Olive berjalan ke arah anak sungai yang terletak agak jauh dari mereka semua. Dia melabuhkan punggung dibawah sebatang pokok yang besar dan melindunginya dari sinaran matahari. Octorius dikeluarkan dari hoodie dan ditatap lama.
"Aku akan jaga octorius ni sama seperti nyawa aku." Ujar Olive dengan tekad lalu mengengam octoriusnya dengan erat.
Asap asap hitam yang kini berkepul dihadapan matanya menyebabkan dia berada dalam posisi bersedia untuk berlawan. Octorius disimpan kembali ke dalam poket hoodie.
Asap hitam semakin banyak mengepung dirinya dan menyukarkan Olive untuk melihat. Dia memejamkan mata untuk seketika dan sebaik saja dia membuka mata. Dia tidak lagi di hutan tetapi dalam satu dimensi.
Mata Olive meliar mencari kelibat seseorang yang menyebabkan perkara ini. Namun hampa, hanya tempat hitam yang luas sahaja menjamu mata.
Sebuah bongkah ais yang besar menuju ke arahnya dari belakang dengan laju. Olive yang menyedarinya terus mengeluarkan octorius lalu memusingkannya.
Octorius yang dipusing menjadi debu kristal lalu terbang mengelilingi Olive. Kesannya, baju Olive berubah menjadi baju pahlawan berwarna biru keputihan.
Olive tersenyum sinis bersama sebatang tongkat biru yang berkilauan dan panjang bersama bebola air dia atasnya.
Tongkatnya itu dihanyunkan lalu membentuk sebuah dinding air yang besar di hadapannya.
Bongkah ais semakin menghampiri dan semakin laju bergerak. Akhirnya bongkah ais itu menghentak dinding air milik Olive.
Olive memusingkan tongkatnya lalu air mengelilingi dan menenggelamkan bongkah tadi.
Keadaan kembali menjadi sedia kala. Mata Olive meliar kembali mencari kelibat sesiapa sahaja.
"Frost." Ujarnya sepatah apabila melihat Frost yang sedang melihatnya dengan tajam. Di sekeliling Frost terdapat beberapa ceracak ais yang menghadap Olive. Gaya ingin menyerangnya.
"Frost, kau kenapa? Kau kan di pihak kitaorang. Kenapa kau serang aku!!" Ujar Olive dengan lantang.
Frost tersenyum sinis lalu melepaskan ceracak ais itu. Olive yang tergamam melihatnya terus memecahkan ceracak itu menggunakan tongkatnya.
Ceracak ais yang semakin banyak menyebabkan Olive penat. Sebuah bebola ais yang besar menyerangnya dari belakang tanpa disedarinya.
Arghh
Olive terseret jauh, dia cuba untuk bangun tapi tidak terdaya. Tongkatnya yang berada tidak jauh darinya cuba dicapai tetapi disepak Frost.
"Frost, kenapa?" Ujar Olive dengan lemah. Matanya berkaca kaca melihat satu lagi pengkhianatan.
Mata biru Frost kini bertukar hitam. Tangannya dilekapkan pada dada Olive lalu mengeluarkan asap hitam.
Mata Olive membulat. Dia cuba menghalang Frost tetapi tenaga Frost lebih kuat darinya.
Cecair hitam keluar dari mulutnya. Matanya mengeluarkan cecair jernih, dia tidak mampu untuk menahan perit sebegini.
'Sya, tolong aku...'
"Sya!!" Dragna menjerit memanggil namanya membuatkan Sya tersentak.
"Kenapa?"
"Tangan kau!"
Sya yang hairan dengan kata kata Dragna itu terus membelek tangannya. Alangkah terkejutnya dia apabila tangannya dicemari dengan benda hitam.
"Ada sesuatu yang buruk terjadi." Ujar Sya. Tanpa membuang masa, terus dia menghubungi Arean.
"Arean Akito!"
"Ye kenapa?" Kedengaran suara Arean yang ceria di hujung talian mereka.
"Kau dengan Olive okay ke?"
"Aku okay, Oliv- eyh?! Mana Olive." Suara Arean yang tadi ceria berubah risau.
"Arean cari dia, dia dalam bahaya. Aku akan menyusul nanti." Ujar Sya dengan tegas.
Sebaik saja talian mereka putus, Sya terus memusingkan glob cahayanya dengan laju.
"Apa? Apa yang aku terlepas pandang." Ujar Sya dengan marah. Air matanya laju mengalir di pipi.
Dragna dan Catrina yang melihatnya turut merasa pilu. Glob pixie dust dan glob air milik mereka dicampurkan bersama glob cahaya milik Sya.
Dragna mengeluarkan element airnya lalu membaluti tangannya Sya yang dicemari tadi.
"Tahan sikit Sya."
Renjatan elektrik dialirkan kedalam air tadi namun Sya seakan tidak merasa apa apa. Tiada langsung tindak balasnya.
Air yang membaluti tangannya Sya tadi bertukar menjadi hitam namun langsung tidak mengurangkan hitam di tangan Sya.
Dragna memasukkan air tadi ke dalam glob mereka lalu letupan kecil terhasil. Sepasang sayap hitam kecil bertukar menjadi debu, glob mereka tidak lagi kelihatan.
"Sya, kau faham apa maksud ni?"
"Klon."
YOU ARE READING
Uncontrobler Power 2 √
FantasiSya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembali diancam apabila satu persatu penduduk dijumpai mati pada tengah malam. Lena bersama yang lain kemb...