45 | A New Discover

2.3K 153 0
                                    

Frost memandang Sya yang tidak sedarkan diri itu dengan sayu. Sungguh dia tidak sanggup melihat Sya diperlakukan seperti itu. Cecair jernih mengalir di pipinya, egonya jatuh disebabkan gadis bernama Sya Adriana Advelyst.

" Kau suruh aku kuat, tapi macam mana aku nak kuat tengok keadaan kau macam ni. "

Keadaan Sya tidak ubah pertama kali Sya dimasukkan ke dalam kapsul itu. Dipenuhi wajar yang mencucuk. Luka hampir di setiap badan Sya.

" Please cepat datang, selamatkan Sya. "

Sudah tiga minggu sejak kehilangan Sya, perubahan mereka sangat ketara kecuali Nash dan Luke. Perangai setan langsung tidak berkurang.

" Pergi matilah dengan rawat, tu namanya nak bunuh. " Sedaya upaya Adam menolak Nash menjauhi kandang kuda.

Nash juga tidak ingin mengalah, dia turut menolak Adam dari menghalang kerjanya.

" Please someone tolong aku!! " Adam menguatkan suaranya, berharap agar seseorang datang membantunya. Tetapi malang tidak berbau apabila yang mendengarnya adalah bala.

" Hah Luke, cepat tolong aku! " Nash meminta pertolongan kepada rakannya sehidup semati yang semakin menghampiri mereka.

" Luke, jangan dekat. " Adam memberi amaran.

Namun Luke tidak mengendah, dia tetap menghampiri mereka.

" No, Luke jangan!! " Adam meronta ronta apabila Luke dan Nash cuba menolaknya jauh dari kandang lembunya itu.

" Apasal lama sangat? Suruh sembelih lembu pun susah sangat ke?! " Miya datang dengan bercekak pinggang.

" Entah kauorang ni, suruh sembelih lembu susah sangat ke? " Adam berpura pura seperti tidak bersalah.

" Cepat, jangan sampai yang lain balik makanan tak siap lagi. "

Setelah Miya menjauhi mereka semua, serentak Nash dan Luke menunjukkan jari tengah mereka.

" Lena, Ellin dan Ai mana? " Soal Zein apabila kelibat Ellin dan Ai sudah lama tidak kelihatan.

" Entah. " Lena menjawab dengan ringkas. Langkahnya dibawa menuju ke tingkat atas. Niatnya ingin masuk ke bilik terbantut apabila dia melihat pintu bilik Ai yang tertutup rapat itu.

Perlahan lahan dia mendekatinya, dia memandang sekeliling bagi memastikan tiada sesiapa yang melihatnya dirinya.

Hampir setengah jam Lena berada di dalam bilik Ai. Tiba tiba, Lena keluar dari bilik Ai dan menutup dengan tergesa gesa. Lantas dia menuju ke biliknya.

Riak wajahnya sangat terkejut, dia mengunci pintu biliknya lalu bersandar.

" Apa yang baru aku baca tadi? " Lena berkata sendirian. Peluh menitik di dahinya.

" Sya masih hidup? "

Tok!! Tok!! Tok!!

Riana mengetuk pintu bilik Lena dengan kuat.

Segera Lena membuka kunci, terpampang wajah Riana yang tanpa secalit senyuman.

" Kau okay? " Soal Riana apabila menyedari wajah Lena yang pucat itu.

" A-Aku okay, ada apa cari aku? "

" Jom turun makan. "

" Tak pe lah, aku dah kenyang. " Ujar Lena lalu menutup kembali pintu biliknya.

Terpinga pinga Riana dibuatnya, selalu apabila bab makanan. Jarang Lena ingin menolaknya.

" Apa yang kau rahsiakan dari aku? " Soal Riana perlahan sehingga dia sahaja yang dapat mendengarnya.

" Dawn, kau okay? " Soal Arean apabila melihat sudu dari pegangan Dawn terlepas. Kesemua mata mata yang berada di meja makan itu tertumpu kepadanya. 

" Seorang lagi tahu tentang kewujudan Sya. " Ujar Dawn tanpa ragu ragu. Ellin dan Ai berpandangan lalu mengangguk sedikit.

" Jangan terfikir hendak ke sana. " Ujar Fawn tiba tiba.

" Kenapa? " Soal Ellin.

" Cukup kita disini yang di ancam, kau nak kawan kau yang lain pula diancam? " Soal Fawn dengan mendatar.

Ellin tidak berkata apa apa namun kepala digelengkan.

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now