" Catrina, kumpulkan yang lain. Kita akan berperang. "
Sudah hampir tiga jam sejak Sya melontarkan ayat itu kepadanya. Dragna dan yang lain juga tidak mampu berkata apa apa. Langsung tidak faham apa yang berada dalam fikiran Sya saat itu.
Masing masing hanya mendiamkan diri sahaja dan menunggu kedatangan Sya. Jelas riak wajah risau di wajah mereka.
Sya melangkah masuk ke ruang tamu. Tempat dimana mereka semua berkumpul.
" Kenapa korang tak bersedia lagi. " Ujar sebaik melihat mereka semua masih santai di hadapan tv.
" Kau pasti dengan keputusan kau? " Arean menjadi orang pertama yang melontarkan soalan.
Kesemua mata kini memandang Sya. Menunggu jawapan yang bakal meniti di bibir Sya.
" Semakin lama kita tangguhkan peperangan ni, semakin ramai yang jadi mangsa. " Sya melepaskan nafas berat. Jika diikutkan, dia tidak mahu mencetuskan perang tapi Kai dah melampau.
" Tapi, cukup ke kita yang berlawan? Maksud aku, Kai gunakan magic klon. Sudah tentu tentera dia ramai. "
" Kumpulkan semua ahli kita. "
" Dragna, Catrina!! " Sapa Ellin ceria melihat mereka berdua melangkah ke halaman rumahnya.
" Ellin, kau kenal diorang? " Soal Zein yang turut berada di situ. Matanya memandang tajam ke arah Dragna yang berpakaian serba hitam.
" Haah, diorang kawan arr... " Ellin menjadi cemas. Dia tidak boleh beritahu Zein perkara sebenar, lagipun mustahil untuk Zein percaya kewujudan Sya.
" Kitaorang kawan Elly. " Dragna menyelamatkan keadaan. Ellin yang mendengar tersenyum lega apabila Zein tidak lagi bertanya soalan.
" Kumpulkan yang lain. "
" Maira? " Lena dan yang lain terkejut melihat kehadiran kesemua Alanstia's Greatest Warrior disitu.
" Hey Lena, long time no see. " Ujar Maira lalu mengeyitkan mata kepada Lena yang sudah ternganga.
" Woah, apa ni? " Sungguh dia terkejut melihat Maira dan yang lain santai disitu. Seakan akan sudah terbiasa dengan situasi itu.
" Take a seat, Zein. " Shuu bersuara. Lena dan yang lain turut mengambil tempat duduk mereka.
Dragna dan Catrina yang berada di hadapan menjadi tumpuan mereka semua.
Pintu dibuka kasar dari luar menyentakkan Lena.
" Bagi lah aku masuk dulu! "
Dragna membuat roll eyes sebaik saja mendengar suara itu. Bukan dia tidak kenal suara yang sering membawa bala dalam hidupnya.
" Ah tak de, aku tua jadi aku masuk dulu. "
Keadaan di luar menjadi bingit kerana pertengkaran yang berlaku. Catrina melekapkan tapak tangannya pada telinganya. Malas hendak mendengar malaun bergaduh.
" Would you mind to shut up and hurry up! " Suara Maira memetir dan sekelip mata suasana menjadi sunyi kembali.
Nash dan Luke melangkah masuk dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar lalu berdiri di sebelah Dragna tanpa rasa malu.
" So, aku kumpulkan korang semua sebab nak bagitahu. Kita akan berperang. " Terang Dragna. Tiada secalit senyuman terukir di bibirnya membuatkan mereka faham. Ini perkara serious dan bukan untuk dibawa main.
Bum!!
Ai sudah pun selamat mendarat di atas lantai. Ellin yang berada di sebelahnya tertawa kecil sebelum membantunya bangun.
" But why? " Zein menunjukkan riak kelirunya. Dragna dan Catrina dipandang silih berganti.
" Kai. "
" Who? "
" Kai Izay, anak lelaki kepada Vold. Syaitan yang telah timbulkan masalah kepada Alanstia. Syaitan yang sama telah culik Frost. " Terang Maira dengan mendatar. Mata mata yang memandangnya langsung tidak dihiraukan.
Maira cuba beriak selamba tetapi matanya tidak dapat menipu. Tidak termasuk Lena dan kumpulannya, mereka semua tahu Maira sedang kecewa kerana tidak dapat menjaga kumpulannya dengan baik.
" So, here is the plan. "
So Mika dah buat keputusan
Uncontrobler Power akan ada 60 chapter
Tak kurang mungkin lebih
Sebab Mika buat satu chapter kan dalam herm 500 words jekk
Lagipun Mika ada novel lain yang belum publish
And dah lama terasa nak publish tapi takut U.P 2 ni tergantung tak bertali
Byerr
LoVe mikailynn
YOU ARE READING
Uncontrobler Power 2 √
FantasySya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembali diancam apabila satu persatu penduduk dijumpai mati pada tengah malam. Lena bersama yang lain kemb...