Sya memegang dadanya menahan perit, satu tenaga baru seakan akan baru saja dibuka. Sya tersenyum sendiri lalu memandang galaxy moon.
"Enam saja lagi."
"Jadi tempat ni baru saja diserang?" Soal Ellin bagi mendapatkan kepastian. Unggun api dihasilkan bagi menerangi malam yang gelap.
"Haah, semua elf telah berpindah dan aku akan menyusul mereka beberapa hari lagi." Terang Arean bersama keluhan yang berat.
"Tapi kenapa? Kenapa mereka serang tempat ni?" Soal Lena dengan keliru. Dia mematahkan beberapa ranting lalu mencampakkan ke dalam unggun api.
"Sebab aku." Jawab Arean dengan perlahan dengan kepala yang ditundukkan
"Sebab apa?" Sekali lagi Lena menyoal apabila suara Arean langsung tidak kedengaran di telinganya.
"Aku pun tak tahu." Jawab Arean lalu mengangkat kepalanya. Tanpa rasa ragu ragu,mereka semua percaya akan kata katanya.
'Apa yang kau cuba sembunyikan, Arean.' Ujar Riana di dalam hati.
"Selamat pagi." Sapa Arean apabila melihat Frost. Frost membalas sapaan Arean dengan senyuman manis.
Arean memandang sekeliling mereka bagi memastikan tiada seorang pun yang mendengar.
"Apa niat kau." Soal Arean dengan dingin. Dia memandang Frost tepat ke dalam matanya.
"Apa maksud kau?" Ujar Frost lalu melarikan pandangan matanya.
"Semalam aku ada dengar kau berbual dengan seseorang. Apa rancangan kau?" Soal Arean dengan keras.
Frost menelan air liur perit. Rahsianya tidak boleh terbongkar.
"Aku tak faham apa yang kau cakapkan." Ujar Frost cuba menafikan kata kata Arean.
"Kau--"
"Selamat pagi!!" Kata kata Arean mati sebaik saja Airin mula menyapa.
"Selamat pagi Airin." Arean membalas bersama satu senyuman ceria. Tidak mahu Airin syak apa apa.
'Thanks.'
"Jadi, apa rancangan kau selepas ni?" Soal Zein sambil mengusap kudanya.
"Aku ikut korang." Ujar Arean dengan serious.
"Kau pasti?"
"Aku dah fikir masak masak."
"Baiklah. Kita akan bertolak tengah hari ni."
Masa berganti masa,matahari mula terpacak tinggi. Sudah tiba masanya mereka menyambung perjalanan yang tergendala.
Perjalanan mereka ke destinasi seterusnya hanya sepi sahaja. Masing masing fokus dengan perjalanan.
"Ellin, kita akan ke mana lepas ni." Soal Lena.
"Kita--"
Kata kata Ellin dipotong Arean. "Jangan ikut peta, aku dah selalu ke Younre Forest. Aku boleh tunjukkan."
"Jadi,kita nak ke mana selepas ni?" Ujar Lena lagi.
"Crystal Lake."
"Crystal Lake? Woah, aku tak sangka kau pernah ke sana." Ujar Ellin dengan teruja.
"Tapi kenapa ke Crystal Lake? Bukan ke kita boleh terus ke Snow Valley." Soal Frost dengan hairan. Menuju ke Crystal Lake hanya menambahkan lagi masa perjalanan mereka.
"Memang betul kalau ke Snow Valley masa kita akan singkat. Tapi apa guna kalau hanya membahaya nyawa." Kata kata Arean sudah cukup untuk menutup mulut Frost.
"Lagipun Sya pernah kata dekat aku."
'Kenapa perlu pilih jalan yang membosankan sedangkan ada jalan yang penuh dengan misteri." Ujar Sya lalu menerjun ke dalam Crystal Lake.
"Maksud kau..."
"Ye, Sya pernah ke Crystal Lake. Jangan risau,aku hanya membawa korang ke Younre Forest mengikut jalan yang pernah Sya lalui." Ujar Arean dengan tenang.
Mereka yang mendengar tersenyum lebar. Sya sangat misteri, walaupun baru lagi Alanstia tapi pelbagai benda dia tahu.
"Satu lagi kunci yang hilang."
YOU ARE READING
Uncontrobler Power 2 √
FantasySya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembali diancam apabila satu persatu penduduk dijumpai mati pada tengah malam. Lena bersama yang lain kemb...