" What?!" Bergema rumah itu dengan suara jeritan Violet.
"Apa maksud kau Arean." Dragna bertanya dengan lembut walaupun hatinya seakan gunung berapi yang ingin melepaskan magmanya.
"Aku faham korang anggap ini semua angkara Kai sebab dia merupakan pengguna magic. Tapi Kai tak pernah gunakan magic hitam."
"Tak sangka manusia jahat tu pun masih tak gunakan magic hitam." Kutuk Nash dengan selamba. Luke turut menganggukan kepalanya tanda bersetuju dengan kata kata Nash itu.
"Dan aku tahu, korang anggap tu Kai sebab dia satu satunya musuh kita sekarang."
"Kita di pihak Sya. Di pihak Advelyst. Sejak dulu lagi, Advelyst mempunyai ramai musuh." Terang Arean dengan bersungguh sungguh.
"Jadi, dia ni merupakan orang yang sama serang perkampungan elf?" Soal Dragna dengan ragu ragu. Suasana menjadi sunyi seketika, Arean seakan terkejut mendengar kata kata Dragna itu.
"Kenapa kau terkejut?"
"Jadi betullah apa yang Dragna cakap tu kan."
Arean masih mendiamkan diri, dia menundukkan kepalanya dan menatap lantai rumah.
"Arean, aku tahu lantai tu lagi cantik dari Dragna tapi tolonglah pandang muka dia bila dia bercakap." Nash mencelah. Tidak semena mena dia mendapat siku di perut oleh Dragna.
"Arean, aku faham kau susah nak percayakan kitaorang. Kau hanya percayakan lost keys sahaja. Tapi kita sebagai teammates, Arean."
Perkataan teammates menerjah ke dalam otaknya bersama masa silam yang pahitnya.
" Aku tak percaya teammates. Maafkan aku." Arean berkata dengan sayu lalu meninggalkan perbincangan mereka.
" Arean. " Panggilan dari Olive langsung tidak diendahkannya. The lost keys berpandangan sebelum melepaskan nafas berat.
Violet menolak sedikit bahu Olive, memberikannya isyarat untuk menceritakan tentang Arean.
" Sebenar sebelum Arean menjadi salah seorang daripada lost keys, dia merupakan ahli pemburu bayang bayang yang termuda sampailah satu hari tu. Dia kena khianat dengan rakan rakannya. " Olive menundukkan kepalanya, kejadian beberapa tahun lepas bermain di fikirannya.
Miya memegang bahu Olive, cuba memberikan semangat kepadanya.
" Arean dituduh khianat kumpulan diorang sehingga dia dibuang. Beberapa hari selepas tu, Arean hampir dibunuh..."
" Any last words? " Dia bertanya lalu tersenyum menyindir. Arean yang sudah nyawa nyawa ikan itu kemudian dibiarkan begitu saja. Memberi peluang kepada rakannya yang lain untuk menghabiskan Arean.
Remaja yang berdiri di belakang si dia melangkah ke hadapan. Betul betul di hadapan Arean. Elementnya sudah bersedia di tangan. Dia menggengam penumbuknya lalu dihayunkan.
Bum!!
Sya muncul di hadapan Arean, menjadi perisai kepadanya. Serta merta, remaja tadi terseret kebelakang. Tidak mampu menahan kekuatan perisai yang dihasilkan Sya.
" Apa ni main bunuh bunuh, tak best lah. Kalau main tanam tanam lagi best!! " Nash berkata dengan teruja lalu melangkah ke arah mereka bertiga.
" Whops, tunggu dulu. Kalau lima lawan tiga, mestilah tiga kalah. " Rakannya lagi seorang cuba menawarkan pertarungan yang ingin dibuat secara adil.
" Habistu, adil sangatlah tiga lawan satu?! " Acrux berkata dengan penuh kemarahan lalu jarinya menuding ke arah Arean.
Remaja itu menemukan kedua jari telunjuknya lalu tersengih tidak bersalah.
" Argh, jahat tapi bodoh. " Luke mengoncang goncangkan badan Nash yang sibuk membetulkan rambutnya.
" Sudah sudah!! " Sya berteriak tidak puas hati. Punggung Luke ditendang dengan sepenuh hati.
" Auchh!! " Luke menggosok gosok punggungnya menahan pedih. Pergh, sakit serupa kena libas dengan hanger.
" Woi, tak payah lah nak cerita bahagian tu!! " Luke memotong cerita Olive dengan laju.
Olive hanya memberikan pandangan maut sebelum meneruskan kembali ceritanya.
" Pelik jugak, macam mana budak sebo--- no no, selembab korang ni boleh bunuh dia ni. " Acrux menyilangkan ke dua tangannya.
" Dah lah, bagi aku settle diorang ni. " Adam bertindak ingin menghabiskan semuanya dengan secepat mungkin. Drama pukul 7 akan ditayangkan kejap lagi. Tak mungkin dia terlepas.
Adam mengeluarkan octoriusnya lalu dipusing pusingkan pada jarinya. Octoriusnya berubah rupa menjadi tongkat yang panjang dengan corak kumbang di atasnya.
Ketiga tiga mereka menyerang serentak ke arah Adam namun apabila tongkat itu dipusingkan, sebuah perisai menghalang mereka.
Mereka berdecit kegeraman lalu menyerang kembali, Adam tersenyum senget lalu melibaskan tongkat itu.
" Kau patut tahu cara nak pertahankan diri lah budak. " Luke berkata tanpa perasan lalu mencampakkan kapas kearah Miya yang sedang sibuk merawat Arean.
Arean hanya mendiamkan diri.
" Woi, dengar ak? " Sekali lagi Luke mencampakkan kapas itu.
" Kau nak campak bukan dekat aku lah!! " Miya menghamburkan kemarahannya lalu menumbuka perut Luke dengan sekuat hati.
" Bodoh."
Miya meninggalkan bilik itu.
" Pandai eyh sekarang."
Nash tergelak melihat tingkah mereka.
" Jom, Sya nak jumpa kau."
"Dan masa tulah, Arean diangkat menjadi lost keys." Olive tertawa riang lalu menepuk tangannya.
YOU ARE READING
Uncontrobler Power 2 √
FantasySya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembali diancam apabila satu persatu penduduk dijumpai mati pada tengah malam. Lena bersama yang lain kemb...