8 | Lets fight

3.1K 242 7
                                    

"Beast" Ujar Ellin sepatah.

"Correction, sepatutnya beasts. Sebab apa? Sebab dia bukan sekor okay." Lena membetulkan kata kata Ellin tadi.

Ellin berdecit geram. "Seekor atau sekor? Sekor ataupun seorang? Beast kan ada rupa manusia sikit."

"Layak ke beast ni dipanggil seorang? Tak ingat ke apa Zein kata dulu, asal hodoh sangat benda ni."

Ellin dan Lena mula bertikam lidah,masing masing tidak mahu kalah. Ini lah sebab kenapa orang kata 'girls always right'.

"Korang nak perang mulut atau nak perang dengan beast ni?" Pertanyaan Riana menghentikan pertikaman lidah antara mereka berdua.

"Excuse me, kan I dah kata. Bukan beast tapi beasts." Lena mula melakonkan perangai diva Frost. Terhambur ketawa mereka.

Shing!!

"Dah lah kau, orang nak lawan kau buat lawak pulak." Ujar Riana dengan pedang di tangan.

"Pergh, lawan tak ajak." Ujar Lena lalu turut serta berlawan."

Lima lawan tiga, entah boleh menang ke tak.

"Ellin, belakang kau!!" Ujar Riana kuat cuba memberi amaran kepada Ellin.

Tersentak dia mendengar amaran dari Riana, sebaik saja dia memusingkan badannya. Tangannya beast yang bercakar itu sudah diangkat tinggi.

"Argh!!" Jerit Ellin lalu memejamkan matanya.

Tiga saat telah berlalu, hairan dia apabila dia langsung tidak merasakan apa apa kesakitan. Dia kembali membuka apa, terkejut dia apabila melihat kedua duanya beast yang menyerang dia tadi berhenti mereka. Seakan akan telah dibekukan.

Bagi langkah keselamatan, Ellin mula menjauhkan diri dari mereka. Takut jika beast itu bergerak dengan tiba tiba. Gerun dia teringat peristiwa tadi, nyawanya hampir hampir saja melayang tadi.

"Lena, tunduk!!" Lantas Lena menunduk. Cakera angin milik Riana dapat dikawalnya dengan baik. Tiada lagi tragedi ingin memutuskan kepala kumpulannya.

Selangkah demi selangkah Ellin ke belakang apabila tiga ekor beast berada di hadapannya. Kejadian tidak diingini berlaku apabila Ellin terlanggar Lena yang menyebabkan mereka bertiga terjatuh.

"Matilah kita." Ujar Lena seakan akan pasrah dengan apa yang bakal berlaku.

Batu batu kecil di sekeliling mereka mula bergetar, bertambah takut Ellin dengan situasi mereka.

"Cengkaman tanah!!"

Muncul tanah yang mengurung mereka bertiga, niat asal ingin melepaskan diri tetapi setelah dianalisis suara itu. Mati niat mereka.

Seorang budak perempuan membuka balutan di tangannya, darah meluncur laju keluar bagaikan air terjun.

Dia menggerakkan darahnya menjadi satu bebola lalu mencampakkannya ke langit. Setitik demi setitik hujan mula turun.

"Ni bukan hujan biasa." Ujar Lena sambil mengintai lubang di celahan tanah itu.

Setelah lima minit berada di 'penjara' tanah itu, keadaan kembali reda. Mereka bertiga sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan dua orang itu.

"Shuu, shuri!!" Ujar Ellin dengan gembira bercampur teruja. Shuu dan Shuri menghadiahkan satu senyuman manis buat mereka.

"Shuu, shuri, macam mana kau tahu kitaorang kat sini?" Soal Riana dengan penuh tanda tanya. Rasanya tiada siapa lagi yang tahu mereka akan meronda malam ni.

"Notis," Shuu menjawab.

"Notis yang ditinggalkan atas meja kitaorang dan mengatakan korang dalam bahaya." Sambung Shuri pula.

"Notis? Tapi siapa?" Soal Ellin pula.

"Nama pengirimnya lansung tidak ditulis. Ianya masih kekal misteri buat kami berdua."

"Sebenarnya, peluang untuk korang hidup tadi sangat tipis. Sepatutnya shuu tak sempat nak selamatkan korang tapi pelik. Masa seakan akan berhenti."

"Macam masa Ellin hampir terbunuh tetapi perkara yang sama juga terjadi. Masa seakan akan terhenti. Eyh, beast tu dihentikan. Masa dia terhenti." Terang Ellin pula.

"Apa yang sebenarnya dah terjadi??"

"Goodjob Sya." Ujar Dragna lalu menepuk tangan dengan perlahan. Sya tersenyum lalu meneleportkan dirinya pulang diikuti rakannya yang lain.

Triple update, yeayyyy  ^-^


Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now