52 | Game Over?

2.1K 134 8
                                    

Sya mengerdipkan matanya beberapa kali, wayar yang menjalar pada tubuhnya dipandang dengan sepi. Sungguh dia terasa lemah saat ini.

Kakinya diangkat dengan kasar, serta merta rantai yang melilit kakinya terputus. Begitu juga dengan wayar yang lain. Putus dengan mudah apabila Sya menarik tangannya.

" Kau dah main dengan orang yang salah. " Ujar Sya degan perlahan lalu menendang kapsul itu sehingga pecah.

Penggera keselamatan mula berbunyi, Kai dan beberapa pengawalnya tiba dengan cepat. Sebaik saja Kai tiba, pandangan mereka berdua bertaut sebelum Sya meneleportkan dirinya pergi.

Terkedu Kai apabila melihat api kemarahan dalam mata Sya. Penuh dengan dendam.

" Seram pulak aku tengok. "

Jantung Sya berdegup dengan laju, dia telah menggunakan hampir semua tenaga yang dia ada.

Pandangannya mula kabur dan akhirnya dia jatuh pengsan.

Lena berjalan seorang diri di dalam hutan belakang academy tanpa hala tuju. Sekali sekala, dia menendang batu di situ.

Bosan dia duduk bersama rakannya, 24 jam menghadap fail sehinggakan dia pun naik muak.

"Argh!!! " Lena menjerit sekuat hati, melepaskan segala yang terbeban dalam dirinya.

" Eh? " Lena menjadi hairan apabila melihat debu debu kristal berterbangan beberapa langkah dari tempatnya.

Tanpa ragu ragu, Lena mendekatinya.

" Macam pernah nampak. " Ujar Lena perlahan. Otaknya ligat memproses memori lamanya.

Langkah dibawa sepanjang debu kristal itu. Hatinya melonjak ingin tahu dari mana datangnya debu itu.

Tanpa disedarinya, Lena telah pun memasuki kawasan hutan itu dengan lebih dalam. Dia tiba di kawasan yang agak lapang. Lebih banyak debu kristal terdapat di situ.

Tiba tiba, dia terpandang sekujur tubuh yang terbaring tidak sedarkan diri di sebalik semak samun itu.

Pantas dia berlari mendekatinya. Tubuh yang membelakanginya ditarik perlahan.

Lena terkedu, lututnya tiba tiba terasa longgar. Dia jatuh terduduk di situ.

Wajah Sya yang lemah itu ditatap dengan terkejut. Bagaikan satu mimpi melihat Sya di depan mata.

" Tak mungkin. " Lena mengesotkan dirinya ke belakang, menjauhi Sya.

" Rockruff ? Oh Rockruff ?! "

Ellin dan Ai tiba di tempat yang sama. Mata mereka bertiga bertentangan.

" Lena. " Terkedu Ellin apabila melihat kelibat Lena disitu. Lagi mengejutkan apabila Sya berada berdekatan dengannya.

Tanpa menghiraukan pandangan Lena, mereka berdua terus berlari ke arah Sya.

" Sya? "

" Sya?!! " Pipi Sya ditepuk beberapa kali untuk menyedarkan dia.

Tangan Sya ditarik dengan tergesa gesa, jarinya diletakkan di pergelangan Sya cuba untuk mencari nadinya. Namun hampa, tiada sebarang denyutan dikesan.

Ellin meletakkan telingan di dada Sya. Masih tidak puas hati apabila nadi Sya telah tiada.

Ai memandang Ellin dengan risau apabila muka Ellin jelas pucat.

" Sya macam mana? " Soal Ai.

Ellin memandang Ai lama sebelum perlahan lahan menggelengkan kepalanya. Bibirnya pucat tidak berdarah. Wajahnya langsung tidak mengambarkan satu pun emosinya. Ellin berada dalam keadaan yang sangat terkejut.

" Ai, apa semua ni? " Lena menyampuk. Dia rasa tidak tenang apabila berdiam diri sahaja.

" U-Untuk kali ke dua, Lena. Sya tinggalkan kita. " Ai berkata debgan sedikit gementar. Tangannya jelas menggigil tetapi disorokkan olehnya.

Lena terkedu.

" Kita kena bawak Sya balik. " Ujar Ellin perlahan. Tubuh Sya ditarik lalu diletakkan dibelakang badannya.

Dia melangkah meninggalkan mereka berdua dengan langkah yang perlahan sebelum meneleport pergi.

Ai menghela nafas berat sebelum menarik tangan Lena untuk berdiri. Mereka juga turut meneleport pergi.

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now