Frost tersandar lemah di dinding kurungannya. Dia masih gigih menunggu rakan rakannya datang untuk menyelamatkannya.
Tiba tiba, seseorang dengan kerudung hitam mendekatinya kurungan. Pandangan Frost hanya tertumpu kepadanya saja. Dirinya yang lemah tidak mampu berbuat apa apa lagi.
Seseorang dengan kerudung hitam tadi merenung ke dalam Frost lalu mengerdipkan sebelah matanya.
Melihat warna anak mata itu membuatkan Frost tersenyum lebar.
" Acrux. "
" Hye sistur idola, tengah tunggu jejaka kacak datang selamatkan ke? " Ujar Acrux dengan perlahan lalu tersenyum lebar.
Frost yang tergelak kecil. Acrux juga tergelak kecil. Lega hatinya melihat Frost yang masih mampu tersenyum.
Acrux mencari suis yang berhubung dengan cell Frost. Setelah menjumpainya, dia meletakkan satu pelekat yang asing. Papan kekunci elektronik muncul di hadapan Acrux. Jarinya ligat menekan nekan papan kekunci itu.
Kurungan Frost berjaya dibuka tanpa menghasilkan seberang bunyi yang bising yang mampu menarik perhatian musuh.
Acrux menanggalkan pelekat itu lalu berlari ke arah Frost, Frost diangkat lalu diletakkan di belakang badannya.
" Acrux, Sya... " Frost berkata perlahan lalu menudingkan jarinya ke arah Sya. Acrux mengangkat kepala lalu matanya tertatap pada Sya yang masih berada di dalam kapsul.
" Tolong Sya... " Ujar Frost lagi.
" Sorry Frost, tapi aku tak boleh. "
Frost membuka matanya dengan perlahan lahan, cahaya lampu menyilaukan pandangan.
" Frost!! " Olive menjerit gembira apabila Frost sudah sedar. Elly yang turut berada di situ tersenyum lebar.
" Aku dekat mana? " Soal Frost.
" Cliche betullah, lepas sedar je mesti tanya aku kat mana? Apa yang jadi? " Ujar Nash tidak puas hati.
Arean yang berada berdekatan terus menumbuk Nash kuat.
" Kau dekat rumah Nash dengan Luke. Jangan risau, kau dah selamat dekat sini. " Ujar Olive dengan lembut.
" Tiada tempat yang selamat selagi Kai masih hidup. " Ujar Frost mendatar. Mereka semua terdiam.
" Sekurang kurangnya, kau tak perlu berlawan seorang diri lagi. " Ujar Castor.
" Castor? " Frost jelas terkejut dengan kehadiran Castor disitu. Sebelum diberi arahan untuk menyerang Sya. Castor turut dikurung dan diseksa sama sepertinya.
Ariella tersenyum nipis lalu keluar dari bilik itu diikuti dengan Dragna, Catrina dan Acrux.
" Macam mana kau boleh jumpa Frost? " Soal Ariella mendatar.
" Kebolehan hacking aku patutnya tiada guna memandangkan ini Alanstia, bukannya bumi tapi baru aku sedar. Kai lebih banyak gunakan teknologi berbanding element. " Terang Acrux.
" Sya ada dekat sana? " Soal Dragna.
Acrux mengangukkan kepalanya sedikit.
" Kenapa kau tak selamatkan Sya sekali? " Kini giliran Catrina pula bertanya.
" Aku tak boleh, Kai memerhati. Kai tahu aku bawa Frost keluar. Jadi aku tak boleh ambil risiko yang besar. " Acrux tersenyum nipis.
" Kau nak bagitau lokasi diorang? "
" Aku nak tapi tak boleh. Kauorang semua masih belum cukup kuat untuk lawan Kai. " Ariella mengenggam penumbuknya.
" Bagitahu kitaorang, mana Sya?! " Ellin menggunakan element tumbuhannya untuk menghalang pergerakkan Acrux.
Acrux sedikit tersentak dengan kehadiran Ellin yang mengejut itu.
" Bagitahu je lah Acrux, kau dah tak boleh buat apa. Ellin mungkin akan bunuh kau. " Ujar Dragna dengan tenang.
" Aku lagi rela mati daripada korang yang mati. " Ujar Acrux lalu tersenyum nipis.
Ellin mengetatkan lagi akar berduri yang menjalarkan di badan Acrux.
Arghh!!
" Bagitahu je lah Acrux, aku tak nak ada pertumpahan darah disini. " Catrina cuba melembutkan hati Acrux. Dia tidak sampai hati melihat salah seorang dari mereka mati.
" Tak perlu, aku dah tau dekat mana. "
YOU ARE READING
Uncontrobler Power 2 √
FantasySya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembali diancam apabila satu persatu penduduk dijumpai mati pada tengah malam. Lena bersama yang lain kemb...