10 | New Disaster

3K 240 13
                                    

Airin,Ellin dan Frost bertukus lumus mencari maklumat di dalam perpustakaan istana. Sudah dua hari mereka di sana tapi hampa apabila tiada satu pun maklumat tentang penyakit yang melanda Alanstia.

Shuu dan Shuri telah berjanji ingin menolong dia. Setiap malam Shuu dan Shuri yang akan meronda.

"Arghh penatnya!!" Ellin merungut kepenatan sambil merengangkan badannya.

"Baru sikit dah penat ke." Sinis saja kedengaran kata kata Frost itu.

"Aku dulu sebelum exam,tiga hari kat library." Tambahnya lagi.

Ellin menggengam penumbuk dalam diam,sungguh dia sakit hati apabila Frost memperkecilkan dirinya.

Ellin bangun dari tempat duduknya lalu bergerak keluar dari situ. Tak tahan untuk bersama malaun itu.

"Ellin,jom makan sekali." Pelawa Lena dengan mesra. Tanpa bantahan,Ellin membawa langkahnya ke meja makan. Perutnya sudah meminta untuk diisikan.

"Ada jumpa apa apa ke?" Soal Riana. Ellin hanya menggelengkan kepalanya saja. Langsung tiada mood untuk bercakap.

"Ellin,kau okay ke tak?" Soal Lena pula.

"Tak. Aku tersangatlah tak okay."

"Apa jadi?"

"Kau tahu tak,aku baru pertama kali merungut dalam perpustakaan itu sepanjang dua hari and kau tau apa Frost kata. 'Baru sikit dah penat ke.'"

Meletus tawa mereka berdua. Frost memang cakap tanpa siasat dulu. Selama dua hari tu,mereka semua tahu yang Ellin langsung tidak keluar dari perpustakaan. Hanya dua bungkus roti saja makanan dia.

"Tapi kan,penyakit ni betul betul misteri. Hampir seluruh dari perpustakaan tu aku dah tengok tapi satu pun tiada langsung pasal penyakit ni." Ujar Ellin,seleranya mati. Ai telah disahkan menghidap penyakit yang sama. Dia telah dikuaratin kan bagi mengelakkan penyakit ini merebak lagi

"Lama lagi ke." Lena merungut kebosanan. Bosan betul dia nak menunggu Frost tiba.

"Sabarlah,kan dia baru balik tu." Airin menjawab bagi pihak Frost.

"Penyakit yang tiada penawar." Mereka semua memalingkan badan mencari punca suara itu.

"Urm nek?" Seorang wanita tua bersama tongkatnya menyapa pemandangan mereka.

"Pergilah kamu semua mencari herba neofulus dan air mata unicorn." Tambah nenek itu lagi.

"Aku dah siap." Suara Frost menganggu mereka untuk mendengar setiap tutur kata nenek itu. Malang sekali apabila nenek tadi sudah tiada.

"Herba neofulus? Air mata unicorn? Gila ke apa." Ujar Airin dengan tiba tiba.

"Kenapa pulak?" Soal Lena dengan hairan.

"Lembab," Frost bersuara. Ingin saja Lena melayangkan penumbuknya pada Frost tapi ditahan Riana. Dia tidak mahu ada perbalahan lagi.

"Herba neofulus dan air mata unicorn mana pernah wujud." Tambahnya lagi.

"Kau yang lembab,herba neofulus dan air mata unicorn tu wujud." Ujar Ellin pula.

"Hanya orang dengan niat yang baik dan hati yang suci saja dapat melihatnya."

"Apa kau merepek." Frost nampaknya tidak puas hati dengan kata kata Ellin tadi.

"Aku tak merepek,semuanya dah tertulis dalam buku purba nenek aku." Kata kata Ellin mengukir senyuman Lena dan Riana.

Apabila Ellin berkata demikian,maka benarlah. Semua dah tertulis betul betul benar,buktinya semasa pengembaraan mereka dahulu.

"Jadi,lepas kita melawat Ai. Kita akan siapkan diri untuk pengembaraan seterusnya." Ujar Riana dengan semangat.

Dumm!!

"Oh mak kau pocot." Latah Sya,habis terpelanting buah anggur yang dalam pegangan dia.

"Kau tak reti nak tutup pintu elok elok ke." Ujar Sya lagi lalu mengutip anggur tadi.

"Sorry sorry,aku nak bagitahu benda penting ni."

"Apa dia?"

"Kawan kau nak pergi mengembara esok,diorang nak cari herba neofulus dengan air mata unicorn."

"Tapi benda tu mana wujud." Tambah Catrina lagi.

"Ye ke? Tadi aku baru nampak unicorn." Selamba saja Sya mengutarakan kata kata dia.

"Serious ah?!" Ujar Dragna yang entah dari mana dengan terkejut.

"Nampak aku main main ke?"

"Dekat mana?" Maka soalan dibalas soalan.

"Dekat Younre Forest."

"Kau gila ke apa."

"Tak ah,masih waras lagi."

"Agak ah,hutan tu jauh kot."

"Tapi berbaloi."

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now