47 | Plan

2.2K 145 1
                                    

" Violet, please jangan. " Ujar Acrux separuh merayu.

" Siap sedia, kita akan selamatkan Sya. " Ujar Ariella dengan tegas lalu meninggalkan mereka disitu.

Ellin melepaskan Acrux lalu menuju ke biliknya, dia perlu menyiapkan diri untuk berlawan.

" Dragna, tolong hentikan diorang. Salah seorang dari korang mungkin akan terkorban. " Ujar Acrux dengan tersekat sekat.

Dragna kini menjadi tidak tentu hala, sama ada mahu mendengar kata kata Acrux ataupun Ariella.

" Dragna, jom. " Catrina memanggil Dragna yang sedari tidak bergerak dari situ. Mereka juga perlu menyiapkan diri. Berlawan dengan Kai bukan perkara yang boleh dibawa main.

" Maaf Acrux. " Ujar Dragna perlahan lalu meninggalkan Acrux keseorangan.

" Kau yakin kita dapat selamatkan Sya? " Soal Dragna dengan ragu ragu. Sejujurnya dia sedikit takut, sedangkan perlawanan dengan Kai haritu pun mereka kalah teruk, apatah lagi masuk ke dalam sarang harimau.

" Kenapa? Kau dah termakan pujukan Acrux? " Soal Catrina mendatar.

" Aku cuma rasa tak sedap hati. " Bohong Dragna.

" Tak ada apa lah, kita cuma perlu bebaskan Sya dan dia akan berlawan bersama kita untuk keluar dari situ. " Ujar Catrina dengan tenang.

Dragna mengeluh berat. Acrux yang mencuri curi dengar perbincangan mereka hanya mampu menggelengkan kepala.

Nampak sangat mereka tiada strategy yang tepat, langsung tidak siasat keadaan Sya.

" Acrux, kau buat apa ni? " Tegur Frost yang melihat Acrux terhendap hendap itu.

" Tengah dengar orang degil buat rancangan. " Ujar Acrux selamba.

Berkerut dahi Frost mendengar itu, dia turut melihat ke arah yang sama.

" Apa diorang tengah buat? " Soal Frost.

" Kan aku dah kata, diorang tengah buat plan. "

" Ye lah, plan apa? "

" Plan nak selamatkan Sya. "

Frost membulatkan mata. Apa gila sangat plan diorang tu.

" Macam mana? "

" Bebaskan Sya. Bila Sya dah bebas, diorang akan lawan bersama Sya untuk keluar. "

Sekali lagi Frost mengerutkan dahi.

" Diorang tak tau ke keadaan Sya? "

" Aku malas nak bagitau, aku dah kata jangan pergi. Diorang belum bersedia tapi diorang degil. " Acrux menggelengkan kepalanya. Tidak tahu nak kata apa dengan kedegilan mereka.

" Tak pe lah, aku cuba cakap dengan diorang. " Pujuk Frost kepada Acrux.

" Cubalah. "

" Apa yang kauorang semua buat? " Frost menjongketkan keningnya.

" Plan nak selamatkan Sya? " Sambung Frost lagi.

Mereka semua hanya mendiamkan diri.

" Lupakan je lah kauorang semua, percayalah cakap aku. Kauorang akan gagal. "

" Belum cuba belum tau. " Ujar Catrina mendatar.

" Sekali dah mati boleh cuba hidup balik ke? " Ujar Frost sinis.

" Niat kauorang dah baik, tapi aku lagi tahu keadaan dekat sana. Belum tiba masanya untuk kauorang ke sana. "

" Tapi Frost, aku tak sanggup. Setiap malam aku mimpikan penderitaan Sya. " Ujar Ellin perlahan.

" Sya tak apa apa, satu hari nanti. Kalau ditakdirkan kita menang, Sya sendiri akan bebaskan diri. " Ujar Frost lalu membiarkan mereka membuat keputusan.

" So, kita akan tetap pergi ke? " Soal Violet.

" Aku rasa ada betulnya juga apa yang Frost kata tu. " Ujar Catrina.

" Kita batalkan rancangan. " Ariella berkata dengan dingin lalu meninggalkan mereka. Catrina, Violet dan Ellin mengangkat bahu. Tidak faham dengan emosi Ariella. Ellin dan Acrux pula menarik nafas lega.

" Catrina, jom berlatih dengan kawan Sya dekat sana. "


Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now