Sya berdiri betul betul di tengah bandar Alanstia. Setiap pelusuk bandar itu diperiksanya jikalau Kai meninggalkan sebarang kesan.
Setelah yakin tiada apa apa lagi, Sya meneleport pula ke Crystal Lake. Perkara yang sama turut dilakukannya.
Setelah beberapa minit, Sya mengambil tempat berdekatan dengan tasik itu bagi merehatkan diri.
Kepalanya berdenyut dengan teruk menyebabkan Sya mengerang kesakitan.
" Kau useless, Sya!! "
" Argh!! " Sya menutup mata kanannya mengunakan tangan.
Setelah kesakitan itu reda, dia melihat imej pantulannya di permukaan tasik itu.
Anak matanya yang tertutup tadi berubah menjadi hitam dengan pentagram merah menghiasi.
" Sya, kau okay? " Sapa seseorang dari belakangnya.
Tersentak Sya mendengar teguran itu, lantas rambutnya diturunkan sedikit bagi menutupi matanya itu.
Perlahan lahan dia memandang tuan empunya suara itu. Setelah melihatnya, dia tersenyum gembira. Rambutnya diikat kemas kembali. Mata hitamnya dibiarkan saja kelihatan.
" Acrux!! " Sya berlari memeluk Acrux masih berdiri tegak.
" Tapi, kenapa kau masih disini? " Pelukan dilepaskan. Wajah Acrux ditatap dengan penuh hairan.
Acrux tertawa kecil. Dah tentu Sya tidak ingat semuanya tentang dia.
" Sya, aku bukan dari Alanstia. Aku bukan dari dimensi ni. "
" Oh baru aku ingat! Sebab tu Dawn pun masih disini. "
" Sya, mata kau. Kenapa? Kau dah mengaku kalah? " Soal Acrux lembut. Tidak mahu Sya terasa dengan kata katanya.
Sya mengeluh perlahan. Apa yang boleh dibuat pun jika dia mengaku kalah.
" Sya, jaga jaga. Jangan sampai Adyn ambil alih kau. " Acrux mengingatkan Sya tentang personality nya yang satu lagi itu.
Sya tidak ubah seperti pesakit D.I.D. Mempunyai dua personality? Memang gila.
" Woi, itu pun susah sangat ke?! "
Sya hanya membiarkan suara yang memarahinya. Matanya hanya tertumpu pada Acrux yang berada di depan mata.
" Bangang ah budak ni! Woi, ingat tak apa Olive kata. "
" Olive kata? " Berkerut dahi Sya cuba mengingati apa yang dikata Olive.
" Frost ada cakap dekat aku, nice to meet you again. "
Sya menanti dengan penuh sabar apa yang ingin dikatakan Olive. Senyuman masih kekal menghiasi wajahnya.
" Aku tak pernah kenal Frost, Sya. "
" Selama di Alanstia, aku cuma kenal lost keys dan kaum aku saja. "
" Oh ada lagi! Dawn dengan--- "
" Fawn!! " Sya terjerit dengan tiba tiba. Acrux yang terkejut mengundurkan diri setapak. Niat asalnya ingin memeriksa keadaan Sya yang tidak memberi tindak balas itu.
" Thats it, Acrux! Kai hantar klon Frost lepas dia tahu Lena dan yang lain nak ke Younre Forest!! " Sya berkata dengan teruja.
" Jadi, Frost memang dah lama diculik tapi hanya dirahsiakan dan Fawn yang gantikan tempat Frost selama ni. Sebab tu lah Frost tak serang mereka sedangkan dia ada banyak peluang!! "
Acrux masih lagi terkesima mendengar kata kata Sya itu. Sepatah pun dia tidak faham apa yang dikatakan Sya itu.
" Aku dah faham! Sebab tu Airin rapat dengan Fawn dan bukannya Ellin, sebab Fawn bukan mudah bergaul. Maksudnya, Airin dah lama tahu identiti Frost!! "
" Thanks Acrux!! Thanks sangat!! " Sya memeluk Acrux dengan gembira lalu meneleportkan dirinya pulang ke rumah.
" Apa yang budak tu bebual? "
YOU ARE READING
Uncontrobler Power 2 √
FantasySya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembali diancam apabila satu persatu penduduk dijumpai mati pada tengah malam. Lena bersama yang lain kemb...