"Terima kasih Dawn, kami tidak akan lupakan jasa kamu." Ujar Ellin sambil mengangkat botol kecil yang diberikan Dawn lalu tersenyum.
"Kami yang patut berterima kasih pada kamu semua." Dawn meletakkan botol itu di tapak tangan kiri Ellin lalu mengangkat pula tapak tangan kanan Ellin bagi menutupnya.
"Kami sangat terhutang budi dengan kamu semua." Persekitaran mereka berubah menjadi warna putih. Putih yang sangat terang sehingga menyilaukan mata.
Sekelip mata mereka semua hilang dari pandangan, hanya debu debu putih berkilauan berterbangan.
'Tugas aku dah selesai.'
"Luke, kau dah dapat maklumat yang aku nak?" Ujar Sya sebaik saja kelibat Luke kelihatan di muka pintu.
Luke dengan nafas yang termengah mengah segera berlari ke arah dapur. Sobotol air mineral dicapai dan diteguk.
Dia berjalan ke arah ruang tamu lalu meletakkan tapak tangannya di atas meja. Muncul sebuah gambar hologram didepan mereka.
Sya memandang ke arahnya dengan suara yang tidak mampu diungkap. Frost sedang tersandar lemah di dinding besi itu memilukan hati sesiapa yang melihat.
"Siapa punya angkara." Soal Sya dengan suara yang serak.
"Kai. Dia merupakan anak tunggal kepada Vold. Dia pernah menuntut di akedemik Alanstia tetapi dia dilaporkan telah berhenti sejak kau mengembara ke Gunung Hylt."
"Dia sudah lama perhatikan kau, Sya." Sampuk Dragna disebelah.
"Pengkhianat!!" Jeritan Olive dari tingkat atas menyentakkan mereka. Sya terus berlari untuk melihat keadaan Olive.
Tombol pintu disentuh. "Seriously, mana tombol pintu?" Ujar Sya apabila dia ingin memulasnya.
Tanpa banyak kata, Nash muncul secara tiba tiba dan membukanya dengan mudah.
Sya segera memeluk Olive yang menggeletar kerana ketakutan.
"Sya, Frost pengkhianat. Dia pengkhianat!" Rintihnya dengan tangisan.
Sedaya upaya Sya menahan tangisannya. Kepala Olive diusap.
"Dia bukan pengkhianat, Olive. Frost bukan pengkhianat." Ujar Sya dengan suara yang serak.
Setiap kali dia teringatkan Frost, hatinya sakit bercampur pilu teringatkan keadaan Frost.
"Ariella." Ujar Luke melihat Ariella yang terbang memasuki tingkap di bilik itu.
"Rintihan ketakutan The Lost Keys, siapa boleh abaikan." Ujarnya lalu mengambil alih tempat Sya.
"Mereka semua dah seperti keluarga aku. Sakit diorang, aku juga rasa." Olive yang sudah terlelap itu dipandang dengan kasihan.
"Sya, Dawn dah berikan air mata unicorn. Mereka pun sudah pulang ke bandar Alanstia." Ujar Nash lalu menukarkan diri menjadi invisible.
"Aku nak pergi melawat Ai." Ujar Ellin dengan ceria lalu berlari menuju ke Medical Center dengan bersemangat.
"Memang ramai orang lupa nak teleport bila tergesa gesa sangat." Ujar Zein lalu menggelengkan kepala.
Pintu ward Ai ditolak namun kelibatnya empunya bilik langsung tidak kelihatan. Ellin memandang setiap pelosok bilik dan kelibat Ai masih tidak kelihatan.
Dia mengikut firasat hatinya pula untuk ke perpustakaan memandangkan ianya tidak jauh dari situ.
"Ai, rajin pula kau baca buku." Tegur Ellin sebaik saja dia melihat Ai sedang kusyuk membaca.
Tersentak Ai apabila dia ditegur secara tiba tiba. Langsung tidak perasan pintu perpustakaan diketuk ataupun dibuka.
"Ellin, cuba kau tengok ni. Sya masih hidup?" Ai memberikan buku yang dibacanya sejak pertama kali dia menjejakkan kaki ke perpustakaan itu.
Terbuntang mata Ellin apabila mendengar butir bicara Ai itu. Lantas dia merampas buku dari pegangan Ai dan menekup mulut Ai.
"Jangan pernah buka mulut kau pada sesiapa lagi, faham?" Ugut Ellin dengan pandangan membunuh.
Ai menanggukkan kepalanya laju. Seram juga melihat Ellin apabila berbicara apa apa perkara berkaitan Sya.
Melihat Ai yang bersungguh sungguh menanggukan kepala membuatkan Ellin melepaskan tangannya dari terus menekup mulut Ai.
Ellin membuka mulut menceritakan tentang perjalanan mereka. Walaupun tidak berapa mencabar tetapi sangat menarik.
Ai pula tetap fokus mendengar cerita Ellin. Langsung tidak menyampuk kecuali terbersin.
YOU ARE READING
Uncontrobler Power 2 √
FantasySya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembali diancam apabila satu persatu penduduk dijumpai mati pada tengah malam. Lena bersama yang lain kemb...