"Zein."
"Ai? Kau buat apa ni? Kau patutnya berehat." Nasihat Zein dengan ramah.
"Kau dah tahu nak mula cari dari mana?" Soal Ai lagi, tidak mempedulikan kata kata Zein.
Hairan Zein dengan Ai yang tiba tiba menjadi serious. "Belum lagi. Kitaorang ingat nak pergi Fropie Forest."
"Jangan. Korang terus pergi Younre Forest."
"Kau gila ke apa, Younre Forest kot. Bukannya dekat." Ujar Zein sedikit terkejut. Belum pernah lagi ada orang nak pergi ke sana. Perjalanan untuk ke sana boleh mengambil masa seminggu.
"Cukup gila ke idea aku untuk lawan idea Sya ke Hylt Moutain?"
Zein terdiam sendiri. Memang betul,idea Ai belum cukup gila untuk melawan idea Sya merentasi empat hutan berbahaya itu. Dalam diam dia tergelak. Rindu saat dia yang merupakan orang paling lemah saat itu.
"Okay, kitaorang akan ke sana." Zein memberikan kata putus. Tidak salah kalau dia mencuba.
"Zein, terima kasih." Serta merta telepati mereka mati.
"Jadi, kita akan ke Fropie Forest dahulu kan." Ujar Airin memulakan perbualan.
"Tak, kita akan terus ke Younre Forest."
"What?!"
"Gila."
"Agak ah."
Percaya atau tidak, hanya Frost saja yang berkata begitu. Tidak seperti yang lain, yang hanya menganggukkan kepala. Membuat simbol okay dan yang menunjukkan wajah berseri seri. Tidak sabar untuk memulakan pengembaraan.
"Baru sikit dah terkejut ke." Ujar Ellin dengan sinis. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Maka harini lah penantian Ellin berakhir.
Frost berdecit kegeraman lalu membawa langkah menuju ke arah kudanya.
"Lena."
"Ai? Ada apa ni? Kau okay ke? Ada apa apa buruk ke? Kau sesak nafas ke? Kau nak kitaorang ke sana ke?" Soal Lena dengan bertubi tubi. Langsung tidak memberi ruang untuk Ai bercakap.
"Tak, aku okay. Firasat aku kuat kata yang Maira Erwana dan Hazel akan ikut korang ke sana."
Tersentak dia mendengarnya. Tetapi mengapa? Bukankah mereka tidak lagi mahu bersua muka.
"Ouh okay, jadi kau nak aku buat apa."
"Tolong jaga diri memasing, aku rasa tak sedap hati." Ujar Ai lagi. Jelas kedengaran dia sedang risau.
"Jangan risau Ai, aku dapat rasakan yang kitaorang tak bersendirian." Ujar Lena dengan tenang lalu mengukir sebuah senyuman walaupun tidak dapat dilihat Ai.
"Woi Lena, kau gila eyh senyum sorang sorang." Tersentak Lena mendengar teguran Ellin itu. Alamak, nampak sangat ke aku senyum.
"Aku nak senyum pun salah ke."
"Memang lah tak salah tapi seram aku tengok kau tiba tiba senyum." Ujar Ellin lagi lalu tergelak. Entah apa yang lawaknya.
"Sya, plan kau dah berjaya." Puji Catrina sambil menepuk tangan.
"Aku tahu tu, ni Sya Adriana lah." Ujar Sya dengan riak, dia tersengih sendiri.
"Eyh budak ni, apasal lah kau puji. Tengok dah kembang kempis dah hidung dia." Kutuk Dragna dengan selamba. Sya yang mendengarnya terus menjeling.
"Apa jeling jeling, korek kang mata tu." Ugut Dragna sambil mengacah ingin mengorek mata Sya.
"Wuuu takutnya titew." Ujar Sya dengan nada mengejek sambil mencucuk cucuk bahu Dragna.
"Aku dah lama terfikir nak jual organ kau." Ujar Dragna lagi dengan roll eyesnya.
Terus Sya menutup tubuhnya dengan tangan sambil membuat mimik muka jijik. Geli gelemen dia apabila terbayang yang Dragna selalu memerhati tubuhnya.
"Kau jangan fikir lain lah pandai!!" Muka Dragna mula memerah akibat malu.
Terus terhambur ketawa Catrina menyaksikannya gelagat dua orang rakannya itu.
Mika try hard nak update sebanyak yang boleh.
Esok dah sekolah,Mika yakin Mika start busy balik.
LoVe Mikailynn
YOU ARE READING
Uncontrobler Power 2 √
FantasySya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembali diancam apabila satu persatu penduduk dijumpai mati pada tengah malam. Lena bersama yang lain kemb...