Portal di buka di halaman rumah Nash dan Luke yang luas itu. Kelibat Fawn kelihatan melangkah keluar dari dalamnya.
" Fawn, dah jumpa? " Soal Nash dengan teruja.
Fawn tidak membalas, tetapi senyumannya telah menceritakan segala galanya.
Sya tersenyum ceria. Patung patung kayu di hadapannya dilibas dengan penuh bersemangat. Sudah tiba masanya dia perlu asah semula kemahiran bermain pedangnya.
Nash dan luke tertawa. Suka mereka apabila mengenakan antara satu sama lain. Dawn di situ tidak hanya memerhati, dia juga turut menyertai mereka.
" Sya, jom lah rehat! " Ujar Nash kuat.
" Kau dah lah tak berlatih, sibuk nak rehat. " Ujar Dawn bergurau.
" Sibuk ah kau. "
Sya menggelengkan kepalanya melihat gelagat mereka. Langkah tetap dibawa untuk menyertai mereka minum petang.
" Seronok je aku tengok kau ni." Tegur Luke yang dari tadi memerhati Sya yang tidak lekang senyuman dari wajahnya.
" Gila tak happy? Tak lama lagi aku boleh berdepan dengan mereka sendiri kot. " Sya tertawa sendiri. Mana lawaknya pun tak tau lah.
" Kau yakin kau boleh buat? " Ujar Nash dengan ragu ragu. Takut jika Sya tiba tiba melenting.
" Aku pun tak berapa yakin tapi sampai bila kan aku nak sorok je. "
Mereka tersenyum nipis mendengarnya. Gembira melihat Sya yang gembira itu.
"Fawn. ", tegur Dawn apabila melihat Fawn yang sedang minum air itu. Suasana malam itu sunyi sahaja memandangkan hanya mereka berlima sahaja yang tinggal sekarang.
" Ada apa? "
" Apa yang kau belum bagitahu lagi? "
Sedari Fawn melangkah keluar lagi dari portal itu, dia tahu. Fawn ada sorokkan sesuatu dari mereka semua.
" Mana ada apa apa. " Fawn cuba berdalih. Sedaya upaya dia melarikan anak matanya dari terus memandang Dawn. Risau jika rahsianya pecah.
" Kau tau kan aku bukan dari Alanstia. Kita sama, mempunya ability tersendiri. Jangan cuba tipu aku Fawn. " Ujar Dawn dengan serious.
" Jadi, apa kau nak buat kalau aku tak bagitau? " Fawn mencabar Dawn.
" Kau tau kan, aku tak kan dapat title si gadis putih kalau aku tak boleh buat kerja ni dalam diam? " Ujar Dawn sinis. Dia mencapai pisau dapur yang kebetulan berdekatan dengannya.
Fawn mengeluh berat, ikutkan mahu saja dia hantar Dawn jauh dari sini. Portal adalah satu permainan baginya.
" Aku bagitahu esok pagi."
" Jadi, macam mana kita nak lepaskan mereka? " Soal Luke dengan serious.
" Four missing souls. "
" Maksud kau? " Sya mengerutkan dahinya. Dia memandang Nash dan Luke. Berharap mereka juga sama sepertinya tetapi mereka hanya mendiamkan diri.
" Nash, Luke. Kau tau pasal ni? "
" Mereka cukup tau. " Dawn mencelah.
" Soul of bravery. " Ujar Luke perlahan.
" Soul of justice. " Ujar Nash pula.
" Soul of kindness. " Dawn menyambung.
Mereka bertiga memandang ke arah Fawn.
" Soul of determination. " Ujar Fawn.
" Apa maksud korang? " Soal Sya dengan hairan.
" Kau kena bunuh kitaorang untuk dapatkan kunci demensi tu. "
YOU ARE READING
Uncontrobler Power 2 √
FantasySya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembali diancam apabila satu persatu penduduk dijumpai mati pada tengah malam. Lena bersama yang lain kemb...