai lalu memuncungkan bibir ke arah Dragna, Catrina dan yang lain.

" Hye. " Sapa Frost ramah.

" Frost... " Terkedu Lena apabila melihat seorang sudah lama tidak dilihatnya.

" Baiklah, kita akan pecahkan kepada tiga kumpulan. Kumpulan A, akan practice menembak. Elly akan lead kauorang. Kumpulan B, akan practice element dengan Shuu dan Shuri manakala kumpulan C akan practice serangan jarak dekat. Maira akan lead. "

Elly tidak bercakap banyak, dia memanah kepada satu butang hijau. Beberapa orang kayu muncul dengan tiba tiba.

Acrux ditepi tersenyum lebar, dia memberikan beberapa pelekat kepada Dawn. Sekelip mata, kesemua pelekat itu berada pada setiap patung kayu. Papan kekunci elektronik muncul, setelah melakukan kerjanya. Patung patung kayu itu bergerak dengan sendiri.

Elly bergerak ke tengah tengah padang itu, dia ditugaskan untuk memberi demostrasi kepada mereka semua.

" One, two, go!! " Acrux menekan butang di papannya. Serta merta patung patung itu menyerangnya.

Elly menarik nafas dalam lalu menghembuskannya dengan perlahan. Matanya tajam melihat kedudukan musuh.

Tiga anak panah dicapai dah diletakkan pada busur. Busur ditarik, anak panah dilepaskan. Tepat mengenai tiga patung kayu.

Acrux tersenyum, dia menekan nekan lagi papannya itu. Patung yang sudah ditembak dimatikan.

" Fulamak, katniss everdeen siak!! " Arean bersorak teruja.

" Kau tau kan aku tak boleh lead. " Ujar Shuu dengan teragak agak.

" Kau diam je lah, tak payah guna element api. " Jerit Shuri kepada kembarnya. Dia tahu kembarnya takut jika element apinya terlalu berlebihan.

Acrux sekali lagi mengaktifkan patung patung kayu itu.

Shuu menarik nafas berat sebelum tangannya dihalakan kepada patung kayu di sebelah kanannya. Rekahan besar terhasil, patung patung kayu disitu jatuh ke dalamnya.

Tangannya kirinya digunakan bagi menghasilkan element angin, angin Shuu yang begitu kuat mampu menolak dua per empat patung kayu disitu sehingga terjatuh ke dalam rekahan.

Eyespatch dibuka, mata kanannya seperti api membara. Dia mengerdipkan mata itu beberapa kali, larva di dalam rekahan itu mula aktif. Dia menghentakkan kakinya perlahan, rekahan tadi kembali pulih.

" Kau nak aku hancurkan semuanya ke? " Soal Shuu.

Segera Acrux mematikan patung kayu yang tinggal. Mereka semua masih lagi ternganga, tidak sangka Shuu dapat menghabiskan mereka tidak sampai sepuluh minit.

Luke mendekati patung kayu itu lalu membuatkannya bertambah. Tidak ubah seperti copy and paste.

" So Maira, your turn. "

Maira berdiri di tengah tengah padang, Acrux mengaktifkan patung itu.

Lima buah patung kayu sedang menuju laju ke arah Maira namun Maira masih tengak berdiri. Sekelip mata, pedangnya berada dalam tangan.

Patung patung itu sudah beberapa meter sahaja dari Maira. Dia tersenyum nipis lalu melibaskan pedangnya. Sekelip mata, lima buah patung itu terbelah dua.

Maira bergerak laju sehingga pergerakkannya tidak dapat ditangkap. Hanya bunyi libasan pedang kedengaran, satu persatu patung kayu itu jatuh menyembam tanah.

" Assasin kita tak pernah mengecewakan!!" Shuu berkata dengan teruja. Shuri pula hanya tersenyum lalu membuat thumbs up.

" Okay, pecah ikut kumpulan masing masing. "

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now